fbpx

Tahap Perniagaan Di Malaysia Kurang Memberansangkan Bagi Tempoh 5 Bulan Berturut-Turut

Oleh : Kauthar Rozmal
18 Mac 2019 - 6:13 pm

Reading Time: 2 minutes
  • PMI China kekal bawah paras 50 semenjak Disember 2018
  • PMI adalah satu kaji selidik yang dilakukan secara bulanan kepada syarikat swasta berkaitan keadaan syarikat

Disember lalu, Purchasing Manager Index (PMI) di Malaysia mencatatkan rekod terendah pada paras 46.8, terendah semenjak PMI direkodkan 7 tahun lalu.

 

Apakah itu PMI?

PMI adalah satu kaji selidik yang dilakukan secara bulanan kepada syarikat swasta berkaitan keadaan syarikat mereka pada bulan hadapan. Kandungan survey ini termasuklah perkara-perkara seperti jumlah pesanan baru, tahap inventori, tahap penghasilan, penghantaran bekalan dan samada mereka merancang untuk mengambil atau membuang pekerja.

 

PMI menjadi salah satu indikator yang mengukur tahap kesihatan ekonomi bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan. PMI memberikan gambaran kasar terhadap keadaan semasa dalam sektor pembuatan.

 

Jadi, apabila ada perubahan kepada permintaan, pengeluar akan bertindak terhadap permintaan tersebut. Jika permintaan tinggi, pengeluar akan tingkatkan inventori dan pesanan baru dan jika permintaan menurun, mereka akan kurangkan inventori dan pesanan baru.

 

Bagaimana cara membaca PMI?

Jika PMI atas 50 bermaksud ada pengembangan dan bawah 50 menandakan pengecutan. PMI ini diguna pakai oleh pelabur dan pengurus syarikat . PMI di atas 50 bermaksud pengilang dan pengeluar berada dalam keadaan baik lantas turut menaikkan keyakinan pelabur untuk melabur dalam negara ini.

 

Macam mana dengan PMI Malaysia ketika ini?

Bagi tempoh 5 bulan kebelakang,  Oktober 2018 sehingga Februari 2019 , PMI kita masih kekal di bawah paras 50 yang mana menandakan tiada sebarang pengembangan berlaku dalam sektor pembuatan.

PMI Malaysia

Pengeluar kini dalam langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan pesanan baru dan inventori disebabkan pengurangan permintaan. Kadar pekerjaan juga tidak berubah, walaupun terdapat pengambilan pekerja baru di sesetengah sektor, namun terdapat juga syarikat yang mengurangkan pekerja seperti yang berlaku di Pulau Pinang bagi sektor elektronik.

 

Menurut ahli ekonomi di HIS Markit, Joe Hayes, data PMI bagi bulan Februari menunjukkan pengecutan berterusan yang mencerminkan kejatuhan tahap pengeluaran dan jualan. Pesanan baru jatuh sangat teruk ekoran tahap permintaan yang rendah.

 

Sementara itu, kos operasi juga meningkat ekoran ketidaktentuan kadar tukaran wang dan harga barang mentah ketika ini. Berdasakan kajian Federation of Malaysian Manufacturers, pengeluar meletakkan sasaran yang rendah kepada tahap jualan, pengeluaran dan pengambilan pekerja bagi separuh tahun pertama 2019.

Di China, PMInya juga berada di bawah paras 50 semenjak Disember lalu berikutan tekanan daripada perang dagangan AS-China. Perkara ini sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada Malaysia yang merupakan rakan dagangan China.

 

Sesuatu perlu dilakukan kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam masa terdekat ini sebelum penurunan ini berpanjangan.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…