fbpx

MyCC Komited Buru Kartel Tender

Oleh : Wan Syarafiz
07 Mac 2019 - 4:06 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Lapan syarikat telah didenda RM1.93 juta kerana berpakat dalam mendapatkan tender IT di Aswara
  • MyEG didenda kerana menyalahguna kedudukan pasaran mereka dalam peruntukan dan pengurusan pembaharuan permit pekerja asing

 

Kontrak atau tender perolehan kerajaan yang bernilai jutaan ringgit kini dalam siasatan selepas pihak Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menyatakan kini mereka sedang menggandakan usaha untuk menyiasat sebarang amalan penipuan bidaan (bid-rigging) dalam tender-tender kerajaan.

 

Suruhanjaya anti-monopoli itu baru sahaja mengenakan denda kepada lapan syarikat IT tempatan selepas didapati terlibat dalam penipuan bidaan perolehan kerajaan. Dan kini, MyCC dilaporkan sedang menyiasat dua lagi kes yang dikatakan wujud penipuan bidaan dalam kontrak kerajaan.

 

Menurut CEO MyCC, Iskandar Ismail, lapan syarikat itu berdepan dengan denda berjumlah RM1.93 juta selepas membentuk kartel dalam kalangan mereka dan menipu dalam sebutan harga serta dokumen tender yang dihantar bagi empat projek IT berasingan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

 

Image result for mycc bid rigging

 

Siasatan terhadap tender IT itu dilaksanakan selepas pihak MyCC menerima aduan daripada Aswara susulan timbul keraguan terhadap proses perolehan yang melibatkan tiga sebutan harga dan satu tender.

 

Hasil siasatan MyCC mendapati lapan syarikat tersebut telah bersubahat kerana berkongsi maklumat sebutan harga (request for quotations) serta maklumat kertas cadangan tender. Syarikat-syarikat terlibat ini dilaporkan telah memanipulasi harga dan menyediakan dokumen untuk satu sama lain. Pemenang hasil bidaan ini kemudiannya telah berkonsi keuntungan yang diperoleh dengan syarikat-syarikat lain.

 

Pendek kata, lapan syarikat ini telah berpakat untuk menentukan pemenang dan harga tender serta telah menghalang daripada berlakunya persaingan.

 

Secara asasnya, aktiviti penipuan bidaan ini adalah sangat merugikan kerana kerajaan terpaksa membayar lebih untuk barang atau perkhidmatan yang dibeli daripada harga yang sepatutnya. Amalan ini juga akan menyebabkan berlakunya persaingan yang tidak sihat yang mungkin menyebabkan kerajaan membeli barang yang kurang berkualiti dengan harga yang mahal.

 

Lapan syarikat yang dikenakan denda ini ialah Tuah Packet Sdn Bhd, Caliber Interconnects Sdn Bhd, Aliran Digital Sdn Bhd, Viamed Sdn Bhd, Novatis Resources Sdn Bhd, Silver Tech Synergy Sdn Bhd, Basenet Technology Sdn Bhd dan Venture Nucleus (M) Sdn Bhd.

 

Kesemua syarikat yang dinyatakan ini telah didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 dan berdepan denda keseluruhan berjumlah RM1.93 juta. Denda ini adalah lebih tinggi daripada jumlah keseluruhan projek IT di Aswara tersebut yang berjumlah RM1.92 juta.

 

MyCC yang bertanggungjawab mengawal proses persaingan di Malaysia sebelum ini juga telah mengenakan denda kepada MyEG kerana dikatakan telah menyalahguna kedudukan pasaran mereka dalam peruntukan dan pengurusan pembaharuan permit pekerja asing.

 

MyEG telah dikenakan denda sebanyak RM9.3 juta kerana telah mengenakan syarat berbeza bagi transaksi yang sama berkatan dengan pembelian insurans untuk memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara bagi pekerja asing.

 

Sehubungan dengan itu, MyCC kini menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC), agensi dan kementerian untuk membuat laporan sekiranya mengesyaki wujudnya aktiviti anti-persaingan ataupun kartel ini dalam mendapatkan tender dan kontrak.

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

230194
Kapital

7 Perkara Mengenai Ekonomi Malaysia Baru

Reading Time: 3 minutes Satu garis panduan pelantikan jawatan tertinggi GLC akan dikeluarkan MoF Cukai korporat bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)…

7-01
Kapital

MRCB Perkenal MBS Bagi Tingkatkan Kualiti Pembinaan

Reading Time: 2 minutes   Syarikat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) bakal meningkatkan lagi kualiti dalam sektor pembinaan dengan memperkenalkan sistem pembinaan…

101b
Kapital

Lima Strategi Makro Kekal Daya Tahan Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan lima strategi makro bagi…

kilang-mazda-kulim-mekanika-4

Tahap Perniagaan Di Malaysia Kurang Memberansangkan Bagi Tempoh 5 Bulan Berturut-Turut

Reading Time: 2 minutes PMI China kekal bawah paras 50 semenjak Disember 2018 PMI adalah satu kaji selidik yang dilakukan secara bulanan…