fbpx

10,000 Rumah Mampu Miliki Bakal Dibina Di Bandar Malaysia

Oleh : Kapital
25 April 2019 - 4:54 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Kerajaan Malaysia mempunyai pegangan 40% dalam IWH-CREC
  • Syarikat gergasi sektor ICT seperti Alibaba dan Huawei dikhabarkan berminat untuk mejadikan Bandar Malaysia sebagai pusat ICT

 

Pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik di Bandar Malaysia tidak akan menyebabkan peningkatan lambakan rumah tidak terjual di Malaysia. Hal ini kerana, menurut Pengarah VPC Alliance, James Wong lambakan rumah yang tidak terjual hari ini adalah di luar kategori rumah mampu milik.

 

Sekitar minggu lepas, kerajaan telah mengumumkan penerusan projek Bandar Malaysia dengan beberapa perubahan akan dilakukan. Antaranya ialah dengan menambah jumlah bilangan rumah mampu milik yang akan dibina. Di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang lepas, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan akan membina 5000 rumah mampu milik di kawasan tersebut. Ini bermakna jumlah rumah mampu milik yang akan dibina kini meningkat sekali ganda.

 

Selain itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengumumkan pembinaan kemudahan taman rakyat, melibatkan penyertaan bumiputera dalam projek itu serta memberi keutamaan kepada sumber tempatan bagi proses pembinaan. Projek ini dijangkakan mampu memberi pulangan besar kepada negara untuk menarik pelaburan asing (FDI) dan juga menghasilkan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM140 bilion.

 

Antara potensi besar yang ada pada bandar Malaysia ialah menarik institusi kewangan utama antarabangsa dan syarikat multinasional untuk membuka ibu pejabat serantau di sini. Syarikat gergasi sektor ICT seperti Alibaba dan Huawei juga dikhabarkan telah menunjukkan minat untuk mejadikan Bandar Malaysia sebagai pusat ICT mereka.

 

Image result for bandar malaysia
Kredit: The Star

 

Kerajaan baru-baru ini telah mengubah pendirian untuk meneruskan projek Bandar Malaysia ini kerana ianya akan dibangunkan oleh konsortium IWH-CREC yang mana kerajaan Malaysia mempunyai pegangan 40% di dalamnya. Syarikat China pula mempunya pegangan 24% dan selebihnya dimiliki syarikat-syarikat asing lain.

 

“Kami (pada awalnya) beranggapan ia diberikan sepenuhnya kepada syarikat China. Apabila dilakukan siasatan, syarikat yang menjalankan kerja awal bagi Bandar Malaysia sebenarnya bukan syarikat China,”

 

“Disebabkan itu, kami mengubah pendirian dan kami mahu mengembalikan semula Bandar Malaysia kepada syarikat yang pertama memenangi bidaan (IWH-CREC),” ujar Tun Dr Mahathir.

 

Berbalik kepad pembinaan 10,000 unit rumah mampu miliki di Bandar Malaysia, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menyifatkan ia sebagai keputusan yang baik kerana nilai hartanah di Bandar Malaysia adalah tinggi. Langkah yang mahu diambil kerajaan ini menunjukkan komitmen dalam membantu golongan yang berpendapatan di bawah RM5000 untuk terus tinggal di bandar.

 

“Naratif baru kerajaan kini ialah untuk memastikan golongan ini tidak didiskriminasi secara ekonomi dengan meletakkan tempat tinggal mereka hanya di kawasan yang jauh dari pembangunan dan tiada fasiliti secukupnya,” ujar Zuraida.

 

Keputusan untuk meneruskan projek Bandar Malaysia ini boleh disifatkan sebagai langkah seimbang bagi menjaga kepentingan negara dan rakyat melalui pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik serta dalam masa yang sama bagi menjaga kepentingan negara di peringkat antarabangsa. Sudah pasti hubungan bilateral antara Malaysia dan China akan semakin lebih baik selepas ini dan sekaligus akan menguntungkan negara dari sudut pertumbuhan ekonomi.

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…