fbpx

LTAT Tipu Untung Tahun 2017

Oleh : Hilmi Ibrahim
12 April 2019 - 3:29 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Penjualan dua lot tanah pada harga RM202.71 juta telah direkodkan dalam penyata kewangan 2017 walaupun masih belum dimuktamadkan
  • LTAT gagal mengenal pasti rosot nilai saham sebanyak RM88.9 juta

 

Keuntungan yang direkodkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada tahun kewangan 2017 sepatutnya berjumlah sebanyak RM370.56 juta sahaja dan bukannya RM662.17 juta seperti yang dicatatkan dalam laporan kewangan syarikat itu.

 

Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh CEO LTAT, Nik Amlizan Mohamed berikutan terdapat rosot nilai yang gagal dikenal pasti (unrecognised impairment) serta penjualan dua lot tanah di Cochrane dan Bukit Jalil yang tidak lengkap.

 

Berkenaan penjualan dua lot tanah, Nik Amlizan menyatakan bahawa penjualan tersebut sebenarnya tidak dimuktamadkan pada tahun 2017. Jadi, ia tidak boleh dimasukkan ke dalam penyata kewangan dan dinyatakan sebagai hasil pendapatan (revenue) LTAT. Di dalam Nota 33 penyata kewangan LTAT tahun 2017, penjualan kedua-dua tanah itu telah dimasukkan ke dalam rekod pada harga RM202.71 juta.

 

Pihak Jabatan Audit Negara (JAN) secara jelas telah mendapati kriteria pengiktirafan pendapatan itu adalah tidak memenuhi piawaian laporan kewangan 118 JAN. Ini membawa maksud pendapatan yang diraih LTAT melalui penjualan tanah tersebut tidak boleh diambil kira.

 

Selain itu, terdapat satu lagi faktor yang menyumbang kepada lebihan keuntungan yang diumumkan iaitu rosot nilai saham Dayang Enterprise dan Sapura Energy yang dibeli LTAT sebelum ini. Dalam Nota 13 penyata kewangan, LTAT hanya mengenal pasti rosot nilai berjumlah RM18.46 juta sahaja sedangkan nilai keseluruhan rosot nilai yang patut direkodkan ialah RM107.36 juta. Ini adalah berdasarkan nilai saksama (fair value) kedua-dua saham Dayang Enterprise dan Sapura Energy dengan jumlah RM18.46 juta pada penghujung tahun kewangan 2017. Kedua-dua saham tersebut sebelum ini telah dibeli pada harga RM107.36 juta.

 

Jadi, LTAT sebenarnya gagal mengenal pasti rosot nilai sebanyak RM88.9 juta untuk tahun kewangan 2017 syarikat tersebut.

 

“Penurunan signifikan dan berpanjangan nilai saksama di bawah harga kos menjadi pertimbangan untuk mengenal pasti nilai rosot kedua-dua saham itu,” ujar Nik Amlizan.

 

Baca: Tugas Penstrukturan Semula Yang Sukar Buat CEO Baru LTAT

 

Melihat kepada pengumuman yang dibuat ini, ia jelas menunjukkan kerajaan hari ini tekad memberikan komitmen untuk melakukan ‘pembersihan’ terhadap syarikat-syarikat pelaburan di Malaysia. Selepas pertukaran kerajaan persekutuan, Nik Amlizan telah dilantik sebagai CEO dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan LTAT bagi menggantikan Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin yang sebelum ini menerajui LTAT selama 36 tahun.

 

Dilihat sebagai seorang yang amat setia kepada Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Lodin pernah menduduki jawatan sebagai Pengerusi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bermula pada Disember 2009 sehingga Mei 2016.

 

Antara kontrovesi yang pernah dikaitkan dengan Tan Sri Lodin ialah penempatan semula pangkalan udara Sungai Besar untuk memberi laluan kepada Bandar Malaysia. Pada 2013, 1MDB telah memberikan kontrak bernilai RM2.1 bilion kepada Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) yang dimiliki oleh LTAT untuk membangunkan 8 tapak yang akan menjadi lokasi penempatan semula pangkalan udara itu.

 

Selain itu, bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli juga pernah mendakwa 1MDB menggunakan hubungan dengan LTAT untuk menangguhkan pembayaran kepada PPHM dan menipu penyumbang dana itu. Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal sama sekali oleh Tan Sri Lodin. LTAT juga kemudiannya memfailkan saman terhadap Rafizi, tetapi telah ditarik balik kurang 2 minggu selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Mei lalu.

 

Banyak lagi sebenarnya kontroversi yang terpalit dengan LTAT ini seperti pembelian 223 ekar tanah di Bukit Raja pada harga RM180 juta oleh Boustead Holdings (LTAT merupakan pemegang 60% saham Boustead Holdings) serta pembelian syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan A.T.E.S Sdn Bhd yang menerima konsesi penguatkuasaan sistem AES di lebuhraya. Dengan pendedahan yang dibuat Nik Amlizan berkenaan penurunan keuntungan LTAT ini, ia boleh disifatkan sebagai langkah yang baik dalam memastikan urus tadbir syarikat sentiasa menjadi keutamaan dalam menstruktur semula LTAT.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 12-01
Kapital

Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya ECRL Dibatalkan

Reading Time: 2 minutes Pada tahun 2018, China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan nilai sebanyak USD42.5 bilion Penerusan projek ECRL dilihat…

Featured Image 22-01

Aplikasi Teknologi 5G

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms Dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat…

Featured Image 19-01

ONE Championship Bakal Setanding UFC

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, nilai One Championship dilaporkan bernilai lebih daripada USD1 bilion Jumlah tontonan video One Championship di…

Featured Image 20-01

30%-40% Bekalan Beras Malaysia Diimport Daripada Luar Negara

Reading Time: 2 minutes Industri beras hanya menyumbang 2.3% sahaja kepada Keluaran Kasar Dalam Negara 74.1% daripada penghasilan beras dalam negara adalah…