fbpx

HARI WANITA SEDUNIA: Philip Morris Malaysia Syarikat Pertama Diiktiraf Untuk EQUAL-SALARY (gaji setara)

Oleh : Kauthar Rozmal
08 Mac 2019 - 5:27 pm

Reading Time: 2 minutes

Dari kiri ke kanan: Chinmay Sharma, Pengarah Sumber Manusia & Budaya, Amba Chan, Pengarah Kewangan, Veronica Choo, Ketua Komunikasi Korporat dan Kang Tae Koo, Pengarah Urusan, Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd


  • Sekiranya penyertaan wanita dalam bidang pekerjaan berjaya ditingkatkan sebanyak 30%, Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) Malaysia akan meningkat sebanyak 7% ke 12%
  • Malaysia masih berada di tangga tercorot iaitu 101 daripada 149 negara menurut laporan Global Gender Gap 2018

Jurang gaji antara jantina di Malaysia berada pada aras yang agak membimbangkan di mana menurut laporan World Economic Forum The Global Gender Report 2018 jurangnya adalah 28%.

 

Pada 4 Mac lalu, Philip Morris Malaysia (PMM) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat kepada Philip Morris International (PMI) berjaya memperolehi pengiktirafan EQUAL-SALARY daripada daripada sebuah badan bebas antarabangsa, EQUAL-SALARY Foundation.

 

Pengiktirafan ini mengesahkan bahawa PMM membayar pekerja lelaki dan perempuan dengan sama untuk kerja yang setara, dan proses ini membolehkan PMM untuk menumpukan lebih perhatian kepada isu yang lebih luas berkenaan kesaksamaan jantina.

 

Image result for wanita bekerjaya

 

Selain itu, EQUAL-SALARY bukan sahaja menilai berdasarkan kuantitatif dan nilaian gaji semata-mata, tetapi turut mengambil kira kualitatif yang mengkaji komitmen pihak pengurusan terhadap prinsip kesamarataan gaji, persepsi kakitangan mengenai komitmen tersebut, dasar dan amalan pengurusan sumber manusia dalam mengenal pasti jika wujudnya titik rabun berkenaan jantina dan memberi cadangan untuk tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

 

“PMM boleh berbangga dengan pengiktirafan EQUAL-SALARY ini, kerana mereka kini adalah syarikat pertama di Malaysia yang telah lulus tatacara kajian dan aturan metodologi ketat yang telah ditetapkan oleh EQUAL-SALARY Foundation.

 

Walaupun pada hari ini, kami masih tidak boleh memastikan gaji yang sama rata untuk kerja yang setara, komitmen syarikat seperti PMM adalah satu langkah yang amat dialu-alukan dalam perjalanan mencapai kesamarataan gaji pada tahap global, dan menyumbang kepada usaha untuk menyelesaikan isu yang lebih besar, iaitu untuk menutup jurang gaji antara jantina” – Véronique Goy Veenhuys, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, EQUAL-SALARY Foundation

 

Jika anda perhatikan, semakin banyak syarikat sedang melakukan transformasi ke arah menyediakan suasana kerja yang lebih baik kepada kaum wanita.

 

Baru-baru ini, Nestle Malaysia mengumumkan tempoh cuti bersalin dipanjangkan kepada 6 bulan. Manakala Maybank juga telah memperkenalkan cuti bersalin sehingga 1 tahun.

 

Jika syarikat GLC dan antarabamgsa ini boleh berubah ke arah ini, mengapa ianya tidak mampu dilaksanakan oleh syarikat-syarikat tempatan yang lain?

 

Daripada aspek pendidikan dan kesihatan, Malaysia telah berjaya meraih pelbagai kejayaan ke arah keseimbangan jantina. Namun dalam aspek jurang jantina dalam penyertaan tenaga kerja dan kesetaraan gaji, Malaysia masih berada di tangga tercorot iaitu 101 daripada 149 negara menurut laporan Global Gender Gap 2018.

 

Perkara ini turut disokong melalui dapatan kajian Khazanah Research Institute (KRI) yang menyatakan bahawa wanita Malaysia yang berumur dalam lingkungan umur pekerjaan (working age) yang berkelulusan tinggi adalah lebih ramai berbanding jantina lelaki. Tetapi masih sebahagian besar wanita-wanita ini tidak berkerja.

 

Antara punca wanita dikatakan tidak bekerja adalah kerana tanggungjawab yang perlu dipikul oleh wanita dalam institusi keluarga. Sebanyak 2.6 juta wanita di Malaysia dilaporkan tidak bekerja kerana faktor tanggungjawab kepada keluarga.

 

Penyertaan wanita dalam bidang pekerjaan penting kerana menurut KRI, sekiranya penyertaan wanita dalam bidang pekerjaan berjaya ditingkatkan sebanyak 30%, Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) Malaysia akan meningkat sebanyak 7% ke 12%.

 

Bagaimana pula dengan anda? Adakah syarikat anda memainkan peranan dalam menggalakkan penyertaan wanita dalam dalam bidang pekerja?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Malaysia-Postpaid-Telco-Logos
Kapital

Celcom-Digi Bergabung, Pengguna Untung Atau Rugi?

Reading Time: 3 minutes Apakah anda rasa penggabungan Celcom dengan Digi akan memberi faedah kepada rakyat? Ok, anda yang tidak menggunakan kedua-dua…

Axiata
Kapital

Hati Hati Dengan Gergasi Telekomunikasi

Reading Time: 2 minutes Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Axiata dan syarikat telekomunikasi dari Norway, Telenor sedang menjalankan perbincangan bagi menggabungkan aset-aset…

Featured Image 14-01
Kapital

Pelan Mega USD412 Bilion Pembinaan Negara Indonesia

Reading Time: 2 minutes 40% daripada dana akan disalurkan oleh pihak kerajaan persekutuan manakala 25% lagi disumbangkan melalui syarikat milik kerajaan negeri…

Featured Image 13-01

Malaysia Bakal Hantar Pekerja Berkemahiran Ke Jepun

Reading Time: 2 minutes Memorandum kerjasama dijangka ditandatangani Julai Potensi sehingga 50 ribu peluang pekerjaan Malaysia kini sedang mengadakan rundingan dengan Jepun…