fbpx

Amerika Menaikkan Tarif, Tetapi Bukan China Yang Akan Membayarnya

Oleh : Kauthar Rozmal
08 Mei 2019 - 4:15 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Hampir USD15.3 bilion duti dikenakan oleh pentadbiran Trump tahun lalu ke atas barangan import daripada China
  • Menurut Trump, 25% duti/tarif yang dikenakan ke atas China dibayar sepenuhnya oleh China

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menjelaskan bahawa kenaikan tarif yang dikenakan ke atas barangan import China bertujuan membantu ekonomi AS dan tarif ini dibayar oleh China sendiri. Namun menurut ahli ekonomi, perkara sebaliknya terjadi.

 

Berdasarkan data daripada U.S. Customs and Border Protection, hampir USD15.3 bilion duti dikenakan oleh pentadbiran Trump tahun lalu ke atas barangan import daripada China. Kutipan sebenar mungkin lebih rendah lagi oleh sebab bayaran balik dan beberapa faktor lain.

 

Sementara Trump sering menerangkan tarif ini dibayar oleh China, ahli ekonomi mengatakan kenyataan ini mengelirukan rakyat AS. Siapakah yang perlu membayar tarif ini? Ia akan dibayar oleh pengimport AS dan pengguna akan membayarnya melalui kenaikan kos barang dan perkhidmatan.

 

“Keputusan kami menunjukkan hasil kutipan tarif oleh AS tidak mencukupi untuk mengimbangi kerugian ditanggung pengguna ke atas barangan import” kajian daripada Federal Reserve Bank of New York, Princeton University dan Columbia University.

 

Trump bercadang untuk meningkatkan tarif ke atas USD200 bilion import daripada China sebanyak satu kali ganda. Perunding daripada China, Liu He akan ke AS bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut.

 

Menurut Trump, 25% duti/tarif yang dikenakan ke atas China dibayar sepenuhnya oleh China melalui penurunan harga barangan import.

 

“Tetapi angka ini adalah berdasarkan anggaran daripada laporan pada tahun 2018 menggunakan data lampau.” David Weinstein, Professor Ekonomi di Columbia University

 

Data sebenar perdagangan dan tarif daripada tahun 2017 dan 2018 menunjukkan bahawa syarikat luar tidak menurukan harga mereka, oleh sebab itu, sebarang caj tarik/duti akan ditanggung oleh syarikat AS dan pengguna.

Satu lagi kajian daripada Pinelopi Goldberg, Pengarah Ekonomi World Bank, Pablo Fajgelbaum daripada UCLA, Patrick Kennedy daripada University of California, Berkeley, and Amit Khandelwal daripada Columbia Business School juga menunjukkan pengguna dan syarikat AS membayar sebahagian besar daripada tarif yang dikenakan oleh Trump.

 

Kajian itu juga menunjukkan mangsa utama perang dagangan yang dimulakan Trump adalah peladang, petani dan pekerja kolar biru yang mana merupakan penyokong Trump pada pilihanraya 2016 yang lalu.

 

“Pekerja-pekerja di daerah Republikan adalah mereka yang menanggung sebahagian besar kos perang perdagangan, sebahagiannya kerana serangan balas yang mensasarkan sektor pertanian”

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…