fbpx

Peluang Membeli Rumah Bawah RM300,000 Di KL

Oleh : Kauthar Rozmal
04 Mac 2019 - 5:30 pm

Reading Time: 2 minutes

Siapa sahaja yang tidak mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri. Salah satu matlamat kewangan bagi setiap individu adalah memiliki rumah dan tidak lagi perlu menyewa. Namun harga rumah yang ditawarkan pada masa ini kebanyakannya hanyalah “mampu tengok” sahaja.

 

Dengan kos sara hidup yang tinggi dan gaji yang rendah serta harga rumah yang mahal, ramai dalam kalangan Malaysia gagal untuk memiliki rumah.

 

Bagi memastikan rakyat Malaysia mampu memiliki rumah, kerajaan melancarkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) minggu lalu. Antara yang ditawarkan dalam HOC adalah diskaun 10% bagi semua rumah PR1MA. Dengan pemberian diskaun 10%, pembeli tidak perlu mengeluarkan sebarang deposit untuk memiliki rumah tersebut.

 

Selain itu, jika anda membeli sepanjang tempoh kempen ini, fi guaman adalah percuma. Bagi pembeli rumah pertama pula, anda dikecualikan daripada membayar setem duit bagi RM300,000 pertama.

 

Kepada mereka yang masih mencari-cari rumah idaman di Lembah Klang, senarai dibawah ini mungkin menarik perhatian anda.

 

Image result for pr1ma alam damai

 

1. PR1MA Alam Damai Cheras

Terletak di tengah bandar Cheras, rumah ini dijual bermula pada harga RM365,000 sebelum diskaun. Khas untuk rumah di Alam Damai, diskaun tambahan 15% ditawarkan menjadikan jumlah diskaun 25%.

 

Dengan diskaun berjumlah 25%, harga rumah yang ditawarkan bermula serendah RM274,000 sahaja! Jika dibandingkan dengan hartanah yang dijual sekitarnya, purata harga bagi apartment 3 bilik adalah sekitar RM450,000 – RM600,000.

 

2. PR1MA Jalan Jubilee, Bukit Bintang

Rumah ini sesuai bagi mereka yang berkerja di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Bermula pada harga RM400,000 bagi apartment 2 bilik, apartment ini juga dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti gimansium dan kolam renang.

 

Rumah ini juga ditawarkan tambahan diskaun 10% sepanjang tempoh kempen HOC. Bermakna rumah PR1MA ini mula dijual serendah RM320,000. Di mana lagi anda ingin mendapatkan apartment yang lengkap dengan pelbagai fasiliti di bawah RM400,000 di tengah bandar raya Kuala Lumpur ini kalau bukan disini.

 

3. PR1MA Bandar Bukit Mahkota

Rumah ini merupakan yang termurah berbanding 2 projek yang disenaraikan di atas. Harganya bermula dengan RM296,000 (sebelum diskaun) bagi apartment 3 bilik. Selepas diskaun 10% harga rumah adalah RM237,000. Walaupun lokasinya sedikit jauh daripada pusat bandar, namun Bukit Mahkota sendiri sudah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

 

Semua diskaun dan tawaran menarik ini hanya diberikan sepanjang tempoh HOC sahaja. Anda tidak perlu risau mengenai deposit kerana tiada sebarang deposit dikenakan, cukup sekadar membawa slip gaji dan dokumen berkaitan untuk memohon dan menjadikan impian memiliki rumah sebuah realiti.

 

Anda boleh layari portal Hartabumi.com untuk membuat tempahan.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Malaysia-Postpaid-Telco-Logos
Kapital

Celcom-Digi Bergabung, Pengguna Untung Atau Rugi?

Reading Time: 3 minutes Apakah anda rasa penggabungan Celcom dengan Digi akan memberi faedah kepada rakyat? Ok, anda yang tidak menggunakan kedua-dua…

Axiata
Kapital

Hati Hati Dengan Gergasi Telekomunikasi

Reading Time: 2 minutes Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Axiata dan syarikat telekomunikasi dari Norway, Telenor sedang menjalankan perbincangan bagi menggabungkan aset-aset…

Featured Image 14-01
Kapital

Pelan Mega USD412 Bilion Pembinaan Negara Indonesia

Reading Time: 2 minutes 40% daripada dana akan disalurkan oleh pihak kerajaan persekutuan manakala 25% lagi disumbangkan melalui syarikat milik kerajaan negeri…

Featured Image 13-01

Malaysia Bakal Hantar Pekerja Berkemahiran Ke Jepun

Reading Time: 2 minutes Memorandum kerjasama dijangka ditandatangani Julai Potensi sehingga 50 ribu peluang pekerjaan Malaysia kini sedang mengadakan rundingan dengan Jepun…