fbpx

ONE Championship Bakal Setanding UFC

Oleh : Wan Syarafiz
22 April 2019 - 5:09 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Pada tahun 2018, nilai One Championship dilaporkan bernilai lebih daripada USD1 bilion
  • Jumlah tontonan video One Championship di sosial media meningkat 8332 kali ganda daripada 312 ribu pada tahun 2014 kepada 2.6 bilion pada tahun 2018

 

Ultimate Fighting Championship (UFC) tidak dapat dinafikan sebagai ‘king of the mixed martial arts’ di negara-negara barat namun pesaingnya, One Championship pula boleh dikatakan lebih dominan di negara-negara Asia.

 

Setakat hari ini, One Championship telah berjaya meraih dana sebanyak USD250 juta melalui pelabur-pelabur besar seperti Sequoia Capital, Temasek dan Greenoaks Capital. Sekiranya anda meminati sukan ini, sudah pasti anda mengenali individu di sebaliknya yang berjaya membawa One Championship ke tahap kejayaan hari ini. Beliau ialah Chatri Sityodtong, pengasas merangkap CEO One Championship.

 

Apa beza UFC dan One Championship? Menurut Sityodtong, berbanding mixed martial arts, One Championship lebih tertumpu kepada kepelbagaian jenis seni pertahanan diri. Jadi, anda boleh menonton perlawanan antara Muay Thai vs Taekwondo, Taekwondo vs KungFu dan bermacam-macam lagi seni pertahanan diri yang lain. Ini lah kekuatan One Championship!

 

Bukan itu sahaja, kekuatan One Championship juga tertumpu kepada pasarannya yang besar. Asia mempunyai penduduk keseluruhan berjumlah 4 bilion dan rantau ini sememangnya sinonim dengan seni pertahanan diri sejak 5000 tahun dahulu lagi. Seni pertahanan diri merupakan sebahagian daripada sejarah, budaya dan tradisi Asia sehingga berjaya melahirkan hero-hero filem seperti Jackie Chan, Bruce Lee dan Jet Li. Melihat kepada situasi ini, sudah pasti ia adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk Asia menciptai industri sukan yang bernilai berbilion dollar.

 

Sebagai rekod, pertumbuhan One Championship boleh dikatakan agak menakjubkan. Pada tahun 2014, social media impressions yang dicatatkan hanya berjumlah 352 juta. Namun jumlah ini telah meningkat 39 kali ganda kepada 14 bilion pada tahun 2018. Jumlah tontonan video One Championship di sosial media juga meningkat daripada 312 ribu pada tahun 2014 kepada 2.6 bilion pada tahun 2018. Ini bermakna jumlah telah meningkat 8332 kali ganda hanya dalam tempoh empat tahun!

 

Kredit: ONE Championship

 

Pada hari ini, perlawanan One Championship telah disiarkan di 136 negara dengan pendapatan tahunan yang berjaya dijana adalah sekitar USD100 juta. Pada tahun 2018, nilai One Championship dilaporkan bernilai lebih daripada USD1 bilion.

 

Namun begitu, nilai ini masih boleh disifatkan sebagai rendah berbanding UFC. Pada tahun 2018, UFC telah menandatangani perjanjian bersama ESPN dengan nilai USD1.5 bilion bagi tempoh lima tahun dan seterusnya melonjakkan nilai keseluruhan UFC kepada USD7 bilion. Menurut laporan daripada MMA Facts, UFC telah menyumbang pendapatan kira-kira 90% daripada jumlah pendapatan keseluruhan industri mixed martial arts.

 

Pendapatan UFC dijana daripada jualan pay-per-view, jualan tiket, penajaan serta hak penyiaran. Pendapatan terbesar acara UFC adalah dijana daripada pay-per-view dengan lebih 70% pendapatan keseluruhan UFC datangnya daripada kaedah ini. Bagi pay-per-view, ia bermaksud peminat perlu membuat bayaran bagi menonton acara tersebut.

 

Contohnya, untuk satu acara UFC 229, peminat perlu membayar pakej dengan harga USD54.99 untuk mendapatkan siaran definisi standard (Standard Definition) atau USD64.95 bagi siaran berdefinisi tinggi (High Definition). 85% pendapatan pay-per-viewini datangnya dari pasaran Amerika Syarikat dan 15% lagi daripada pasaran Canada dan Australia.

 

Bayaran yang diterima melalui pay-per-view ini kemudiannya dibahagi kepada stesen TV yang menyiarkan acara tersebut dan pihak UFC. Secara purata UFC akan menerima 55-60% bayaran daripada pay-per-view ini dan baki selebihnya merupakan hak stesen TV.

 

Berdasarkan laporan, syarikat penganjuran UFC juga memperoleh pendapatan melalui penajaan sebanyak USD60 juta setahun. Ini kemudian ditambah lagi dengan penajaan melalui logo-logo yang akan ditayangkan pada gelanggang perlawanan dan juga iklan melalui saluran pay-per-view.

 

UFC juga mendapat bayaran penajaan melalui hak penyiaran antarabangsa. Dianggarkan UFC menerima sekitar USD100 juta setahun dengan mengikat perjanjian hak-hak penyiaran bersama siaran televisyen daripada seluruh dunia.

 

Kredit: ONE Championship

 

Berbalik kepada One Championship, Chatri Sityodtong mahu lebih fokus kepada integriti, disiplin dan hormat dan bukannya seperti UFC yang mana menjual perlawanan mereka dengan berita sensasi serta emosi. Lihat sahaja ketika promosi perlawanan antara Khabib dan Conor McGregor dijalankan. Ianya penuh dengan drama serta menghamburkan kata-kata kesat terhadap lawan. Fokus One Championship lebih tertumpu kepada mencipta hero dan seterusnya menjadi ikon mewakili negara mereka. Usaha mereka ini sudah mula menampakkan hasilnya apabila data menunjukkan One Championship adalah lebih popular berbanding Formula 1. Sekiranya kejayaan ini berterusan, sudah pasti One Championship akan berdiri sebaris dengan UFC di masa hadapan.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Malaysia-Postpaid-Telco-Logos
Kapital

Celcom-Digi Bergabung, Pengguna Untung Atau Rugi?

Reading Time: 3 minutes Apakah anda rasa penggabungan Celcom dengan Digi akan memberi faedah kepada rakyat? Ok, anda yang tidak menggunakan kedua-dua…

Axiata
Kapital

Hati Hati Dengan Gergasi Telekomunikasi

Reading Time: 2 minutes Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Axiata dan syarikat telekomunikasi dari Norway, Telenor sedang menjalankan perbincangan bagi menggabungkan aset-aset…

Featured Image 14-01
Kapital

Pelan Mega USD412 Bilion Pembinaan Negara Indonesia

Reading Time: 2 minutes 40% daripada dana akan disalurkan oleh pihak kerajaan persekutuan manakala 25% lagi disumbangkan melalui syarikat milik kerajaan negeri…

Featured Image 13-01

Malaysia Bakal Hantar Pekerja Berkemahiran Ke Jepun

Reading Time: 2 minutes Memorandum kerjasama dijangka ditandatangani Julai Potensi sehingga 50 ribu peluang pekerjaan Malaysia kini sedang mengadakan rundingan dengan Jepun…