fbpx

Podcast Pesaing Kepada Stesen Radio Tradisional

Oleh : Kauthar Rozmal
01 April 2019 - 8:50 pm

Reading Time: 2 minutes
  • 73 juta rakyat Amerika Syarikat mendengar Podcast setiap bulan pada tahun 2018
  • 3 genre yang mendapat sambutan ramai adalah genre komedi, pendidikan dan berita

Baru-baru ini, industri Podcast mendapat perhatian dunia apabila Spotify telah bersetuju untuk membayar sejumlah RM938 juta kepada Gimlet Media yang menghasilkan drama Homecoming dan siri dokumentari Crimetown.

 

Adakah Podcast akan merubah industri Radio seperti mana Netflix merubah industri televisyen?

 

Menurut Interactive Advertising Bureau dan PwC, perbelanjaan iklan di Podcast bakal meningkat sebanyak 28% berbanding tahun 2018 kepada RM2.09 bilion. Tahun lalu, lebih kurang 73 juta rakyat Amerika Syarikat mendengar Podcast setiap bulan. Walau bagaimanapun jumlahnya masa kecil jika dibandingkan dengan perbelanjaan iklan di radio pada tahun lalu yang mencecah RM69 bilion.

 

Sebahagian besar daripada pendengar Podcast terdiri daripada golongan muda di mana 44% daripada berumur antara 18 dan 34 tahun. Bukan itu sahaja, 57% daripada pendengarnya adalah mereka yang memiliki ijazah.

 

Apakah kelebihan Podcast?

Tidak seperti radio, anda boleh mengawal bagaimana anda mahu mendengar sesuatu Podcast, anda boleh ‘pause’ kan wawancara atau rancangan dan sambung semula bila-bila sahaja yang anda mahu seperti mana Netflix.

 

Selain itu, kemudahan akses kepada Podacst melalui telefon pintar menjadikannya pilihan terbaik berbanding radio. Pengguna boleh mendengar kepada siaran Podcast tidak kira di mana mereka berada, sama ada sedang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas atau sedang menaiki kenderaan awam.

 

3 genre yang mendapat sambutan ramai adalah genre komedi, pendidikan dan berita. Ada pihak yang memandang rendah potensi industry Podcast, tetapi tahukan anda drama audio adalah salah satu bentuk media yang intim (lebih rapat dengan pendengar) kerana pendengar perlu menggunakan imiginasinya sambal mendengar kepada audio.

 

52% daripada pegangan pasaran podcast dipegang oleh Apple Podcast dengan lebih 600,000 rancangan dan 20 juta episode. Berada ditangga kedua adalah Spotify dengan 14% pegangan pasaran. Antara penyedia Podcast yang lain adalah Google Podcats, Overcast, Pandora dan Soundcloud.

 

Namun data-data di atas adalah berdasarkan industry Podcast di Amerika Syarikat, bagaimana pula keadaannya di Malaysia? Adakah podcast mendapat sambutan yang tinggi?

Pada 8 Mac 2017, Media Prima telah melancarkan sebuat platform Podcast iaitu Ais Kacang yang disiarkan dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Mandarin dan Bahasa Inggeris. Setakat Disember 2017, jumlah muat turun Ais Kacang berjumlah 41,329 bersama 224,306 pendengar setiap bulan.

 

Selain itu, stesen radia bisnes, BFM turut menyediakan podcast mereka sendiri di mana mereka merakamkan rancangan yang menarik sepanjang hari tersebut.

 

Pendedahan pengguna Malaysia kepada podcast masih lagi berada pada tahap yang rendah, namun potensinya ada. Jika Media Prima berjaya mendapatkan jumlah pendengar yang tinggi di podcast, tidak mustahil syarikat-syarikat media yang lain akan turut mengikuti jejak langkah Media Prima untuk melancarkan podcast masing-masing.

 

Seperti mana video merubah industri televisyen, begitu jugalah podcast akan merubah industri di radio. Kelebihan akan diperolehi kepada mereka yang cepat menyesuaikan diri dengan perubahan dan revolusi dalam industri.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…