fbpx

RM6,620 Diperlukan Keluarga Untuk Hidup Selesa di KL – KWSP

Oleh : Wan Syarafiz
04 Mac 2019 - 5:17 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Individu bujang memerlukan sekurang-kurangnya RM1,870 setiap bulan untuk mencapai acceptable standard of living
  • Belanjawanku diterbitkan sebagai panduan pengurusan perbelanjaan untuk mempunyai kualiti hidup yang lebih baik dan bermakna

 

Kerajaan baru sahaja melancarkan Belanjawanku iaitu sebuah panduan bagi individu dan keluarga untuk menguruskan perbelanjaan bulanan mereka. Panduan ini dikatakan mampu untuk meningkatkan tahap kecelikan kewangan serta kemahiran pengurusan kewangan peribadi rakyat negara ini.

 

Panduan Belanjawanku ini telah diterbitkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya.

 

Secara asasnya, Belanjawanku ini merupakan panduan belanjawan untuk mendapatkan barang serta perkhidmatan yang disifatkan sebagai keperluan oleh rakyat Malaysia bagi mencapai sebuah kehidupan standard yang boleh diterima (acceptable standard of living). Bukan hanya melihat kepada keperluan asas, Belanjawanku turut mengambil kira keperluan seseorang individu itu atau keluarga untuk terlibat aktif dalam aktiviti komuniti serta perjumpaan bersama rakan-rakan dan keluarga.

 

Pendek kata, Belanjawanku ini diterbitkan sebagai panduan kepada rakyat Malaysia untuk menguruskan perbelanjaan supaya mempunyai kualiti hidup yang lebih baik dan bermakna.

 

 

Untuk mengeluarkan panduan Belanjawanku ini, pihak SWRC telah menjalankan bancian perbelanjaan isirumah serta bancian harga barang dan perkhidmatan melalui katalog, internet dan di premis-premis perniagaan bermula dari Julai 2017 sehingga Julai 2018. Bukan itu sahaja, SWRC turut bekerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia dan badan-badan lain dalam mengeluarkan Belanjawanku ini.

 

Secara rumusannya, individu bujang memerlukan sekurang-kurangnya RM1,870 setiap bulan untuk mencapai acceptable standard of living. Manakala pasangan yang sudah berkahwin pula memerlukan RM4,420 sehingga RM6,620 setiap bulan mengikut jumlah bilangan anak yang dimiliki. Bagi pasangan yang sudah berumur pula (elderly couple), mereka memerlukan jumlah wang perbelanjaan sebanyak RM3,090 setiap bulan.

 

 

Sebagai perbandingan, kadar perbelanjaan bulanan individu bujang RM1,870 ini adalah lebih tinggi daripada kadar gaji minimum RM1,100 dan lebih rendah daripada kadar gaji median di Selangor (RM2,580) dan Kuala Lumpur (RM2,650). Bagi pasangan sudah berkahwin pula, jumlah perbelanjaan yang diletakkan dalam panduan Belanjawanku ini juga adalah lebih rendah daripada pendapatan isirumah median di Selangor (RM7,443) dan Kuala Lumpur (RM7,620) pada tahun 2016.

 

Sebelum ini, pihak Bank Negara Malaysia (BNM) juga pernah mengeluarkan inisiatif yang hampir serupa dengan memperkenalkan konsep ‘Gaji Kehidupan’ (Living Wage) sebagai panduan untuk mencapai “minimum living standards” di Malaysia. Gaji kehidupan ini merupakan kadar pendapatan yang diperlukan untuk individu atau keluarga mengambil bahagian dalam aktiviti masyarakat, peluang membangunkan diri dan keluarga serta mendapatkan kebebasan daripada tekanan kewangan.

 

Sumber: Bank Negara Malaysia

 

Cuma apa yang membezakan gaji kehidupan dan Belanjawanku ialah gaji kehidupan ini dijadikan sebagai penanda aras untuk pendapatan bulanan. Manakala Belanjawanku pula ialah penanda aras bagi perbelanjaan bulanan. Kedua-duanya adalah panduan untuk mendapatkan “minimum living standards” supaya rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan bermakna.

 

Insiatif KWSP dan SWRC dalam mengeluarkan panduan Belanjawanku ini boleh disifatkan sebagai langkah yang baik kerana ia boleh dijadikan sebagai petunjuk kepada kadar kos sara hidup di Malaysia serta membantu rakyat Malaysia untuk membuat pilihan yang lebih bijak dalam berbelanja. Selain itu, Belanjawanku juga adalah amat berguna kepada pembuat polisi dalam merangka polisi seperti menentukan kadar gaji minimum dan polisi-polisi lain yang berkaitan dengan kewangan.

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Malaysia-Postpaid-Telco-Logos
Kapital

Celcom-Digi Bergabung, Pengguna Untung Atau Rugi?

Reading Time: 3 minutes Apakah anda rasa penggabungan Celcom dengan Digi akan memberi faedah kepada rakyat? Ok, anda yang tidak menggunakan kedua-dua…

Axiata
Kapital

Hati Hati Dengan Gergasi Telekomunikasi

Reading Time: 2 minutes Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Axiata dan syarikat telekomunikasi dari Norway, Telenor sedang menjalankan perbincangan bagi menggabungkan aset-aset…

Featured Image 14-01
Kapital

Pelan Mega USD412 Bilion Pembinaan Negara Indonesia

Reading Time: 2 minutes 40% daripada dana akan disalurkan oleh pihak kerajaan persekutuan manakala 25% lagi disumbangkan melalui syarikat milik kerajaan negeri…

Featured Image 13-01

Malaysia Bakal Hantar Pekerja Berkemahiran Ke Jepun

Reading Time: 2 minutes Memorandum kerjasama dijangka ditandatangani Julai Potensi sehingga 50 ribu peluang pekerjaan Malaysia kini sedang mengadakan rundingan dengan Jepun…