fbpx

Aplikasi Teknologi 5G

Oleh : Kauthar Rozmal
23 April 2019 - 4:32 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms
  • Dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat (Gbps)

5G, satu lagi revolusi dalam dunia teknologi hari ini. Namun apakah sebenarnya 5G ini? Adakah ianya sekadar internet yang lebih laju sahaja? Atau pun ianya lebih daripada itu?

 

Secara istilah 5G bermaksud teknologi perhubungan generasi ke 5. Kebanyakan telefon pintar dalam pasaran hari ini menggunakan teknologi 4G, teknologi yang muncul lebih kurang 8 tahun lalu. Berdasarkan data daripada Open Signal, kelajuan maksimum yang boleh dicapai 4G adalah sekitar 16.9 megabits sesaat (Mbps). Bagaimana pula dengan kelajuan 5G?

 

Sudah pasti 5G menjanjikan internet yang lebih laju berbanding 4G, dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat (Gbps). Namun apa yang menarik mengenai 5G ini bukanlah terletak pada tahap kelajuannya, 5G menjanjikan sesuatu yang berbeza buat pengguna.

 

Selain daripada kelajuan, ciri yang menarik mengenai 5G adalah kadar latensinya. Kadar latensi 4G adalah sekitar 9 milliseconds (ms), ini bermaksud jika anda menghantar Whatsapp kepada kawan anda, ia mengambil masa 9 ms untuk sampai kepada kawan anda.

 

Manakala dengan teknologi 5G, kadar latensinya bermula serendah 1 ms. Ianya hampir kepada kadar “real time” bermaksud tiada penangguhan. Kadar “real time” ini bakal membawa perubahan yang besar dalam dunia teknologi.

 

18 April lalu, sebuah pameran 5G telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Putrajaya yang mempamerkan kelebihan 5G serta bagaimana teknologi bakal merubah hidup kita. Pameran dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau diberi peluang untuk mencuba teknologi kereta pandu sendiri menggunakan proton Exora sejauh 500 meter daripada Istana Kehakiman ke Banggunan Perbadanan Putrajaya.

 

Menurut beliau rakyat Malaysia boleh memanfaatkan teknologi ini dalam tempoh tiga tahun akan datang dan melonjakkan ekonomi negara ke arah pertumbuhan yang kukuh dan mampan.

 

Secara amnya, 5G akan berjaya menghubungkan alatan pintar seperti drone, televisyen pintar, kereta, robot dan mesin sesama mereka. Lebih banyak perkara boleh dilakukan apabila kesemua mesin dan robot mampu berkomunikasi sesama mereka. Antara perkara yang boleh dilihat dalam pameran ini adalah drone yang bertindak sebagai penghantar pesanan ibarat seekor burung menghantar surat pada zaman dahulu.

 

 

Teknologi kereta pandu sendiri misalnya, bayangkan apa yang latensi 1 ms boleh lakukan berbanding 9 ms. Jika tiada lagi “delay” ini bermakna sebarang pelanggaran antara kereta dapat dielakkan dengan menggunakan sensor yang dihubungkan antara kesemua kereta. Secara tidak lansung kadar kemalangan dapat dikurangkan.

 

Selain itu, 5G juga boleh diaplikasikan dalam bidang perubatan. Kini doktor boleh melakukan pembedahan tanpa menghadirkan diri ke bilik bedah. Dengan gabungan teknologi robot dan 5G, doktor mampu menjalankan pembedahan merentasi benua tanpa mengira tempat dan masa.

 

Di samping itu, 5G juga memainkan peranan penting dalam Internet of Things. Internet of Things adalah apa sahaja alatan seperti televisyen, pintu dan peti sejuk yang dihubungkan kepada internet. Dengan 5G konsep Smart Home mampu direalisasikan, rumah canggih seperti dalam filem Iron Man mungkin menjadi rumah anda tidak lama lagi.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…