fbpx

Melonggarkan Syarat Pinjaman Bukan Jalan Penyelesaian

Oleh : Kauthar Rozmal
19 April 2019 - 4:34 pm

Reading Time: 2 minutes

Syarat pinjaman rumah yang terlampau ketat adalah penyebab utama rakyat tidak mampu memiliki rumah. Menurut REHDA, walaupun kerajaan telah memberikan pelbagai insiatif seperti pengecualian duit setem sepanjang kempen Home Ownership Campaign (HOC), pembeli masih sukar untuk membeli rumah kerana permohonan pinjaman tidak diluluskan.

 

“Seorang lelaki berumur 25 tahun yang baru sahaja bekerja mungkin tidak layak mendapat pinjaman tetapi bank perlu mengambil kira faktor lain seperti sokongan kewangan ibu bapa.” – Soam Heng Choon, Presiden REHDA.

 

Benarkah rakyat tidak mampu beli rumah kerana syarat yang dikenakan terlalu ketat? Berdasarkan data daripada Bank Negara Malaysia (BNM), kadar kelulusan pinjaman rumah berada pada kadar 71.3%, bermakna bagi setiap 10 orang yang memohon, 7 orang diluluskan pinjamannya. Adakah ini dikira sebagai ketat?

 

Tahukah anda salah satu punca kepada krisis ekonomi dunia pada tahun 2008 adalah kerana bank melonggarkan syarat pinjaman rumah sehinggakan anda boleh membeli rumah walaupun DSR anda telah melebihi 100%.

 

REHDA perlu sedar dan melihat kepada permasalahan yang sebenar. Masalah pemilikan harga rumah ini bukanlah kerana syarat bank yang terlampau ketat. Dari sudut bekalan, harga rumah perlulah diturunkan dan dari sudut permintaan pula gaji pekerja di Malaysia perlulah ditingkatkan terlebih dahulu.

 

Pada tahun 2017 gaji penengah rakyat Malaysia adalah RM2,160 sedangkan harga purata rumah pula adalah RM404,345. Dengan andaian kadar pinjaman 4.5% bagi tempoh 35 tahun, bayaran bulanan bagi rumah berharga RM404,345 adalah RM1,914 sebulan. Bayangkan jika pinjaman diluluskan dengan begitu mudah, mampukah seorang yang bergaji RM2,160 membayar pinjaman rumah tersebut?

 

Pemaju seharusnya menawarkan lebih banyak rumah mampu milik berbanding membina rumah-rumah mewah sahaja demi mengejar keuntungan. Menurut BNM, harga rumah yang berpatutan adalah 3 kali gaji median tahunan.

 

Pada tahun 2016, rumah di Malaysia masih ‘sangat tidak mampu untuk dimiliki’ jika diukur mengikut standard antarabangsa pada median multiple 5.0. Harga rumah mampu milik maksimum di Malaysia dianggarkan pada RM282,003 . Walau bagaimanapun, harga rumah median sebenar ialah RM313,000 dan ini melangkaui kemampuan kebanyakan isi rumah Malaysia kerana pendapatan isi rumah median negara hanyalah RM5,228.

 

Jika benar REHDA ingin membantu rakyat memiliki rumah, REHDA perlu menyelesaikan 3 faktor utama yang menyumbang kepada permasalah rumah iaitu kadar kenaikan harga rumah melebihi kadar peningkatan pendapatan isi rumah, pelancaran perumahan baharu semakin menjurus kategori harga tidak mampu milik serta bekalan dan permintaan rumah yang tidak sepadan.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…