fbpx

Pengurusan GLC Yang Gagal Perlu Diganti – Tun Daim

Oleh : Wan Syarafiz
05 April 2019 - 3:54 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Kerajaan perlu memberi lebih banyak peruntukan saham syarikat GLC yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia kepada orang awam
  • FBM KLCI mencatatkan prestasi terburuk di Asia pada tahun ini berbanding dengan pasaran utama di negara lain

 

Tun Daim Zainuddin menyatakan peningkatan prestasi pasaran modal (capital market) di Malaysia boleh dilaksanakan sekiranya lebih banyak penyenaraian baru syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di pasaran saham dilakukan, meningkatkan kerancakan jual beli saham, menambahbaik struktur serta memanfaatkan kecanggihan teknologi hari ini.

 

Ketika ditanya berkenaan pasaran saham di Malaysia, Daim melihat penyenaraian GLC yang sudah matang sebagai satu potensi besar untuk meningkatkan daya saing serta memberi lebih banyak kepelbagaian (diversity) ke dalam pasaran modal. Antara cadangan yang diutarakan beliau ialah kerajaan perlu memberi lebih banyak peruntukan saham GLC baru ini kepada orang awam (free-float allocation) supaya keuntungan yang diperoleh dapat dikongsi bersama rakyat.

 

Bekas Menteri Kewangan itu berpendapat pasaran di Malaysia perlu melonggarkan syarat-syarat penyenaraian syarikat yang berpotensi besar dan mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi. Ini boleh dilakukan dengan memberi geran, rebat dan insentif cukai untuk penyenaraian syarikat tersebut di pasaran saham.

 

Apabila lebih banyak syarikat berpotensi besar dan syarikat GLC yang matang disenaraikan di Bursa Malaysia, ia sebenarnya akan memberikan lebih nilai tambah kepada pasaran saham di Malaysia kerana pasaran negara kita akan mempunyai lebih banyak pilihan dan kepelbagaian syarikat berkualiti tinggi. Ini seterusnya akan membuatkan pasaran saham Malaysia menjadi pilihan utama pelabur luar.

 

Saham di Bursa Malaysia sebelum ini dilaporkan tidak berada dalam situasi yang begitu baik memandangkan FBM KLCI telah merosot sebanyak 5.9% tahun lepas. Indeks ini turut mencatatkan prestasi terburuk di Asia pada tahun ini berbanding dengan pasaran utama di negara lain yang mencatatkan hasil yang positif.

 

Apa yang membuatkan situasi menjadi lebih buruk ialah kejatuhan hasil pendapatan dalam sektor korporat. Pertumbuhan keuntungan syarikat dalam Bursa Malaysia yang sering menurun telah menimbulkan kerisauan dan sentimen yang kurang baik kepada pelabur. Ini ditambah pula dengan perubahan pengurusan tertinggi syarikat GLC yang tersenarai di Bursa Malaysia kerana masih belum berjaya menunjukkan sebarang peningkatan prestasi.

 

“Saya rasa kayu ukur terbaik adalah melihat kepada prestasi kewangan selepas ini. Sekiranya mereka (pengurusan tertinggi GLC) tidak menghasilkan keputusan yang baik, mereka akan ditunjukkan jalan keluar,” ujar Daim

 

Image result for tun daim
Kredit: The Star

 

Dalam masa yang sama Daim menegaskan kerajaan dan pembuat polisi harus duduk berbincang dan bekerjasama dengan pemain industri untuk melaksanakan polisi yang mesra kepada pasaran supaya pelabur lebih yakin dengan kestabilan pasaran di Malaysia. Fokus utama kerajaan adalah untuk memastikan keyakinan pelabur kembali pulih serta mengurangkan bebanan birokrasi dan melonggarkan syarat-syarat yang dirasakan tidak perlu kepada perniagaan di Malaysia.

 

Ini semua boleh dicapai melalui komunikasi yang lebih strategik, menghantar maklumat yang tepat kepada umum serta terbuka menerima idea dan kritikan yang membina untuk menghapuskan segala kekangan terhadap pertumbuhan perniagaan, ekonomi dan pelaburan.

 

Daim turut menasihati kerajaan supaya tidak terperangkap dengan naratif yang dimainkan oleh pihak pembangkang. Keutamaan kerajaan hari ini ialah untuk memulihkan ekonomi serta kesejahteraan rakyat dan ini boleh dicapai melalui urus tadbir yang bagus serta membuat keputusan dengan pantas kerana agensi dan institusi yang kurang efisyien hanya akan mengurangkan keyakinan, mendatangkan ancaman, mengurangkan peluang serta menghasilkan risiko polisi yang menyebabkan kerajaan tersilap langkah.

 

Sumber: StarBiz

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…