fbpx

Khazanah Rugi RM6.3 Bilion, Sedia Jual Legoland

Oleh : Wan Syarafiz
08 Mac 2019 - 4:30 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Legoland Malaysia bernilai kira-kira USD245 juta (RM1 bilion) termasuk hutang
  • Malaysia Airline merupakan kerugian paling besar Khazanah dengan nilai lebih RM3 bilion

 

Syarikat pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) baru-baru ini dilaporkan dalam pertimbangan untuk menjual Legoland Malaysia Resort (Legoland).

 

Taman tema yang terletak di Johor itu dimiliki Khazanah dengan dikendalikan oleh Merlin Entertainments Plc. Bertemakan taman Lego pertama di Asia, Legoland dibina dengan keluasan 50 padang bola sepak dan mempunyai lebih daripada 15,000 model Lego yang diperbuat daripada lebih 60 juta kepingan Lego.

 

Berdasarkan laporan Bloomberg, taman tema tersebut mungkin bernilai kira-kira USD245 juta (RM1 bilion) termasuk hutang.

 

Khazanah dalam kenyataanya melalui Pengarah Urusan, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata setakat hari ini, masih belum ada sebarang perbincangan yang dibuat bagi menjual taman tema Legoland kepada mana-mana pihak.

 

“Kami belum belum berbincang dengan mana mana pihak setakat ini dan tiada pihak yang tampil membuat tawaran,” ujar Datuk Shahril.

 

Dalam masa yang sama, Khazanah tidak menolak sebarang kemungkinan untuk melupuskan aset mereka bagi melakukan pelaburan dalam sektor yang baru. Menurut Datuk Shahril lagi, pulangan modal yang tinggi adalah amat penting dan ia menjadi tanggungjawab Khazanah menilai tawaran pembelian aset itu sama ada ia bagus untuk pelaburan baru atau tidak.

 

“Semua aset kami mempunyai nilai, namun jika ada pihak yang hadir menawarkan nilai hebat untuk aset kami, menjadi tanggungjawab kami untuk menilai sama ada pulangan itu baik untuk pelaburan baharu,”

 

“Jika kita memperoleh satu nilai atau harga yang memang menggalakkan atau lumayan, maka sepatutnya kita perlu menjual dan melabur ke dalam pelaburan baharu.

 

“Justeru, kita tidak menolak untuk melepaskan Legoland Malaysia jika ia mampu memberi pulangan yang baik,” ujar Datuk Shahril lagi.

 

Image result for datuk shahril ridza ridzuan
Kredit: New Straits Times

 

Sementara itu, kerajaan Johor juga menyatakan tidak menolak kemungkinan membeli Legoland daripada Khazanah. Ini adalah berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse dengan berkata beliau perlu melihat kertas cadangan terlebih dahulu serta pembelian tersebut perlulah berlandaskan dasar “willing seller willing buyer”.

 

Sebelum itu, Khazanah telah dilaporkan mengalami kerugian sebelum cukai sebanyak RM6.3 bilion pada tahun 2018. Berbanding tahun sebelumnya, Khazanah telah merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.896 bilion.

 

Ini adalah kerugian pertama yang dicatatkan Khazanah dalam tempoh 10 tahun.

 

Menurut Khazanah, keuntungan ini telah terjejas berikutan daripada penghapusan pelaburan yang sedikit, pengurangan pendapatan dividend an rosot nilai yang tinggi. Prestasi syarikat pelaburan ini juga dikatakan terjejas kerana perkembangan ekonomi dan sosial semasa global dan domestik.

 

“Portfolio Khazanah terjejas akibat ketidaktentuan ekonomi global pada 2018 yang menyaksikan pasaran perlahan susulan ketegangan geopolitik serta unjuran lemah pertumbuhan negara pesat membangun,”ujar Shahril Ridza.

 

Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kerugian ini adalah disebabkan oleh pelaburan yang telah dibuat sebelum kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih kuasa lagi. Azmin menyatakan kerugian paling besar Khazanah berpunca daripada pelaburan dalam syarikat penerbangan Malaysia Airlines yang gagal memperbaiki prestasi syarikat.

 

“Kerugian tunggal paling besar dalam (penyata keuntungan dan kerugian) lebih RM3 bilion adalah di Malaysia Airlines kerana strategi yang dilaksanakan tidak memperbaiki syarikat itu”, ujar Azmin Ali.

 

Namun, Azmin Ali kemudiannya berkata lagi tahun 2018 merupakan tahun untuk Khazanah membersihkan aset bermasalah dalam portfolionya dan beliau menyatakan syarikat pelaburan kerajaan itu akan kembali mengaut keuntungan pada tahun 2019 nanti.

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Malaysia-Postpaid-Telco-Logos
Kapital

Celcom-Digi Bergabung, Pengguna Untung Atau Rugi?

Reading Time: 3 minutes Apakah anda rasa penggabungan Celcom dengan Digi akan memberi faedah kepada rakyat? Ok, anda yang tidak menggunakan kedua-dua…

Axiata
Kapital

Hati Hati Dengan Gergasi Telekomunikasi

Reading Time: 2 minutes Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Axiata dan syarikat telekomunikasi dari Norway, Telenor sedang menjalankan perbincangan bagi menggabungkan aset-aset…

Featured Image 14-01
Kapital

Pelan Mega USD412 Bilion Pembinaan Negara Indonesia

Reading Time: 2 minutes 40% daripada dana akan disalurkan oleh pihak kerajaan persekutuan manakala 25% lagi disumbangkan melalui syarikat milik kerajaan negeri…

Featured Image 13-01

Malaysia Bakal Hantar Pekerja Berkemahiran Ke Jepun

Reading Time: 2 minutes Memorandum kerjasama dijangka ditandatangani Julai Potensi sehingga 50 ribu peluang pekerjaan Malaysia kini sedang mengadakan rundingan dengan Jepun…