fbpx

Tiga Prinsip Kejayaan Geely Dalam Membangunkan Proton

Oleh : Wan Syarafiz
01 April 2019 - 5:04 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Geely berjaya mencatatkan keuntungan RM7.63 bilion melalui penjualan 2.15 juta kereta di seluruh dunia pada tahun 2018
  • Geely mensasarkan untuk menjual satu juta unit kereta Proton dalam tempoh 10 tahun

 

Syarikat Zhejiang Geely Group yang mempunyai pegangan 49.9% dalam Proton Holdings Bhd telah meletakkan sasaran untuk menjual satu juta unit kereta Proton dalam tempoh 10 tahun. Perkara ini telah didedahkan oleh Naib Presiden Geely Group, Victor Young dalam usaha mereka untuk menjadikan Proton jenama kereta nombor satu di Malaysia dengan bantuan teknologi daripada Geely.

 

Geely sebenarnya telah memerhatikan pasaran Malaysia dan Asean sejak 10 tahun dahulu namun ketika itu mereka masih belum bersedia. Selepas perbincangan beberapa tahun dengan DRB-Hicom, akhirnya Geely berjaya mendapatkan pegangan 49.9% dalam Proton pada pertengahan 2017.

 

Syarikat berpangkalan di Hangzhou itu merupakan syarikat automotif pertama dari China yang menembusi pasaran antarabangsa dengan mengambil alih Volvo daripada Ford pada tahun 2010. Ketika pengambil alihan itu, Volvo adalah syarikat yang menanggung kerugian namun kini Volvo telah berjaya mencatatkan keuntungan di bawah pengurusan Geely.

 

Pada tahun lepas sahaja, Geely berjaya mencatatkan keuntungan RM7.63 bilion melalui penjualan 2.15 juta kereta di seluruh dunia. Ini adalah peningkatan yang agak ketara dalam masa setahun kerana keuntungan yang direkodkan pada tahun 2017 adalah sebanyak RM6.47 bilion.

 

Image result for geely proton
Kredit: FMT

 

Menurut CEO Proton, Dr Li Chunrong, mereka kini sedang bekerja keras bagi menaikkan jenama Proton dengan sasaran syarikat kereta nasional itu akan mula mencatatkan keuntungan pada tahun 2020 nanti. Ini semua mampu dicapai selepas proses rombakan pengurusan, peningkatan kualiti dan penjimatan kos dilaksanakan.

 

Melihat kepada kejayaan Geely sehingga hari ini, apakah rahsia sebenar mereka sehingga menjadi salah satu daripada ‘Fortune-500 Company’?

 

Victor Young menyatakan terdapat tiga resepi kejayaan mereka yang kini sedang diaplikasikan kepada jenama Proton. Pertama, mereka menggunakan konsep pendekatan ‘market-oriented’ dalam perniagaan. Setiap produk yang dihasilkan Geely mesti melebihi daripada permintaan dan juga jangkaan pembeli.

 

Kedua, Geely sangat menitikberatkan soal penyelidikan dan pembangunan (R&D) di mana syarikat tersebut dikatakan telah berbelanja besar dalam membangunkan kepakaran teknologi mereka. Syarikat pembuatan global lain kebiasaannya memperuntukkan 3% hingga 5% hasil pendapatan (revenue) mereka kepada R&D teknologi. Namun berbeza dengan Geely, mereka menyalurkan sekitar 10% hasil pendapatan mereka ke dalam bidang R&D bagi meningkatkan lagi kualiti pembuatan kereta.

 

Dan yang ketiga ialah harga penjualan kereta dihasilkan Geely adalah 30% lebih murah berbanding produk jenama lain. Pihak Geely menegaskan bahawa mereka amat mementingkan prinsip ‘high value for money’. Harga kereta di bawah Geely Group ditawarkan 30% lebih rendah berbanding model kereta pesaing lain yang mempunyai rekaan dan kualiti yang hampir sama.

 

Bagi perancangan masa hadapan, Geely mahu lebih pantas dalam menambah baik inovasi mereka dan menjadikan Geely sebuah syarikat teknologi dengan penghasilan kereta elektrik dan ‘driverless car’. Geely meluahkan hasrat untuk menjadi ‘benchmark’ serta pendahulu pasaran (market leader) dalam menghasilkan kereta model elektrik.

 

Berkenaan jenama Lotus yang kini juga di bawah naungan Geely, jualan kereta jenama UK itu di seluruh dunia dilaporkan hanya berjumlah 1,630 unit. Menurut Reuters, Geely kini bersedia untuk menghasilkan kereta jenama Lotus di Wuhan, China. Geely juga telah menubuhkan pusat R&D di Jerman bagi menjadikan Lotus sebagai jenama kereta elektrik selari dengan hasrat mereka untuk mentransformasi Lotus menjadi ‘fast, fun and green sports car’.

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…