fbpx

Kemewahan Kapal Equanimity

Oleh : Kauthar Rozmal
08 April 2019 - 12:01 pm

Reading Time: 3 minutes

Baru-baru ini Genting Bhd telah membeli kapal Equanimity yang dikaitkan dengan kes skandal kewangan terbesar dalam sejarah, 1MDB pada harga RM514.6 juta.

 

Kolam Renang di Equanimity. Sumber: The Edge

 

Mampukah anda membayangkan bagaimanakah kemewahan kapal yang bernilai RM514.6 juta ini? Jika anda rasa rumah bernilai RM1 juta sudah cukup mewah, bayangkan sebuah kapal yang bersamaan dengan 500 buah rumah bernilai RM1 juta.

 

Kapal in juga menyediakan kemudaha lifnya sendiri. Sumber: The Edge

 

Pemilik asal Equanimity sebelum Genting adalah Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low. Jho Low dituduh telah menyalahgunakan wang daripada 1MDB bagi kegunaan peribadi dan antaranya adalah bagi membeli Equanimity pada 2014 berjumlah RM1.02 bilion.

 

Galeri Seni di dalam Equanimity. Sumber: The Edge

 

Jho Low bukan sahaja bermewah dengan membeli kapal tetapi dia juga telah memberikan berlian bernilai USD1.29 juta dan USD3.8 juta kepada Miranda Kerr serta memberi lukisan Picasso bernilai USD3.2 juta kepada Leonardo DiCaprio.

 

Salah satu bilik tetamu di Equanimity. Sumber: The Edge

 

Equanimity adalah sebuah kapal layar dalam kategori superyacht atau mega-yacht yang membawa maksud Kapal Layar Komersil Mewah dengan panjang melebihi 24 meter.

 

Ruang makan di Equanimity. Sumber: The Edge

 

Kapal Equanimity dengan panjang 300 kaki ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti gym, kolam renang, galeri, salon kecantikan, helipad dan 22 ruang tidur bagi tetamu. Kelajuan maksimum kapal ini adalah 18.5 knot (34kph) yang dipacu oleh dua enjin kuasa.

 

Sumber: The Edge

 

Pada tahun 2018, Equanimity merupakan kapal layar ke-60 terbesar di dunia di mana ia mampu memuatkan seramai 26 tetamu dan 30 ‘crew’ kapal bersamaan 56 orang dalam satu masa.

 

Salon Kecantikan dan Pusat Urut di dalam Equanimity. Sumber: The Edge

 

Selain itu, Equanimity juga pernah merangkul beberapa anugerah seperti the Kapal Layar Baru Terbaik di Monaco Yacht Show Awards 2014 dan the Kapal Layar Terbaik Tahun Ini (lebih 82m) di World Yachts Trophies 2014.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…