fbpx

Uber Gagal Menjana Keuntungan Setelah 9 Tahun

Oleh : Kauthar Rozmal
17 April 2019 - 4:41 pm

Reading Time: 2 minutes

Uber mencatatkan kerugian USD3 bilion tahun lalu

Saham Lyft telah jatuh sebanyak 15.2% semenjak penyenaraiannya Mac lalu


Uber kini dalam proses menyenaraikan syarikatnya di New York Stock Exchange (NYSE) dan nilai syarikat ini adalah sekitar USD100 bilion.

 

Namun dalam kesibukan Uber memasuki NYSE, Uber telah melakukan satu perkara diluar jangkaan di mana mereka telah mengumumkan bahawa mereka mungkin tidak mampu untuk menjana keuntungan di dalam dokumen IPO mereka.

 

Menurut Uber, jualan tahunannya yang terkini meningkat kepada USD11.2 bilion dan kerugiannya menyusut kepada USD3 bilion. Namun, Uber turut menjangkakan perbelanjaan operasinya akan meningkat lebih tinggi.

 

 

Kerugian Uber ini bukanlah perkara yang baru, ianya menjadi satu permasalah yang masih belum mampu diselesaikan semenjak Uber ditubuhkan 9 tahun lalu. Daripada tahun 2014 hingga 2018 (tempoh di mana Uber mula melaporkan tahap kewangan mereka), Uber telah mencatatkan kerugian berjumlah USD6.8 bilion. Begitu juga kisahnya bagi pesaing terdekat Uber, Lyft.

 

“Di masa lalu, kami telah mencatatkan kerugian dan kami mungkin tidak mampu mencapai keuntungan di masa hadapan” – Lyft

 

Setakat April ini, saham Lyft telah jatuh sebanyak 15.2% semenjak penyenaraiannya Mac lalu.

 

Ke manakah Uber membelanjakan wangnya?

Kos terbesar Uber adalah kos hasil (cost of revenue) di mana antara kos terlibat di bawah kategori ini adalah kos insurans pemandu dan kos bayaran insentif kepada pemandu. Pada tahun 2018, Uber membelanjakan USD6.5 bilion bersamaan 50% daripada hasilnya pada tahun tersebut.

 

28% daripada hasil pula dibelanjakan bagi tujuan pemasaran dan jualan. Bagi tujuan penyelidikan pula, Uber telah membelanjakan USD1.5 bilion bersamaan 13% daripada hasil.

 

Ya, memang benar, kerugian adalah perkara yang biasa pada peringkat awal terutamanya bagi syarikat teknologi. Straterginya adalah meletakkan harga perkhidmatan yang murah bagi tujuan meningkatkan jumlah pengguna dan berharap mereka mampu mencapai keuntungan dengan jumlah pengguna yang tinggi.

 

 

Keuntungan bukanlah lagi syarat utama bagi syarikat yang ingin menyenaraikan syarikat mereka di pasaran saham. Twitter, Spotify dan Snapchat contohnya tidak mencatatkan sebarang keuntungan ketika proses penyenaraian awam.

 

Namun bagi kes seperti Twitter dan Spotify, mereka tidak perlu meningkatkan kos operasi secara mendadak walaupun jumlah pengguna mereka meningkat. Oleh sebab itu, mereka mampu mencatatkan keuntungan setelah mereka mencapai jumlah pengguna yang optimum.

 

Berbeza dengan Uber dan Lyft, walaupun jumlah pengguna mereka meningkat, kos operasi mereka akan meningkat pada kadar yang sama. Hal ini kerana lebih ramai pemandu diperlukan untuk menampung permintaan yang tinggi. Adakah Uber dan Lyft mampu mencatatkan keuntungan di masa hadapan?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 12-01
Kapital

Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya ECRL Dibatalkan

Reading Time: 2 minutes Pada tahun 2018, China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan nilai sebanyak USD42.5 bilion Penerusan projek ECRL dilihat…

Featured Image 22-01

Aplikasi Teknologi 5G

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms Dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat…

Featured Image 19-01

ONE Championship Bakal Setanding UFC

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, nilai One Championship dilaporkan bernilai lebih daripada USD1 bilion Jumlah tontonan video One Championship di…

Featured Image 20-01

30%-40% Bekalan Beras Malaysia Diimport Daripada Luar Negara

Reading Time: 2 minutes Industri beras hanya menyumbang 2.3% sahaja kepada Keluaran Kasar Dalam Negara 74.1% daripada penghasilan beras dalam negara adalah…