fbpx

Memperkenalkan Ketua Editor Kapital

Oleh : Kapital
22 Mac 2019 - 4:01 pm

Reading Time: 1 minute

Dalam usaha mengejar visi menjadi “The Bloomberg of Nusantara”, portal Kapital dengan sukacitanya telah mengambil inisiatif melantik Izzuddin Yussof untuk menjadi Ketua Editor yang baru sebagai sebahagian daripada strategi transformasi syarikat.

 

Sebelum ini berkhidmat sebagai ‘Economist’ di Affin Hwang Investment Berhad, Izzuddin Yussof bertanggungjawab untuk menulis laporan penyelidikan makroekonomi serta menyediakan maklumat terkini berkaitan analisis makroekonomi. Kajian penyelidikan yang dilakukan adalah meliputi ekonomi Malaysia serta isu-isu lain yang akan mempengaruhi ekonomi Malaysia.

 

Dengan pengalaman luas dalam bidang ekonomi, beliau juga pernah bekerja sebagai Economist di MIDF Amanah Investment Bank Berhad sebelum menyertai Affin Hwang.

 

Selain aktif dalam menjalankan penyelidikan bidang ekonomi, beliau sering diundang oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensi-agensi di bawahnya bagi tujuan perbincangan dan pembentangan mengenai isu-isu ekonomi.

 

Selain memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dan Sains Aktuari dari University of Southampton, Izzuddin Yussof juga adalah pemegang Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan pernah menerbitkan kertas kajian dalam Jurnal Ekonomi semasa tempoh pengajiannya.

 

Dengan minat yang mendalam dalam bidang penulisan, beliau sebelum ini telah menerbitkan buku ‘Kopi-O-Nomi’ yang ditulis oleh beliau sendiri dengan hasrat untuk mendidik dan menerangkan kepada orang ramai berkenaan isu-isu ekonomi dalam bahasa yang lebih mudah difahami.

 

Selamat Datang Saudara Izzuddin!

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…