fbpx

Adakah PH Mampu Menang Di Rantau?

Oleh : Syafiq Hanafi
01 April 2019 - 5:57 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Peratus pengundi mengikut kaum di kawasan ini ialah 54% Melayu, 27% India, 19% Cina dan lain-lain kaum 1%
  • Pemenang pertama kerusi ini pada PRU tahun 1959 ialah Gurnam Singh Gill dari Barisan Sosialis

Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah selesai pada 30 Mac lalu dengan menyaksikan pertandingan empat penjuru. Pakatan Harapan (PH) menampilkan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr S Streram, Barisan Nasional (BN) pula menampilkan penyandang kerusi berkenaan yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

 

Dua calon Bebas, R Malar dan Mohd Nor Yassin turut mengisi persaingan PRK yang bakal berlangsung pada 13 April ini.

 

Seperti yang sudah diketahui semua, PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, November lalu yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding beliau di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah terbatal dan tidak sah.

 

Tumpuan dalam PRK DUN Rantau kali ini sudah tentulah persaingan semula Mohamad dan Streram yang tergendala sebelum ini. Calon-calon Bebas diperhatikan sukar untuk menyaingi kedua-dua calon utama ini.

 

DUN Rantau merupakan antara kawasan yang melihatkan peratusan pengundi India yang agak ramai. Secara keseluruhannya, peratus pengundi mengikut kaum di kawasan ini ialah 54% Melayu, 27% India, 19% Cina dan lain-lain kaum 1%. Ini menjadikan PRK DUN Rantau sebagai sesuatu yang menarik untuk diperhatikan kerana komposisi kaumnya pelbagai dan undi setiap kaum juga menjadi penentu penting untuk kemenangan.

 

Kita ketahui bahawa Mohamad selesa di DUN Rantau sejak PRU-11 tahun 2004. Sejak itu, Mohamad menang selesa dan sukar digugat. Dari PRU-11 hingga PRU-13 Mohamad dicabar oleh calon lawan yang juga berlatar belakangkan kaum Melayu. Sehubungan itu, meletakkan Streram sebagai calon untuk menyaingi Mohamad adalah strategi berbeza dan ia merupakan satu kesempatan untuk meraih undi masyarakat India secara lebih unik.

 

Politik pilihan raya di Malaysia sukar untuk dipisahkan daripada perkiraan kemenangan berasaskan undi kaum. Justeru apa yang berlaku di Rantau juga bakal melihatkan perkara yang sama.

 

DUN Rantau bukanlah asing dengan kemenangan untuk masyarakat India. Malah sejak dari pertama kali kerusi ini diwujudkan, dalam tiga penggal pertama, kerusi DUN Rantau dipegang oleh wakil masyarakat India dan Sikh. Pemenang pertama kerusi ini (1959) ialah Gurnam Singh Gill dari Barisan Sosialis, sebelum berpindah tangan kepada Ayakannu Vallisamy (1964) dan S V Vello (1969) kedua-duanya dari MIC.

 

Dari tahun 1986 hingga 1995, kerusi ini sekali lagi dimenangi oleh wakil MIC, Muthu Palaniappan.

 

Sehubungan itu, meletakkan Stretram bukanlah strategi yang pelik kerana Rantau sudah biasa memilih wakil rakyat dalam kalangan kaum India. Namun begitu, sesuatu yang agak menyukarkan PH ialah faktor Mohamad itu sendiri. Sebagai seorang yang amat disegani di kawasan ini dan memiliki keperibadian yang dihormati, Mohamad sudah tentu menjadi calon yang istimewa untuk memenangi kerusi di DUN Rantau.

 

Streram pula mempunyai banyak kerja untuk dibereskan dan tidak mudah untuk beliau menumbangkan Mohamad di kubu beliau sendiri. Secara perkiraan mudah, Streram wajar mendapatkan sokongan penuh daripada pengundi India jika benar-benar berhasrat untuk mengalahkan Mohamad.

 

PRK DUN Rantau menjadi ruang terpenting kepada Mohamad untuk membuktikan beliau sebagai pemimpin yang layak menerajui UMNO, sudah tentu beliau tidak mahu menang dengan majoriti tipis, Mohamad berada di Rantau untuk mendapatkan kemenangan besar dan ini bakal mengukuhkan kedudukan beliau untuk menerajui parti berkenaan selepas ini.

 

13 April ini bakal menjadi tarikh terpenting untuk kita melihat sama ada DUN Rantau akan bertukar tangan atau kekal di bawah BN.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…