fbpx

Trend Pembelian Rakyat Malaysia Berdasarkan Geografi. 5 Perkara Anda Perlu Tahu

Oleh : Wan Syarafiz
25 Mac 2019 - 4:40 pm

Reading Time: 2 minutes

 

Menurut ‘ranking’ yang dikeluarkan oleh Comscore, Shopee telah tersenarai sebagai 10 laman sesawang paling banyak dilawati di Malaysia. Ini seterusnya menjadikan Shopee sebagai No.1 dalam platform e-dagang di Malaysia.

 

Dengan 16 juta applikasi dimuat turun, Shopee baru-baru ini telah mengeluarkan data infografik menarik berkenaan corak pembelian rakyat Malaysia berdasarkan data pembelian yang dikumpulkan meliputi 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan di seluruh Malaysia.

 

Penduduk Putrajaya Lebih Suka Membeli Pada Waktu Makan Tengah Hari

 

Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan rekod pembelian paling banyak di Shopee berdasarkan faktor populasi yang tinggi. Kebanyakan rakyat Malaysia dilaporkan paling banyak melakukan transaksi pembelian pada jam 9 malam hingga 11 malam. Namun situasi ini sediki berbeza bagi penduduk Putrajaya yang mana kebanyakan mereka lebih suka membeli secara ‘online’ di Shopee pada waktu makan tengah hari.

 

Satu Pertiga Pembelian Di Wilayah Utara Adalah Barangan FMCG

 

Shopee menyatakan aktiviti membeli melalui platform e-dagang mereka kini sedang meningkat naik di Perlis, Kedah, Penang dan Perak. Trend pembelian di negeri-negeri ini menunjukkan pembeli lebih gemar membeli barang-barang yang dikategorikan sebagai Fast-Moving Consumer Goods (FMCG). FMCG merupakan produk yang dijual secara cepat dengan kos yang rendah. Antara contoh barangan FMCG ialah makanan yang sudah di’pack’ dan peralatan dandanan diri (toiletries).

 

Sekitar satu pertiga pembelian di Shopee dari wilayah utara adalah melalui barangan FMCG.

 

Lampin & Pakaian Bayi Paling Banyak Dicari di Pantai Timur

 

Pengguna baru Shopee di Kelantan, Pahang dan Terengganu telah mencatatkan pertumbuhan tiga-angka. Ini menunjukkan penduduk di wilayah pantai Timur sudah semakin semakin ramai menggunakan laman e-dagang dalam melakukan aktiviti pembelian. Ini mungkin banyak didorong oleh faktor penjualan smartphone dan juga pelan internet yang ditawarkan pada hari ini dengan harga yang lebih mampu milik.

 

Di ketiga-tiga negeri ini, barangan seperti alat permainan, barangan bayi dan kanak-kanak telah merekodkan pembelian tertinggi. Lampin, pakaian bayi, playmat dan ‘breast pump’ pula adalah antara barangan yang paling banyak dicari melalui laman Shopee.

 

Lelaki Johor, Melaka & Negeri Sembilan Lebih Suka Berfesyen

 

Situasi di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan telah menyaksikan banyak pengguna baru mendaftar di laman Shopee dengan kebanyakan mereka adalah lelaki. Berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia, kategori pakaian lelaki adalah antara kategori yang ‘top’ di tiga negeri ini. Dilaporkan kemeja floral, jaket bomber dan kulit serta blazer antara yang paling banyak dicari.

 

Ini menunjukkan lelaki dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan adalah lebih suka berfesyen berbanding lelaki dari negeri lain!

 

Jualan Top-up Digi dan Powerbank ‘Hit’ di Sarawak, Sabah & Labuan

 

Shopee mendapati kategori ‘mobile and accessories’ adalah antara kategori yang paling digemari penduduk Sarawak, Sabah dan Labuan. Berdasarkan data yang diperoleh, penduduk di wilayah ini telah membeli lebih 51,000 ‘powerbank’ hanya dalam tempoh masa tiga bulan. Apa yang lebih menarik, pembelian ‘top-up’ Digi juga adalah antara pembelian yang ‘hit’ dan banyak dilakukan melalui laman Shopee oleh penduduk Malaysia Timur.

 

Kredit: Shopee

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…