fbpx

Rasisme Alam Pekerjaan, 5 Perkara Anda Perlu Tahu

Oleh : Wan Syarafiz
13 Mac 2019 - 11:16 am

Reading Time: 3 minutes

Baru-baru ini sebuah badan kaji selidik yang dikenali sebagai Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) telah mengeluarkan satu laporan “Racism in Recruitment: A Study on Racial Bias for Entry Level Jobs in Malaysia”.

 

Kajian ini secara asasnya dilaksanakan Cent-GPS bagi mengetahui sama ada pemohon kerja sektor swasta di Malaysia berdepan diskriminasi bangsa ataupun tidak. Cent-GPS telah menghantar 3,829 permohonan kerja kepada 547 jawatan kerja kosong bermula Disember 2018 hingga Februari 2019 lepas.

 

7 ‘resume’ yang digunakan untuk permohonan jawatan kerja kosong itu adalah daripada kelompok kaum yang berbeza. Tiga resume mewakili bangsa Melayu, dua cina dan dua india. Kelayakan akademik, penguasaan bahasa dan pengalaman bekerja calon-calon ini adalah setaraf dari segi kelayakan dalam tuntutan kerjaya.

 

Calon-calon ini telah ‘dilakonkan’ oleh orang yang sama. Seorang bagi calon lelaki dan seorang bagi calon wanita. Nama dan warna kulit telah di’edit’ bagi menyesuaikan dengan imej setiap bangsa yang diwakili.

 

1. Nisbah Panggilan Temuduga Calon Perempuan Lebih Tinggi

 

Berdasarkan data yang dikumpulkan Cent-GPS, secara purata peratusan calon perempuan untuk dipanggil ke temuduga adalah sebanyak 18.69%. Manakala peratusan calon lelaki yang akan dipanggil untuk ke temuduga pula lebih rendah dengan kadar 14.75%

 

 

2. Calon Berbangsa Cina Paling Banyak Mendapat Panggilan Temuduga

 

Calon perempuan berbangsa Cina, Nicola telah menerima 240 panggilan temuduga daripada 547 jawatan kerja kosong yang dimohon. Ini adalah jauh lebih tinggi berbanding calon-calon lain termasuk calon lelaki.

 

Situasi hampir sama juga berlaku kepada calon lelaki berbangsa Cina, Gabriel yang mendapat 179 panggilan temuduga. Seorang lagi calon lelaki berbangsa Melayu, Saddiq hanya mendapat 43 panggilan temuduga sedangkan jawatan kerja yang dimohon adalah sama.

 

 

3. Penguasaan Bahasa Mandarin Tidak Menjadi Nilai Tambah Kepada Calon

 

Sebagai sebahagian daripada kajian Cent-GPS, 10% pekerjaan yang dipohon oleh calon-calon ini adalah pekerjaan yang memerlukan keupayaan berbahasa Mandarin. Resume untuk kesemua 7 calon ini telah menyenaraikan keupayaan bahasa Mandarin mereka pada paras “Intermediate”.

 

Walaupun kesemua calon ini mempunyai kebolehan berbahasa Mandarin pada paras yang sama, namun calon Cina tetap menduduki tangga pertama dan kedua untuk dipanggil ke temuduga. Nicola berada di tangga pertama dengan peratusan panggilan temuduga 54.72% dan Gabriel pula di tangga kedua dengan 39.62%.

 

4. Peluang Panggilan Temuduga Lebih Cerah Untuk Calon Tidak Bertudung

 

Hasil kajian mendapati calon wanita Melayu tidak bertudung mendapat kadar panggilan temuduga lebih tinggi berbanding calon yang bertudung. Walaupun kedua-duanya mempunyai kelayakan yang sama, namun calon perempuan Melayu bertudung, Nur Sakinah hanya menerima 50 panggilan temuduga berbanding calon perempuan Melayu tidak bertudung, Zulaikha yang mendapat 70 panggilan temuduga.

 

 

5. Lelaki India Paling Sukar Mendapat Kerja

 

Calon lelaki India, Thivakar berada di tangga tercorot dengan peratusan untuk dipanggil ke temuduga ialah 3.66%. Bukan itu sahaja, data menunjukkan Thivakar perlu memohon 27 kali untuk mendapat satu panggilan temuduga. Manakala Nicola pula hanya perlu memohon dua kali untuk mendapat satu temuduga.

 

 

 

Berdasarkan hasil kajian ini, jelas dapat dilihat calon berbangsa Cina mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dipanggil ke temuduga dan mendapatkan pekerjaan. Selain itu, kebolehan berbahasa Mandarin juga menunjukkan ia tidak menjadi faktor tambah nilai kepada calon berbangsa Melayu dan India. Bagi perempuan Melayu pula, faktor hijab turut mempengaruhi sama ada seseorang calon itu akan dipanggil untuk temuduga atau tidak.

 

Artikel ini ditulis berdasarkan hasil kajian dan laporan yang telah diterbitkan oleh Cent-GPS dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Kapital

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

230194
Kapital

7 Perkara Mengenai Ekonomi Malaysia Baru

Reading Time: 3 minutes Satu garis panduan pelantikan jawatan tertinggi GLC akan dikeluarkan MoF Cukai korporat bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)…

7-01
Kapital

MRCB Perkenal MBS Bagi Tingkatkan Kualiti Pembinaan

Reading Time: 2 minutes   Syarikat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) bakal meningkatkan lagi kualiti dalam sektor pembinaan dengan memperkenalkan sistem pembinaan…

101b
Kapital

Lima Strategi Makro Kekal Daya Tahan Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan lima strategi makro bagi…

kilang-mazda-kulim-mekanika-4

Tahap Perniagaan Di Malaysia Kurang Memberansangkan Bagi Tempoh 5 Bulan Berturut-Turut

Reading Time: 2 minutes PMI China kekal bawah paras 50 semenjak Disember 2018 PMI adalah satu kaji selidik yang dilakukan secara bulanan…