fbpx

30%-40% Bekalan Beras Malaysia Diimport Daripada Luar Negara

Oleh : Kauthar Rozmal
22 April 2019 - 3:23 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Industri beras hanya menyumbang 2.3% sahaja kepada Keluaran Kasar Dalam Negara
  • 74.1% daripada penghasilan beras dalam negara adalah daripada MADA

Nasi merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia meliputi semua kaum. Tahukah anda pada tahun 2016 sahaja rakyat Malaysia secara puratanya makan 80kg beras setahun bersamaan RM44 sebulan bagi membeli beras.

 

67% daripada 2.7 juta metrik tan daripada beras yang dimakan penduduk Malaysia adalah hasil tanaman dalam negeri manakala bakinya diimport daripada negara luar seperti Thailand, Vietnam dan Pakistan.

 

Setelah sekian lama, Asia Tenggara dikenali sebagai pusat ekonomi beras sedunia dimana Asia Tenggara menyumbang 39.9% daripada eksport beras dunia. Negara pengeksport beras terbesar di rantau ini adalah Thailand (24.5%), Vietnam (12.9%) dan Kemboja (1.3%). Manakala Indonesia, Malaysia dan Filipina pula adalah negara pengimport bersih.

Walaubagaimana pun, sementara negara serantau mengalami peningkatan dalam penghasilan beras, penghasilan beras di Malaysia masih berada pada tahap yang sama semenjak 1990. Jika dibandingkan pula tahap kecukupan diri (Self-sufficiency level, SSL), Malaysia berada pada tahap 60-70% lebih rendah berbanding negara Asean yang lain. SSL pada 100% bermaksud Malaysia tidak perlu mengimport beras daripada luar bagi memenuhi permintaan dalam negara.

 

Oleh sebab itu, isu beras ini sering menjadi perhatian kerajaan kerana ianya berkait rapat dengan soal food security walaupun industri beras hanya menyumbang 2.3% sahaja kepada Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK).

 

Antara kerisauannya adalah kecukupan bekalan beras di mana kadar kepenggunaan beras semakin meningkat sedangkan kadar penghasilan masih kekal sama. 74.1% daripada penghasilan beras dalam negara adalah daripada Muda Argricultural Development Authority (MADA) di negeri Jelapang Padi. Manakala bakinya dihasilkan oleh Kemubu Agricultural Development Authority (KADA) sebanyak 9.1% dan Integrated Agricultural Development Area (IADA) Barat Laut Selangor (BLS) sebanyak 8.1% .

 

Dua objektif utama dalam Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 adalah memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan meningkatkan pendapatan usahawan tani. Apakah tahap food security di Malaysia?

Tahap food security ini boleh diukur berdasarkan Global Food Security Index (GFSI) yang mengambil kira 4 faktor utama iaitu harga makanan, ketersediaan bekalan, kualiti dan keselamatan dan sumber asli.

 

Berdasarkan laporan GFSI 2017, Malaysia memperolehi skor 66.2/100 pada tangga keenam terbaik di Asia Pasifik dan tangga ke-41 berbanding 112 buah negara. Khazanah Research Institute (KRI) mencadangkan beberapa langkah bagi menambah baik food security di Malaysia seperti berikut:

  1. Dasar berkaitan padi – Hentikan penetapan polisi yang berpusatkan pengeluaran atau sasaran SSL. Kerajaan seharusnya menggabungkan faktor food security yang lain dalam pengeluaran domestic beras.
  2. Data padi dan beras – Meningkatkan ketelusan dan akses melalui digitalisasi data dan maklumat merentasi rantaian bekalan melalui penggunaan teknologi Blockchain.
  3. Kepelbagaian jenis padi baru – Memudahkan pertumbuhan penternak sektor swasta bagi pembangunan jenis padi baru
  4. Pemain petani dan orang tengah – Membangunkan pendekatan perkongsian risiko bersama melalui kontrak pertanian
  5. Penggunaan – Meningkatkan pengambilan data penggunaan dalam kalangan pekerja asing

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Malaysia-Postpaid-Telco-Logos
Kapital

Celcom-Digi Bergabung, Pengguna Untung Atau Rugi?

Reading Time: 3 minutes Apakah anda rasa penggabungan Celcom dengan Digi akan memberi faedah kepada rakyat? Ok, anda yang tidak menggunakan kedua-dua…

Axiata
Kapital

Hati Hati Dengan Gergasi Telekomunikasi

Reading Time: 2 minutes Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Axiata dan syarikat telekomunikasi dari Norway, Telenor sedang menjalankan perbincangan bagi menggabungkan aset-aset…

Featured Image 14-01
Kapital

Pelan Mega USD412 Bilion Pembinaan Negara Indonesia

Reading Time: 2 minutes 40% daripada dana akan disalurkan oleh pihak kerajaan persekutuan manakala 25% lagi disumbangkan melalui syarikat milik kerajaan negeri…

Featured Image 13-01

Malaysia Bakal Hantar Pekerja Berkemahiran Ke Jepun

Reading Time: 2 minutes Memorandum kerjasama dijangka ditandatangani Julai Potensi sehingga 50 ribu peluang pekerjaan Malaysia kini sedang mengadakan rundingan dengan Jepun…