fbpx

Perusahaan IKS Perlu Berubah Atau ‘Bungkus’

Oleh : Wan Syarafiz
11 April 2019 - 4:22 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Hanya 300 perusahaan IKS yang telah mendaftar bagi proses pemilihan RA yang dianjurkan oleh MITI
  • Hasil dapatan menunjukkan sekitar 44% IKS menggunakan teknologi cloud dan 35% menggunakan IoT bagi tujuan perniagaan

 

Usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dikatakan masih belum cukup bersedia untuk menghadapi Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) dan perkara ini amat membimbangkan kerana dunia bergerak pantas dengan kecanggihan teknologi.

 

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), daripada 50,000 usahawan IKS di seluruh negara, hanya 300 sahaja yang telah mendaftar bagi proses pemilihan untuk penilaian kesediaan (RA) yang dianjurkan oleh kementerian tersebut. Melalui RA ini, MITI akan menghantar penilai mereka untuk mengenal pasti sektor IR4.0 yang berpotensi untuk diterokai dan disertai oleh usahawan-usahawan IKS.

 

Namun begitu, ia sebenarnya amat mengejutkan kerana terdapat sesetengah perusahaan IKS bertanya kepada MITI sama ada mereka perlu mengupah pakar IT untuk melakukan penilaian RA ini yang dijalankan secara atas talian. Timbalan Menteri MITI, Dr Ong Kian Ming juga menyatakan ramai CEO perusahaan IKS tidak mempunyai pengetahuan yang arif berkenaan IR4.0. Disebabkan faktor ini, MITI telah mengambil inisiatif sendiri bagi menjalankan penilaian RA.

 

Rata-rata perusahaan IKS sebenarnya masih tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan IR4.0 ini. Bahkan Astro AWANI juga pernah menjalankan satu undian di laman twitternya berkenaan IR4.0 dan keputusan menunjukkan 75% daripada 800 responden tidak mempunyai pengetahuan tentang IR4.0.

 

 

Image result for nine pillars of industry 4.0
Kredit: Centre for Extension Education

 

Secara umumnya, IR4.0 ini melibatkan Internet of Things (IoT) dalam kehidupan seharian kita. Ia adalah pembangunan teknologi ke arah pembaharuan yang lebih pintar. Terdapat 9 komponen utama di dalam IR4.0 iaitu robotik autonomi, simulasi digital twin, teknologi cloud, sistem integrasi, sekuriti siber, IoT, realiti maya (augmented reality) dan juga data raya (big data). Pendek kata, IR4.0 ini semuanya boleh dijadikan sebagai teknologi pintar seperti ‘smart home’ dan juga ‘smart car’.

 

Berbalik kepada isu perusahaan IKS, data telah menunjukkan industri ini sebenarnya terbuka kepada penggunaan teknologi digital namun wujud kekurangan kerana penggunaan aplikasi seperti IoT, teknologi cloud dan juga analisis data yang tidak meluas. Satu kajian telah dijalankan oleh SME Corp Malaysia dan Huawei Technologies (M) Sdn Bhd dengan melakukan bancian terhadap 2,033 perusahaan IKS di seluruh negara. Hasil dapatan menunjukkan hanya 44% menggunakan teknologi cloud dan 35% menggunakan IoT bagi tujuan perniagaan.

 

Kajian itu turut menggariskan tiga penghalang utama kepada perusahaan IKS untuk berubah kepada konsep digital iaitu kekurangan pembiayaan, kekurangan kemahiran pekerja dan juga akses kepada teknologi yang rendah.

 

Adalah menjadi satu kerugian sekiranya perusahaan IKS ini tidak mampu bergerak selari dengan revolusi perindustrian. Trend perubahan teknologi sudah pasti akan mengubah struktur sektor perniagaan yang sedia ada. Pengguna atau pembeli akan lebih ‘demand’ kepada produk atau servis yang berinovasi tinggi. Sekiranya permintaan pembeli ini tidak dapat dipenuhi oleh penjual atau penyedia servis, maka pembeli akan beralih kepada alternatif yang lain dan sekaligus hanya akan mendatangkan kerugian kepada perniagaan.

 

Sebenarnya terdapat banyak lagi kelebihan penggunaan teknologi digital kepada perusahaan IKS dalam menuju IR4.0 ini. Jadi, kerajaan seharusnya memainkan peranan yang lebih besar dalam memberi galakan kepada IKS untuk menerokai peluang ini. Ianya adalah penting supaya IKS dapat mengaplikasikan konsep digital dan IR4.0 dalam perniagaan mereka. Antara galakan atau insentif yang boleh diberikan adalah seperti mengadakan bengkel atau kelas untuk membangunkan srategi transformasi digital dalam setiap industri yang disertai. Kerajaan juga boleh mempertimbangkan untuk memberikan pengecualian cukai serta rebat bagi perusahaan IKS yang mahu memulakan proses ‘digitalisation’ ke dalam perniagaan mereka.

 

 

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 12-01
Kapital

Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya ECRL Dibatalkan

Reading Time: 2 minutes Pada tahun 2018, China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan nilai sebanyak USD42.5 bilion Penerusan projek ECRL dilihat…

Featured Image 22-01

Aplikasi Teknologi 5G

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms Dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat…

Featured Image 19-01

ONE Championship Bakal Setanding UFC

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, nilai One Championship dilaporkan bernilai lebih daripada USD1 bilion Jumlah tontonan video One Championship di…

Featured Image 20-01

30%-40% Bekalan Beras Malaysia Diimport Daripada Luar Negara

Reading Time: 2 minutes Industri beras hanya menyumbang 2.3% sahaja kepada Keluaran Kasar Dalam Negara 74.1% daripada penghasilan beras dalam negara adalah…