fbpx

Kebangkitan Tiger Woods Di Masters, Nilai Jenama Nike Meningkat Naik RM8 Bilion

Oleh : Wan Syarafiz
19 April 2019 - 3:01 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Sekitar tahun 2009, jenama seperti  AT&T, Accenture, Gatorade dan Gillete telah menghentikan tajaan kepada Tiger Woods
  • Tiger Woods mempunyai ‘golden halo effect’ yang akan menyebabkan ramai pencinta sukan golf membeli produk yang digunakan beliau

 

Setelah sekian lama menghadapi saat kejatuhan dalam karier, Tiger Woods akhirnya berjaya mencatatkan kepulangan epik dengan memenangi kejohanan Masters yang juga gelaran Major ke-15 bagi koleksi peribadi beliau. Kejayaan ini dilihat mengakhiri tempoh kemarau 11 tahun setelah dibelenggu pelbagai masalah rumah tangga dan juga kecederaan serius.

 

Tiger Woods memulakan perjalanan karier professional dalam sukan golf bermula tahun 1996 dan terus mencipta nama sebagai salah seorang pemain yang cukup dominan dalam sukan tersebut. Beliau memenangi 14 gelaran major sebelum berumur 33 tahun dan berjaya mencipta impak besar kepada orang ramai untuk menyertai sukan golf. Rating sukan golf di Amerika Syarikat juga naik mendadak ketika beliau berada di kemuncak karier.

 

Tidak ada mana-mana pemain golf lain yang berjaya mendominasi sukan golf seperti yang pernah dilakukan Tiger Woods ketika zaman kegemilangan beliau. Nike mula menandatangani kontrak ‘apparel endorsement’ bersama Tiger Woods pada tahun 1996. Ketika itu, Nike hanya mengeluarkan beberapa pilihan pakaian sukan golf sahaja dan tidak menghasilkan peralatan golf sendiri. Tiga tahun kemudian, Nike mula mengeluarkan bola golf dan kemudiannya pula mengeluarkan ‘club’ Titleist yang digunakan oleh Tiger Woods. Namun seperti kejatuhan pemain golf itu, Nike turut terpalit dan akhirnya menyebabkan Nike berhenti daripada mengeluarkan sebarang peralatan golf pada tahun 2016.

 

Image result for tiger woods masters
Kredit: Washington Post

 

Skandal rumah tangga yang melanda Tiger Woods sekitar tahun 2009 telah menyebabkan beberapa syarikat dan jenama seperti AT&T, Accenture, Gatorade dan Gillete menghentikan tajaan kepada beliau. Di saat jenama lain mula melarikan diri untuk mempunyai sebarang kaitan dengan Tiger Woods, Nike masih kekal setia bersama beliau. Kesetiaan ini sebenarnya telah memberikan pulangan yang baik kerana selepas Tiger Woods diumumkan sebagai juara Master Augusta National Golf Club, saham Nike telah naik sebanyak 2%. Ini seterusnya menyebabkan nilai syarikat Nike meningkat naik sebanyak USD2 bilion (RM8.31 billion).

 

Melihat kepada kebangkitan prestasi Tiger Woods ini, mampukah industri golf kembali meningkat naik seperti dahulu? Berdasarkan statistik, sukan golf mencapai detik kemuncaknya ketika tempoh yang digelar sebagai Tigermania sekitar awal tahun 2000. Menurut Gallup, data pada tahun 2000 menunjukkan 5% rakyat Amerika Syarikat telah menyatakan sukan golf sebagai sukan kegemaran mereka. Namun pada tahun 2017, jumlah ini telah menurun kepada 1% sahaja.

 

Menurut Profesor di Carnagie Mellon Business School, Tim Derdenger, industri golf boleh mengambil kesempatan terhadap kebangkitan yang dipamerkan Tiger Woods ini. Banyak pakar pemasaran menyatakan Tiger Woods mempunyai ‘golden halo effect’ di mana ramai pencinta sukan ini akan membeli produk yang digunakan Tiger Woods kerana mahu mempunyai kaitan dengan beliau. Orang ramai akan lebih percaya bahawa pakaian dan peralatan yang digunakan Tiger Woods diperbuat daripada barang yang berkualiti tinggi. Situasi sama juga akan terjadi kepada kejohanan golf yang disertai beliau. Apabila beliau menyertai mana-mana kejohanan, peminat akan menganggap kejohanan tersebut sebagai berkualiti tinggi dan berbaloi untuk ditonton.

 

Forbes menyatakan nilai kekayaan bersih Tiger Woods kini menjangkau jumlah sekitar USD800 juta. Nilai ini bagaimanapun dijangkakan akan lebih meningkat selepas kemenangan Masters terbaru kerana sudah pasti lebih banyak jenama yang mahu menaja serta mendapatkan ‘endorsement’ daripada Tiger Woods. Tidak mustahil juga kebangkitan Tiger Woods ini akan membuatkan jenama Nike untuk membuat ‘u-turn’ dan mengeluarkan peralatan sukan golf bagi digunakan Tiger Woods di setiap kejohanan yang disertainya nanti.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Malaysia-Postpaid-Telco-Logos
Kapital

Celcom-Digi Bergabung, Pengguna Untung Atau Rugi?

Reading Time: 3 minutes Apakah anda rasa penggabungan Celcom dengan Digi akan memberi faedah kepada rakyat? Ok, anda yang tidak menggunakan kedua-dua…

Axiata
Kapital

Hati Hati Dengan Gergasi Telekomunikasi

Reading Time: 2 minutes Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Axiata dan syarikat telekomunikasi dari Norway, Telenor sedang menjalankan perbincangan bagi menggabungkan aset-aset…

Featured Image 14-01
Kapital

Pelan Mega USD412 Bilion Pembinaan Negara Indonesia

Reading Time: 2 minutes 40% daripada dana akan disalurkan oleh pihak kerajaan persekutuan manakala 25% lagi disumbangkan melalui syarikat milik kerajaan negeri…

Featured Image 13-01

Malaysia Bakal Hantar Pekerja Berkemahiran Ke Jepun

Reading Time: 2 minutes Memorandum kerjasama dijangka ditandatangani Julai Potensi sehingga 50 ribu peluang pekerjaan Malaysia kini sedang mengadakan rundingan dengan Jepun…