fbpx

MRCB Perkenal MBS Bagi Tingkatkan Kualiti Pembinaan

Oleh : Kapital
20 Mac 2019 - 2:06 pm

Reading Time: 2 minutes

 

Syarikat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) bakal meningkatkan lagi kualiti dalam sektor pembinaan dengan memperkenalkan sistem pembinaan volumetric yang pertama dalam negara menjelang hujung tahun ini.

 

Naib Presiden Eksekutif, Datuk Seri Judin Abdul Karim menyatakan konsep Modular Building System (MBS) ini adalah gabungan “prefinished volumetric construction” pasang siap dan juga sistem penyambungan yang dikenali sebagai candle-loc.

 

Menurut beliau, konsep MBS merupakan satu peningkatan yang lebih baik berbanding konsep Industrialised Building System (IBS) yang digunakan dalam pembinaan pasang siap sebelum ini.

 

“Kerja-kerja pembinaan komponen di bawah MBS ini boleh dilaksanakan di luar kawasan tapak pembinaan (off-site) sehigga 95%. Ini jauh lebih tinggi berbanding konsep IBS yang hanya boleh dilaksanakan di off-site sekitar 30% ke 40% sahaja,” ujar Datuk Seri Judin.

 

Konsep MBS ini juga dikatakan boleh mengurangkan 30% masa pembinaan kerana kebanyakan komponen pembinaan adalah dihasilkan secara off-site. Ini bermakna, MBS akan berjaya mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh, mengurangkan masa pembinaan dan pembaziran bahan binaan serta dapat meningkatkan tahap keselamatan dan kualiti binaan kerana ianya dibina dalam persekitaran yang terkawal.

 

Apabila kebanyakan kerja-kerja yang selama ini dilakukan di tapak pembinaan (on-site) telah dialihkan kepada off-site, ia akan mencipta satu persekitaran tempat kerja yang lebih selamat dan efisien dan ini sekaligus dapat menarik lebih ramai tenaga kerja tempatan untuk bekerja dalam sektor pembinaan.

 

Industri pembinaan selalu dilabelkan sebagai industri yang bergantung kepada tenaga buruh warga asing dan pekerja berkemahiran rendah. Dan dalam situasi seperti ini, apabila tenaga kerja yang tidak mempunyai kemahiran digunakan, kualiti dan produktiviti sentiasa akan menjadi isu atau masalah.

 

Dengan memindahkan kebanyakan kerja on-site kepada off-site, syarikat pembinaan sebenarnya akan mencapai jaminan kualiti serta kawalan kualiti (QA/QC) yang lebih baik dan sekaligus mampu mengurangkan jumlah kerosakan. Ini juga adalah bertepatan dengan situasi sekarang di mana pembeli adalah lebih bijak dalam menilai dan syarikat pembinaan harus meningkatkan kualiti binaan bagi memenuhi kehendak pembeli.

 

Buat masa ini, MRCB dalam proses membangunkan beberapa produk menggunakan konsep MBS yang dijangka akan digunakan untuk projek Kwasa Sentral. MRCB dilaporkan telah membina prototaip bangunan lima tingkat menggunakan MBS pada Disember 2018 dan akan terus membangunkan beberapa lagi produk lain.

 

“Kami sedar bahawa kami mempunyai tanggungjawab kepada orang awam dan kami mahu mencipta produk yang bersesuaian dengan permintaan pasaran. Ini akan membenarkan kami untuk menyasarkan mana-mana pasaran perumahan dan komersial,” ujar Datuk Seri Judin lagi.

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…