fbpx

Relevankah BelanjawanKu Untuk Memiliki Rumah?

Oleh : Wan Syarafiz
06 Mac 2019 - 5:26 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Belanjawanku merupakan panduan bagi individu dan keluarga untuk menguruskan perbelanjaan
  • Peruntukan yang diletakkan Belanjawanku sebagai harga sewaan atau bayaran ansuran pembelian rumah ialah RM870 sebulan

 

Kerajaan baru-baru ini telah melancarkan sebuah panduan bagi individu dan keluarga untuk menguruskan perbelanjaan yang dinamakan sebagai Belanjawanku. Panduan ini dikatakan mampu untuk meningkatkan tahap kecelikan kewangan serta kemahiran pengurusan kewangan peribadi rakyat negara ini.

 

Panduan Belanjawanku ini telah diterbitkan atas inisiatif pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya.

 

Secara asasnya, Belanjawanku merupakan panduan perbelanjaan untuk membeli barang serta perkhidmatan yang disifatkan sebagai keperluan oleh rakyat Malaysia bagi mencapai sebuah kehidupan standard yang boleh diterima (acceptable standard of living). Bukan hanya melihat kepada keperluan asas, Belanjawanku turut mengambil kira keperluan seseorang individu itu atau keluarga untuk terlibat aktif dalam aktiviti komuniti serta perjumpaan bersama rakan-rakan dan keluarga.

 

Pendek kata, Belanjawanku ini diterbitkan sebagai panduan kepada rakyat Malaysia untuk menguruskan perbelanjaan supaya mempunyai kualiti hidup yang lebih baik dan bermakna.

 

Untuk makluman, panduan Belajawanku ini dikeluarkan berdasarkan bancian perbelanjaan isirumah serta bancian harga barang dan perkhidmatan melalui katalog, internet dan di premis-premis perniagaan bermula dari Julai 2017 sehingga Julai 2018.

 

Menurut Belanjawanku, individu bujang memerlukan sekurang-kurangnya RM1,870 setiap bulan untuk mencapai acceptable standard of living. Manakala pasangan yang sudah berkahwin pula memerlukan RM4,420 sehingga RM6,620 setiap bulan mengikut jumlah bilangan anak yang dimiliki. Bagi pasangan yang sudah berumur pula (elderly couple), mereka memerlukan jumlah wang perbelanjaan sebanyak RM3,090 setiap bulan.

 

Namun, adakah perbelanjaan yang disarankan ini benar-benar dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia?

 

Berdasarkan panduan Belanjawanku ini, peruntukan yang diletakkan bagi kategori “housing” untuk individu bujang ialah RM300 dengan menyewa bilik sebagai tempat tinggal. Manakala pasangan yang sudah berkahwin pula, peruntukan yang diletakkan ialah RM870 sebulan sebagai harga sewaan atau bayaran ansuran pembelian rumah.

 

Namun, persoalannya adakah RM300 ini mencukupi sebagai sewaan bilik individu bujang? Ya, mungkin terdapat masih banyak bilik yang ditawarkan pada harga RM300 sebulan tetapi mungkin lokasinya adalah kurang strategik dan jauh dari tempat kerja.

 

Begitu juga dengan peruntukan RM870 untuk pasangan sudah berkahwin bagi menyewa rumah atau bayaran bulanan pembelian rumah. Adakah peruntukan yang dinyatakan dalam Belanjawanku ini relevan?

 

Hal ini kerana dengan harga RM870, rumah mana yang mampu disewa di sekitar Kuala Lumpur? Jika menyewa rumah yang terletak sedikit jauh dari bandar Kuala Lumpur, mungkin ia adalah realistik tetapi pasangan berkahwin ini kemudiannya perlu memikirkan perkara-perkara lain seperti kos minyak kenderaan untuk ke tempat kerja.

 

Begitu juga jika RM870 yang dinyatakan ini adalah bayaran ansuran bulanan untuk pembelian rumah, ia mungkin boleh disifatkan sebagai rendah kerana jika dikira secara kasar, bayaran bulanan RM870 ini anda hanya mungkin dapat membeli rumah berharga sekitar RM180,000 sahaja. Sedangkan harga rumah PR1MA di Alam Damai Cheras juga berharga kira-kira RM350,000.

 

Tidak dinafikan inisiatif KWSP dan SWRC ini adalah amat baik kerana ia boleh dijadikan sebagai panduan rakyat Malaysia dalam berbelanja dan dalam masa yang sama boleh digunakan pihak kerajaan untuk merangka polisi seperti menentukan gaji minimum.

 

Namun, ia menimbulkan sedikit persoalan apabila peruntukan perbelanjaan yang dinyatakan dalam kategori “housing” Belanjawanku ini adalah rendah dan adakah Belanjawanku ini mampu dijadikan sebagai panduan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia?

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Front Facade
Kapital

Lokasi Adalah ‘Senjata’ Penting Tarikan Hartanah

Reading Time: 4 minutes Tatkala pasaran hartanah semasa berada dalam situasi yang mencabar, apakah faktor yang boleh menarik minat orang ramai untuk…

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…