fbpx

TheLorry Memperoleh Suntikan Dana Siri B RM24 Juta

Oleh : Kapital
02 April 2019 - 1:14 pm

Reading Time: 2 minutes

TheLorry merupakan salah satu syarikat start-up yang berjaya di Malaysia dan kini akan terus mengukukuhkan kedudukannya di rantau Asean dengan dana yang diperoleh daripada Siri B berjumlah RM23.85 juta. TheLorry kini beroperasi di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Antara pelabur bagi Siri B adalah PNB-INSPiRE Ethical Fund I, Cradle Seed Ventures dan Axiata Digital Innovation Fund

 

Syarikat yang diasaskan pada September 2014 ini menyediakan servis logistik melalui satu platform yang menghubungkan pengguna dan pemilik lori, van dan trak. Anda nak pindah rumah? Nak bawa barang daripada IKEA? Semua perkhidmatan ini boleh didapati melalui platform TheLorry.

 

Selain daripada itu, TheLorry turut menyediakan servis kepada syarikat multinasional (MNC) dalam sektor Fast-Moving Consumer Goods (FMCG), peruncitan, perindustrian dan syarikat e-dagang.

 

 

Menurut Pengarah Eksekutif, Nadhir Ashafiq, dana ini bukan sahaja akan digunakan untuk memperkukuhkan kedudukannya di 4 negara Asean, tetapi ia juga bagi membangunkan dan menambah baik persepsi dan pandangan terhadap pemandu lori dan trak dalam kalangan masyarakat.

 

“Terdapat banyak nilai dalam kerjaya sebagai pemandu lori dan trak yang mana masih ramai orang tidak menghargainya.”

“Kami mahu menjadi agen perubahan dalam meningkatkan status dan pendapatan pemandu lori dan trak di rantau ini. ” – Nadhir

 

Kini, syarikat ini telah berjaya membuat keuntungan di Malaysia dan Singapura dan telah meningkat berkali ganda semenjak pendanaa Siri A pada 2016. Mereka baru sahaja melebarkan sayap ke Thailand dan Indonesia pada tahun lalu dan perniagaan di dua negara ini telah berkembang dengan pesat.

 

” Dengan pengoptimuman yang dilakukan melalui teknologi kami, kami mengurangkan kapasiti yang kurang dimanfaatkan dan seterusnya meningkatkan kecekapan pemandu kami. Kami sudah melihat hasil penjimatan kos yang dihantar kepada pelanggan kami” – Goh Chee Hau

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 12-01
Kapital

Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya ECRL Dibatalkan

Reading Time: 2 minutes Pada tahun 2018, China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan nilai sebanyak USD42.5 bilion Penerusan projek ECRL dilihat…

Featured Image 22-01

Aplikasi Teknologi 5G

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms Dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat…

Featured Image 19-01

ONE Championship Bakal Setanding UFC

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, nilai One Championship dilaporkan bernilai lebih daripada USD1 bilion Jumlah tontonan video One Championship di…

Featured Image 20-01

30%-40% Bekalan Beras Malaysia Diimport Daripada Luar Negara

Reading Time: 2 minutes Industri beras hanya menyumbang 2.3% sahaja kepada Keluaran Kasar Dalam Negara 74.1% daripada penghasilan beras dalam negara adalah…