fbpx

Ekonomi Gig Pilihan Generasi Muda

Oleh : Kauthar Rozmal
11 April 2019 - 4:47 pm

Reading Time: 2 minutes
  • 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed)
  • 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan persaraan

Dalam kos sara hidup yang semakin tinggi dan kelajuan perkembangan teknologi, perkejaan sementara (part-time) bukanlah satu perkara yang asing kepada rakyat Malaysia.

 

Ada juga yang telah berjaya kerja sementara mereka sebagai kerja tetap mereka sebagai pekerja bebas (freelance). Fenomena ini juga lebih dikenali sebagai ekonomi gig di mana pasaran perkerjaan adalah berdasarkan kontrak jangka masa pendek dan pekerjaan bebas.

 

Ekonomi gig mula mendapat perhatian dalam era teknologi hari ini. Tambahan lagi kemunculan syarikat start-up yang berasaskan ekonomi bersama (sharing economy) seperti Grab dan Maideasy telah membuka peluang kepada orang ramai untuk memperoleh pendapatan sampingan.

 

Golongan muda terutamanya sangat tertarik dengan ekonomi gig kerana mereka tidak terikat dengan peraturan yang ketat, mempunyai kebebasan menyusun masa mereka sendiri serta berpeluang menjana pendapatan melebihi gaji mereka sekiranya mereka bekerja.

 

Image result for co working space

 

Antara perbezaa ketara antara ekonomi gig dan pekerjaan tradisional adalah waktu kerja yang lebih fleksibel, pendapatan yang tidak tetap dan tiada had, tiada manfaat daripada majikan seperti insuran kesihatan dan tempat bekerja adalah bebas.

 

Menurut Bank Dunia, lebih kurang 26% populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) dan bilangannya semakin meningkat kerana semakin ramai yang memilih waktu perkerjaan yang lebih fleksibel.

 

Semenjak 2010, pekerja sendiri merangkumi 12% daripada pekerjaan bandar dan angka tersebut meingkat kepada 16% pada tahun 2016, bersamaan 1.7 juta orang dan peningkatan 760,000 orang semenjak 2010.

 

Di samping ekonomi gig juga turut memberi manfaat kepada majikan di mana mereka dapat menjimatkan wang daripada membayar manfaat pekerja. Jika sesebuah syarikat memerlukan satu tugas diselesaikan, mereka mempunyai pilihan untuk mengambil pekerja bebas berbanding mengambil pekerja tetap.

 

Namun bukanlah semuanya indah sahaja mengenai ekonomi gig ini. Sebahagian besar daripada ekonomi gig terdiri daripada pekerja tidak berkemahiran seperti penghantar makanan dan pemandu Grab yang mana tidak memberi nilai tambah kepada pekerja. Bagaimana dengan perjalaan kerjaya mereka bagi tempoh masa panjang?

 

Perkerjaan tidak mahir ini juga berisiko digantikan dengan automasi. Uber contohnya sedang giat melakukan kajian untuk mewujudkan kereta pandu sendiri mereka. Malah Tesla baru-baru ini telah melancarkan kereta pandu sendiri mereka. Apakah nasib pemandu Grab jika Grab juga bertindak untuk menggunakan kereta pandu sendiri?

 

Selain itu, mereka juga tidak mempunyai sebarang perancangan persaraan seperti mana pekerja yang mencarum KWSP. Dijangkakan hanya 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan persaraan. Tambahan lagi sebahagian besar mereka tidak memiliki sebarang insuran untuk menampung sebarang kecelakaan.

 

Ekonomi gig dijangka akan terus berkembang dan mendapat tempat dalam dunia pekerjaan di Malaysia. Kerajaan perlulah menetapkan polisi seiring dengan perubahan lanskap pekerjaan hari ini.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 12-01
Kapital

Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya ECRL Dibatalkan

Reading Time: 2 minutes Pada tahun 2018, China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan nilai sebanyak USD42.5 bilion Penerusan projek ECRL dilihat…

Featured Image 22-01

Aplikasi Teknologi 5G

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms Dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat…

Featured Image 19-01

ONE Championship Bakal Setanding UFC

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, nilai One Championship dilaporkan bernilai lebih daripada USD1 bilion Jumlah tontonan video One Championship di…

Featured Image 20-01

30%-40% Bekalan Beras Malaysia Diimport Daripada Luar Negara

Reading Time: 2 minutes Industri beras hanya menyumbang 2.3% sahaja kepada Keluaran Kasar Dalam Negara 74.1% daripada penghasilan beras dalam negara adalah…