fbpx

Mekanisma Subsidi Petrol, Kad Subsidi Atau Pemberian Tunai

Oleh : Kauthar Rozmal
10 April 2019 - 5:06 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Hanya 90%  daripada penerima BSH yang mempunyai akaun bank
  • Jumlah subsidi petrol adalah RM144 bagi pengguna motorsikal dan RM360 bagi pengguna kereta setahun

Pada Disember 2014, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan penghapusan subsidi petrol dan digantikan dengan kaedah apungan terkawal. Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat yang semakin tertekan dengan kos sara hidup yan meningkat.

 

Namun, selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, mereka telah membentangkan pemberian semula subsidi petrol bersasar dalam Belanjawan 2019 November lalu. Berdasarkan Belanjawan 2019, subsidi akan diberikan kepada pemilik kereta dan motorsikal bawah 1,500cc dan 125cc akan menerima subsidi sebanyak 30 sen seliter bagi RON95. Subsidi tersebut dihadkan kepada 100 liter sebulan bagi kereta dan 40 liter sebulan bagi motorsikal.

 

Buat masa sekarang, kerajaan masih lagi menggunakan kaedah apungan terkawal bagi menetapkan harga petrol dan dihadkan pada RM2.08. Apakah mekasnisma subsidi petrol bersasar yang akan dilaksanakan kerajaan?

 

Tambahnya lagi, kerajaan akan menggunakan pengkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi mengenal pasti kumpulan B40 yang layak menerima subsidi. Tetapi hanya 90% sahaja daripada penerima BSH yang mempunyai akaun bank dan perkara ini menyukarkan kerajaan untuk memeri subsidi kepada baki 10% penerima.

 

“Kami sedang berbincang dan meminta bank-bank untuk membantu membukakan akaun bagi 10% penerima BSH di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai akaun bank” Jelas Saifudin.

 

Berdasarkan subsidi 30 sen seliter, penerima subsidi dijangka akan menerima RM12 sebulan bersamaan RM144 setahun bagi pemilik motorsikal dan RM30 sebulan bersamaan RM360 sebulan bagi pemilik kereta.

 

Related image

 

Selain daripada itu, kerajaan juga turut mempertimbangkan alternatif lain seperti memberikan kad subsidi kepada mereka yang layak. Saifudin memberi tahu bahawa beberapa vendor telah pun dikenal pasti untuk bagi implementasi pemberian kad subsidi petrol.

 

Jika dilihat dari segi praktikal, pemberian subsidi melalui pemberian tunai adalah lebih berkesan berbanding penggunaan kad subsidi. Pemberian subsidi melalui kad perlu dilakukan oleh satu badan atau vendor yang mana bakal menelan belanja berbilion Ringgit. Sedangkan pemberian tunai adalah lebih mudah memandangkan data BSH sudah tersedia dalam pengkalan data kerajaan.

 

Atau cara yang lebih mudah adalah dengan meningkatkan amaun BSH kepada penerima. Tambah sahaja RM144 bagi pengguna motorsikal dan RM360 bagi pengguna kereta.

 

Selain itu, dibimbangi akan berlakunya ketirisan jika pemberian subsidi melalui kad dilaksanakan. Sebagai contoh, seorang penerima tidak menggunakan petrol yang banyak setiap bulan, maka orang ini akan ‘menjual’ kad subsidinya kepada orang lain. Perkara ini sudah lari daripada objektif asal pemberian subsidi yang mahu mengurangkan beban kumpulan B40.

 

Mengapa perlu bersusah payah untuk menyediakan sebuah sistem baru untuk memberi subsidi sedangkan sistem BSH sudah tersedia untuk digunakan kerajaan. Keputusan muktamad dijangka akan diumumkan sebelum Jun ini.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…