fbpx

Perjanjian Operasi Antara MAHB & Kerajaan

Oleh : Kapital
12 April 2019 - 9:56 am

Reading Time: 2 minutes

Kerajaan melalui keputusan Kabinet pada 5 April 2019 telah bersetuju untuk meluluskan permohonan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk melanjutkan tempoh Perjanjian Operasi (Operating Agreement – OA) bagi mengoperasi, mengurus dan menyelenggara 39 buah lapangan terbang di bawah kendaliannya sehingga 11 Februari 2069.

 

Berdasarkan keputusan ini, OA sedia ada iaitu OA For KL International Airport (OA For KLIA) dan OA For Designated Airports yang telah ditandatangani pada 12 Februari 2009 akan dibatalkan. Ianya akan digantikan dengan 4 OA baharu iaitu OA For KLIA, OA For Designated Airports in Peninsular Malaysia, OA For Sabah Airports dan OA For Sarawak Airports. Kesemua OA ini akan dimuktamadkan dan ditandatangani di antara Kerajaan dan MAHB berdasarkan prinsip-prinsip asas yang ditetapkan oleh Kerajaan. Sejajar dengan itu, Perjanjian Pajakan (Lease Agreement) baharu yang bersifat co-terminus dengan OA juga akan turut ditandatangani.

 

Kelulusan bagi cadangan pelanjutan tempoh OA ini adalah bagi membolehkan MAHB melaksanakan pelan pembangunan komersial yang lebih berdaya maju dan mampan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan Kerajaan melalui mekanisme perkongsian hasil ke atas tanah milik Kerajaan yang dibangunkan oleh MAHB. Selain itu, Kerajaan juga akan menerima bayaran cukai yang lebih tinggi serta menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat Malaysia.

 

Kerangka OA yang baharu akan dapat memberikan fleksibiliti kepada Kerajaan dan MAHB dalam penyediaan peruntukan projek pembangunan lapangan terbang melalui beberapa model pembiayaan seperti Regulated Asset Base (RAB), Airport REIT, Airport Development Fund (ADF) atau mekanisme lain yang akan ditetapkan oleh Kerajaan kelak. Ini akan merancakkan pembangunan lapangan terbang melalui pembiayaan dengan menggunakan model-model kewangan yang berbeza bagi menarik pelabur dari pasaran kewangan, tertakluk kepada persetujuan Kerajaan bilamana sesuatu pembiayaan kapital (capex) tersebut telah dipersetujui untuk dibiayai melalui pembiayaan swasta. Kerangka perjanjian OA yang baharu dengan tempoh yang lebih panjang ini dijangka akan dapat membuka lebih banyak peluang pelaburan swasta dalam aktiviti pembangunan lapangan terbang negara dan seterusnya berupaya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui industri pelancongan, pelaburan asing dan sebagainya.

 

Sejajar dengan keputusan ini, Kementerian Pengangkutan sedang mengambil tindakan bagi memuktamadkan kesemua perjanjian baharu bersama pihak MAHB dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.

 

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA 12 April 2019

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Front Facade
Kapital

Lokasi Adalah ‘Senjata’ Penting Tarikan Hartanah

Reading Time: 4 minutes Tatkala pasaran hartanah semasa berada dalam situasi yang mencabar, apakah faktor yang boleh menarik minat orang ramai untuk…

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara¬†mewakili satu per lima…