fbpx

Harga Rumah Mengikut Jenis-jenis Hartanah Kediaman

Oleh : Kauthar Rozmal
05 April 2019 - 3:44 pm

Reading Time: 2 minutes

Secara amnya, hartanah jenis kediaman boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu rumah atas tanah dan rumah jenis strata seperti apartment dan kondominium. Dan setiap jenis rumah ini ada kelebihan dan kekurangannya serta menawarkan harga yang berbeza-beza.

 

Mari kita lihat 5 jenis rumah dibawah dan berapakah harganya.

 

1. Rumah Teres

Rumah teres termasuk dalam kategori rumah atas tanah dimana tiada ruang laman di tepi kiri atau kanan (kecuali unit tepi) disediakan. Nama lain bagi rumah teres adalah linked house. Di luar Lembah Klang, masih ramai yang menggemari rumah teres kerana mempunyai laman dan harganya yang mampu milik. Di Negeri Sembilan contohnya, harga purata bagi rumah teres adalah RM200,000 sahaja. Namun di Kuala Lumpur, harga puratanya adalah RM750,000! Pasti orang yang bergaji tinggi sahaja mampu untuk membeli rumah ini.

 

Image result for semi d

2. Rumah Berkembar (Semi-d)

Konsepnya lebih kurang dengan rumah teres tetapi ada laman disediakan di belah kiri atau kanan rumah. Ada juga yang membeli 2 unit rumah berkembar dan diubah suai menjadi sebuah banglo. Purata harga rumah berkembar di Malaysia adalah RM450,000.

 

3. Flat

Flat kebiasaannya dibina dalam satu kawasan merangkumi beberapa blok dan tingginya boleh mencecah sehingga 15 tingkat. Ini merupakan rumah yang paling murah dalam kategori strata di mana harga purata di Malaysia adalah RM120,000.

 

Kemudahan seperti pengawal keselamatan dan taman permainan kebiasaannya tidak disediakan. Namun ia boleh diwujudkan atas usaha komuniti sesebuah flat. Bab parkir pula, konsepnya adalah ‘siapa cepat dia dapat’ kerana tiada parkir khas disediakan bagi setiap unit rumah.

 

4. Apartment

Saiz apartment lazimnya lebih besar daripada saiz flat. Harganya pula mahal sedikit berbanding flat tetapi lebih mudah berbanding kondominium. Dari segi kemudahan pula, parkir khas disediakan, kebanyakannya menyediakan ruang komuniti seperti dewan serbaguna, surau, taman permainan dan kolam renang. Melihat kepada harga purata di Kuala Lumpur, ia masih lagi dalam kategori mampu milik pada RM300,000.

 

Image result for condominium swimming pool

5. Kondominium

Rumah yang paling mewah bagi kategori strata adalah kondominium. Unitnya luas, rekabentuknya cantik dan pelbagai lagi kemudahan disediakan. Lazimnya setiap kondominium itu ada clubhouse dan di sini terdapat kolam renang, gym, surau, kedai-kedai makan, pejabat pengurusan, laundry dan pelbagai fasiliti lain yang tersedia untuk pemilik dan penyewa. Harga purata harga kondominum di KL adalah RM600,000, satu kali ganda lebih tinggi berbanding harga purata apartment.

 

Sumber Data: redangpow

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…