fbpx

8 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Rundingan Semula ECRL

Oleh : Kauthar Rozmal
15 April 2019 - 4:35 pm

Reading Time: 2 minutes

Akhirnya terjawab sudah segala persoalan mengenai ECRL sesudah pulangnya perunding khas bagi projek ini Tun Daim Zainuddin minggu lalu. Tun Daim telah membuat rundingan semula dengan Kerajaan China ke atas perjanjian kerajaan kepada kerajaan (G2G) yang ditandatangani pada tahun 2016.

 

Setelah membuat timbang tara di antara menghentikan projek ini dengan kos penamatan berjumlah RM21.78 bilion atau membuat rundingan semula, kerajaan telah berjaya mencapai kata sepakat untuk membuat rundingan semula yang mana perjanjian ini adalah menang-menang bagi kedua belah pihak, Malaysia dan China, dan yang lebih utama ia bakal memberi manfaat yang besar kepada rakyat.

 

 

Menurut kerajaan, ECRL bakal menjadi pemangkin ekonomi kepada Malaysia terutamanya kawasan pantai timur.

 

Berikut 8 perkara anda perlu tahu mengenai rundingan baru ini.

 

1. Kos pembinaan ECRL berjaya dikurangkan kepada RM44 bilion bersamaan penjimatan RM21.55 bilion atau 32.8% penjimatan. Di bawah perjanjian asal, kos per km adalah RM95.5 juta per km dan kini kosnya adalah RM65.5 juta per km.

 

2. Laluan ECRL merangkumi 5 negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor berbanding 4 negeri sahaja sebelum ini. Terdapat 20 stesen hentian akan dibina di sepanjang jajaran ECRL.

 

3. Jajaran baru ini akan dihubungkan kepada KLIA Express Rail Link (ERL), MRT2 Laluan SSP melalui pertukaran di Putrajaya Sentral dan laluan KTM Komuter serta ETS melalui pertukaran di Bangi/Kajang.

 

4. Jajaran ECRL yang baru dipendekkan daripada 688.3 km kepada 640km sahaja dengan mengekalkan standard gauge dan double tracking.

5. Demi memelihara warisan alam sekitar, jajaran ECRL tidak akan melalui Klang Gates Quartz Ridge di Gombak, Quartz Dyke terpanjang di dunia.

 

6. Kos operasi dan penyelenggaraan akan dikongsi bersama melalui syarikat kerjasama antara CCCC dan MRL (MRL 50% : CCCC 50%). Tindakan bakal meringankan beban kewangan kerajaan di masa hadapan serta mampu menarik lebih banyak pelaburan dengan penglibatan daripada CCCC.

 

7. Penyertaan kontraktor tempatan dalam pembinaan ECRL meningkat kepada 40 peratus daripada keseluruhan kerja awam 30 peratus sebelum ini.

 

8. CCCC telah bersetuju untuk membuat bayaran semula bagi Bayaran Pendahuluan berjumlah RM3.1 bilion. RM500 juta akan dibayar pada 12 April 2019 dan RM500 juta lagi sebulan selepas itu manakala bakinya akan dibayar dalam tempoh 3 bulan.

 

ECRL dijangka siap menjelang 2026.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…