fbpx

Kemudahan Kesihatan Yang Baik Memberi Impak Positif Kepada Pertumbuhan Ekonomi

Oleh : Kauthar Rozmal
30 April 2019 - 4:21 pm

Reading Time: 2 minutes
  • 1 juta pelancong datang bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan pada tahun 2016
  • Malaysia menduduki tangga pertama dalam kategori Kesihatan Terbaik

Salah satu sektor penting yang memainkan peranan dalam memacu ekonomi negara adalah sektor kesihatan. Kerajaan perseketuan telah memperuntukkan sejumlah RM29 bilion bagi perkhidmatan kesihatan, 9.2% daripada jumlah Belanjawan 2019 sebanyak RM314.5 bilion. Peruntukan ini termasuk RM10.8 bilion bagi membaik pulih klinik dan hospital serta pembelian ubat-ubatan dan kelengkapan.

 

Menurut OCED Observer, 10% peningkatan dalam jangka hayat rakyat memangkin pertumbuhan ekonomi sekitar 0.3% -0.4%.  Secara amnya, tahap kesihatan yang baik memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi.

 

Contoh mudahnya, kemudahan kesihatan yang lengkap mampu meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat lantas menjadikan rakyat lebih sihat dan selesa. Dengan ini, rakyat boleh fokus kepada perkerjaan dan perniagaan yang mana secara tidak lansung memacu pertumbuhan ekonomi.

 

Beruntungnya kita di Malaysia, kemudahan kesihatan di Malaysia adalah bertaraf dunia dilengkapi teknologi dan infrastruktur canggih. Baru-baru ini Malaysia mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam kategori perkhidmatan kesihatan yang terbaik di dunia. Dengan skor 95 daripada 100, Malaysia menduduki tangga pertama dalam kategori Kesihatan Terbaik dalam kategori Dunia Indeks Persaraan Global Tahunan Tahunan 2019.

 

Antara trend dalam pelancongan hari ini adalah pelancongan kesihatan di mana pelancong datang ke Malaysia bagi tujuan rawatan. Pada tahun 2016, seramai 1 juta pelancong datang bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan dengan jumlah pendapatan mencecah RM1 bilion.

 

Jelas disini menunjukkan kepentingan sektor kesihatan dalam pertumbuhan ekonomi. Secara tidak lansung pembangunan sektor kesihatan juga memberi kesan kepada sektor hartanah.

 

Bagi yang memilih hartanah kediaman, sudah pasti mereka akan mempertimbangkan kemudahan kesihatan di kawasan sekitar rumah. Lebih dekat dengan hospital lebih baik. Bagi pelabur hartanah pula, hospital adalah salah satu booster kepada nilai hartanah di sesuatu kawasan. Apatah lagi kini Malaysia diiktirat sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan terbaik dunia, hartanah berdekatan hospital swasta pasti menjadi rebutan dalam kalangan mereka.

 

Di bawah adalah contoh kawasan-kawasan yang dikelilingi dengan hospital:

  1. Jalan Ampang.

– KPJ Ampang Puteri

– Gleanegles Hospital

– Prince Court Hospital

 

  1. Damansara

– KPJ Damansara

– Thomson Hospital

 

  1. Seremban

– Columbia Asia Hospital

– Senawang Specialist Hospital

– KPJ Seremban Specialist

– NSCMH Medical Centre

 

  1. Sungai Petani

– Pantai Hospital Sg Petani

– Amanjaya Specialist Hospital

– Metro Specialist Hospital

 

Jadi jika anda berniat untuk membeli hartanah, pastikan terdapat kemudahan kesihatan berdekatan dengan hartanah yang ingin dibeli. Mudah untuk anda mendapatkan rawatan jika anda menetap disitu dan mudah juga untuk mendapatkan penyewa serta nilai hartanah juga lebih berpotensi untuk meningkat naik.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…