fbpx

Malaysia Airlines (MAS): Jual Atau Tutup?

Oleh : Radzi Tajuddin
29 Mac 2019 - 3:05 pm

Reading Time: 5 minutes

1. Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu jelas apakah yang dimaksudkan sebagai syarikat penerbangan nasional.

 

2. Secara amnya, syarikat penerbangan nasional adalah dimiliki oleh kerajaan. Namun ada juga syarikat penerbangan yang dianggap penerbangan ‘rasmi’ sesebuah negara (flag-carrier) tetapi tidak dimiliki langsung oleh kerajaan tersebut.

 

3. Misalnya Lufthansa- syarikat penerbangan Jerman namun pegangan ekuiti oleh kerajaan Jerman adalah 0%. Bahkan Lufthansa memiliki tiga penerbangan nasional di tiga buah negara iaitu Swiss International Air Lines, Brussels Air Lines, and Austrian Airlines.

 

4. Pada masa yang sama tidak semua penerbangan nasional dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. Maknanya kerajaan hanyalah memegang sedikit atau separuh pegangan ekuiti. Contohnya seperti Perancis yang hanya memegang 18% kepentingan Air France dan Turki yang mempunyai 49% saham di dalam Turkish Airlines.

 

5. Begitu juga perihalnya dengan FinnAir (Finland), Thai Airways (Thailand), Garuda (Indonesia), KLM (Belanda) dan banyak lagi.

 

6. Secara amnya ini adalah ‘way forward’ kepada penerbangan nasional. Semakin banyak negara sudah mula melepaskan kepentingan mereka- sama ada secara total atau sebahagian. Di Amerika Syarikat tidak ada langsung penerbangan nasional.

 

7. Jika diikutkan hanya negara membangun dan negara arab kaya raya sahaja yang masih memegang penerbangan nasional 100%. Ini termasuklah Malaysia.

 

8. Sebenarnya hal pemilikan dan definisi tidaklah penting. Apa yang mustahak adalah syarikat penerbangan nasional merugikan duit negara (atau rakyat).

 

9. Ethiopian Airlines milik Ethiopa mencatatkan keuntungan meskipun dimiliki kerajaan mereka 100%. Emirates milik UAE juga untung. Qatar Airways kerugian kerana krisis politik serantau yang memboikot Qatar. Tetapi Malaysia tidak mempunyai situasi sedemikian.

 

10. Jadi di mana silapnya apabila Malaysia Airlines (MAS) berterusan mencatatkan kerugian terkumpul sebanyak RM 2.4 billion sejak 2014 meskipun telah disuntik RM4.4 billion, membuang 6,000 pekerja dan mengurangkan laluan-laluan tidak menguntungkan?

 

Image result for emirates
Kredit: Aviation Job

 

11. Kita perlu ingat betapa yakinnya bekas Pengarah Urusan Khazanah sebelum ini yang berkata MAS akan ‘break even’ menjelang 2018 dan akan disenarai semula di Bursa Malaysia pada 2019.

 

12. CEO MAS juga dalam temu bual bersama The Edge tahun lepas begitu yakin syarikat tersebut bakal ‘break even’ dalam masa terdekat.

 

13. Ini sahaja sudah jelas Khazanah dan MAS tidak mempunyai kepakaran dalam mengemudi penerbangan nasional. Sudah terlalu banyak wang dileburkan.

 

14. Lebih baik Khazanah tidak memandai-mandai menyediakan pelan perniagaan baru kerana terbukti ‘pelan pemulihan 12-titik fokus MAS’ yang disediakan mereka telah gagal.

 

15. Kerajaan tidak boleh menyerahkan kepada pihak yang sama untuk berterusan melakukan perkara yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza. Ikut kata Albert Einstein, ini kerja orang gila.

 

16. Oleh itu wajarkah MAS ditutup?

 

17. Dengan menutup MAS, kerajaan boleh mengelakkan dari terus menanggung kerugian sekitar RM 1 billion setahun. Namun begitu ‘penjimatan’ in hadir dengan kehilangan 13,000 pekerjaan.

 

18. Adakah kita boleh menyangka bahawa pekerja MAS akan gembira apabila diberitahu membuang mereka akan membantu kedudukan kewangan negar?

 

19. Ini samalah seperti memberitahu manusia yang sedang diserang harimau supaya merelakan dirinya dibaham daripada membunuh harimau tersebut atas alasan dirinya membantu kelangsungan spesies terancam tersebut.

 

20. Sudah jelas kerajaan tidak boleh menutup operasi MAS.

 

Image result for mas malaysia
Kredit: The Star

 

21. Oleh itu MAS boleh memilih cara penyelesaian yang lain iaitu menjual perniagaan ini kepada pihak swasta dengan menjadi pemegang saham minoriti. (Kerana jika majoriti, rakan niaga yang baru pasti tidak bermiant dan tidak yakin.)

 

22. Apa yang diperlukan MAS pada masa kini bukannya pelan pemulihan jutaan ringgit daripada konsultan atau ‘creative accounting’, sebaliknya perubahan sebenar (real value) yang dicapai dari segi pengurangan kos, peningkatan ‘yield’ dan mempunyai produk yang tepat untuk pasaran yang tepat.

 

23. Sehingga ke hari ini, MAS masih mempunyai beberapa isu seperti stuktur bisnes yang berlapis-lapis, kadar gunaan kapal terbang yang rendah, pengurusan aset yang tidak cekap, strategi dan operasi yang tidak fokus dan kos pengurusan yang tinggi.

 

24. Pertama, MAS perlu mengstrukturkan kembali ‘positioning’ mereka di dalam pasaran. Apakah produk MAS yang memenuhi permintaan pasaran?

 

25. Hari ini persaingan amat sengit bagi pasaran laluan singkat (short-haul) terutama terdapat dominasi pemain penerbangan tambang murah iaitu Air Asia.

 

26. MAS boleh memfokuskan kepada pelanggan korporat / bisnes yang terbang bersama MAS kerana fleksibiliti dan servis. Banyakkan ‘volume’ kerusi bisnes atau ekonomi premium supaya harga tiket kategori ini boleh dikurangkan dan menarik perhatian pasaran.

 

27. Kedua, MAS perlu asingkan atau ‘carve out’ Firefly daripada portfolio mereka bagi pasaran tambang murah dan laluan ‘short haul’.

 

28. Biarkan Firefly beroperasi sendiri dan menjadi penerbangan tambang murah yang sebenar. (Dan seterusnya menjadi pesaing hebat kepad Air Asia). Ini sekaligus akan menarik pelabur strategik yang boleh menyuntik modal kepada Firefly.

 

29. Ketiga, MAS perlu melalukan code-sharing bersama syarikat penerbangan yang mahuka menjadikan Kuala Lumpur sebagai hub Asia Tenggara mereka.

 

30. Sebagai permulaan, MAS perlu menghentikan laluan KL-London. Tidak masuk akal MAS menghentikan semua laluan Eropah kecuali London. Adakah kerana begitu ramai menteri dan pembesar gemar ke London?

 

31. Sebaliknya, tingkatkan ‘market share’ dengan membawa masuk lebih ramai penumpang benua Eropah melalui perkongsian kod bersama British Airways (BA) untuk membawa penumpang dari Eropah ke Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai hub Asia Tenggara mereka. MAS hanya fokus membawa penumpang Eropah ke setiap ceruk benua Asia.

 

32. Dari sini, MAS boleh menyediakan ‘connectivity’ kepada laluan Asia Tenggara dan Asia di dalam radius 3 jam ke 8 jam. Bayangkan sinergi di antara laluan Manchester – Kuala Lumpur (BA) dan Kuala Lumpur – Beijing (MAS). Menang-menang.

 

33. Keempat, MAS perlu menilai kembali perniagaan mereka di dalam MAS Kargo. Setakat data yang terhad diperolehi, MAS kerugian di dalam bisnes ini. Mungkin boleh JV dengan pemain kargo sebenar atau lupuskan sahaja dan fokus kepada operasi penumpang.

 

34. Kelima, MAS boleh meningkatkan nilai bisnes MAS Engineering dengan meningkatkan kadar gunaan aset-aset mereka. Pada 1990 MAS adalah nama besar bagi servis MRO. Kini tidak lagi.

 

35. MAS Engineering boleh melaksanakan JV dengan penyedia MRO seperti GE dan Honeywell bagi meningkatkan kualiti dan produk agar lebih banyak syarikat penerbangan menggunakan servis MRO MAS.

 

36. Keenam, MAS perlu mengkomersilkan akademi mereka. Memang benar akademi untuk melatih tenaga kerja MAS. Tetapi akademi yang sama boleh dibuka kepada pihak ketiga dan sekaligus memberikan pendapatan tambahan buat MAS.

 

37. Sebagai kajian kes, Akademi Air Asia atau AACE merupakan kerjasama di antara Air Asia dan CAE bagi melatih tenaga kerja Air Asia (krew kabin, pilot, jurutera, juruteknik dll). Pada 2017, Air Asia telah menjual pegangan 50% mereka di dalam JV ini dengan nilai RM 429 juta. Ini potensi buat MAS.

 

38. Ini adalah di antara sebahagian kecil apakah perkara yang boleh dilakukan oleh MAS untuk kembali menjadi pemain utama. Hakikatnya banyak lagi boleh disentuh terutama bahagian mengurangkan kos, meningkatkan produktiviti tenaga kerja dan mendigitalkan operasi MAS.

 

39. Atas sebab itu amat tidak logik untuk mengatakan syarikat penerbangan susah untuk mencatat keuntungan. Faktanya adalah- 7 daripada 10 syarikat penerbangan yang menuntungkan pada 2018 adalah syarikat penerbangan nasional.

 

40. Cuma syaratnya adalah jelas- ia perlu diuruskan sebagai entiti bisnes dan mereka yang benar-benar faham mengenai bisnes adalah usahawan, bukan kerajaan (atau Khazanah).

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 12-01
Kapital

Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya ECRL Dibatalkan

Reading Time: 2 minutes Pada tahun 2018, China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan nilai sebanyak USD42.5 bilion Penerusan projek ECRL dilihat…

Featured Image 22-01

Aplikasi Teknologi 5G

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms Dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat…

Featured Image 19-01

ONE Championship Bakal Setanding UFC

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, nilai One Championship dilaporkan bernilai lebih daripada USD1 bilion Jumlah tontonan video One Championship di…

Featured Image 20-01

30%-40% Bekalan Beras Malaysia Diimport Daripada Luar Negara

Reading Time: 2 minutes Industri beras hanya menyumbang 2.3% sahaja kepada Keluaran Kasar Dalam Negara 74.1% daripada penghasilan beras dalam negara adalah…