fbpx

Peluang Dalam Ekonomi Halal

Oleh : Kauthar Rozmal
26 April 2019 - 4:16 pm

Reading Time: 2 minutes
  • 40% daripada peserta Olimpik Tokyo 2020 adalah Muslim
  • Malaysia mengeksport RM43.3 bilion produk Halal pada 2017

Lazimnya terma halal ini sering dikaitkan dengan makanan dan minuman, namun hari ini halal diguna pakai dalam konteks yang lebih meluas merangkumi industri kesihatan, pelancongan, ubat-ubatan, servis kewangan dan kosmetik.

 

Ekonomi Halal dijangka akan terus berkembang dan dijangka bakal mencecah US6.7 trilion menjelang 2020. Menurut Pew Research Center, jumlah orang Islam akan meningkat kepada 3 bilion pada 2060 (31% daripada populasi dunia) berbanding 1.8 trilion sahaja pada 2015.

 

Walaupun saiz pasaran Muslim begitu besar ketika ini, namun pelaburan dalam syarikat yang memenuhi keperluan Muslim sangat sedikit.

 

“Masalahnya adalah pasaran ini banyak pecahan dan pelabur lebih rela melabur di tempat lain” – Thomas Tsao, Pengasas dan Pengarah Urusan Gobi Partners.

 

Tambahnya lagi, industri Mulsim tidak mengalami sebarang masalah modal, tetapi kebanyakannya lebih suka untuk melabur dalam syarikat di Silicon Valley. Hari ini jumlah syarikat start-up dalam industry Muslim semakin banyak, tidak mungkin tiada satu pun antaranya yang setaraf dengan syarikat di Silicon Valley.

 

Industri Halal di Malaysia bermula seawal 1974 dengan pengeluaran sijil halal pertama. Pada tahun 2017, Malaysia mengeksport RM43.3 bilion produk Halal, separuh daripada eksport tersebut adalah dalam bentuk makanan. Sebagai perbandingan negara jiran kita, Indonesia mengeksport RM31.3 bilion produk Halal pada tahun 2017.

 

Menurut laporan daripada Thomson Reuters dan DinarStandard, Malaysia berada di tangga pertama dari segi posisi dan peluang dalam ekonomi Halal. Ekonomi Halal bukan sahaja merangkumi negara majoriti Muslim tetapi turut menyenaraikan negara seperti Jepun bagi memenuhi permintaan daripada pelancong dan imigran.

Yang terkini, Malaysia cuba merebut peluang permintaan makanan halal menjelang Olimpik Tokyo 2020. Seramai 45,000 orang atlet dan pegawai bakal menyertai Olimpik dan 40% daripadanya adalah Muslim.

 

Selain Jepun juga menerima jumlah pelancong Muslim yang tinggi setiap tahun. Kedatangan pelancong daripada Indonesia ke Jepun meningkat 400% daripada 2010 hingga 2017, manakala Malaysia mengalami peningkatan sebanyak 300%.

 

Malaysia cukup dikenali dengan sijil Halalnya yang diiktiraf di seluruh dunia, tetapi dalam masa yang sama Indonesia juga sedang mencuba untuk mempertingkatkan kualiti sijil halal mereka. Bermula Oktober tahun ini, Indonesia bakal mewajibkan sijil halal dikeluarkan bagi setiap barang dan perkhidmatan pengguna.

 

Mampukah Indonesia menyaingi Malaysia atau Malaysia akan terus menjadi pelopor industri halal dunia?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…