fbpx

Apakah Nasib Pekerja Hasil Penggabungan Axiata & Telenor

Oleh : Kauthar Rozmal
23 Mei 2019 - 8:15 pm

Reading Time: 2 minutes

Baru-baru, industri telekomunikasi digemparkan dengan cadangan penggabungan Axiata Group dan Telenor ASA yang bertujuan untuk mencipta syarikat komunikasi bertaraf global yang kompetitif.

 

Penggabungan Telenor dan Axiata ini bermakna satu entiti global bakal diwujudkan di mana kedua-dua syarikat ini akan menggabungkan operasi mereka di rantau Asean dan juga Asia Selatan. Syarikat gabungan ini menjadikan Malaysia sebagai ibu pejabat operasi mereka. Telenor dijangkakan akan menjadi pemegang majoriti saham syarikat gabungan ini dengan pegangan 56.5% manakala Axiata pula dengan pegangan sebanyak 43.5%.

 

Rata-rata pemain industri dan penganalisa saham melihat penggabungan ini sebagai satu berita yang positif. Menurut Public Invetment Bank, cadangan penggabungan ini sebenarnya akan memberikan keuntungan kepada kedua-dua syarikat daripada sudut kos.

 

Hal ini kerana, berdasarkan kepada pasaran telekomunikasi Asia hari ini, banyak syarikat dilihat menerima tekanan yang hebat berikutan daripada peningkatan kos operasi ditambah pula dengan persaingan sengit daripada kesemua pemain industri.

 

Namun adakah sesuatu inisiatif yang baik kepada syarikat juga baik kepada pekerjanya? Jika antara tujuan penggabungan adalah bagi mengurangkan kos sudah pasti akan ada pekerja yang bakal terjejas sumber pendapatannya.

 

Walaubagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Presiden Axiata Group Bhd, Tan Sri Jamaludin Ibrahim menegaskan bahawa tidak wujud pembuangan pekerja jika cadangan penggabungan dengan operator mudah alih dari Norway, Telenor ASA menjadi kenyataan.

 

“Kami tidak akan membuat perkara-perkara yang akan memberi kesan ke atas kakitangan kami, falsafah kumpulan adalah untuk sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya. Kami amat teguh mengenai berkenaan.

 

“Malah, Celcom sentiasa mempunyai jumlah kakitangan yang tinggi dan tidak pernah melaksanakan sebarang pemberhentian kerja, selain menawarkan skim berhenti secara sukarela (VSS),” kata Jamaludin, yang telah mengetuai konglomerat telekomunikasi itu sejak 2008.

 

Semenjak 2015, seramai 350 pekerja telah menerima tawaran VSS daripada Celcom. Berdasarkan kenyataan CEO Axiata, memang benar tiada pekerja yang akan dihentikan begitu sahaja, tetapi beliau tidak menafikan jika ada pekerja yang ditawarkan VSS atau MSS.

Adakah VSS satu perkara yang baik? Ianya adalah salah satu skim yang ditawarkan oleh majikan bagi mengurangkan pekerja dan skim VSS ini bukanlah satu paksaan sebaliknya pekerja ditawarkan untuk berhenti kerja secara sukarela daripada syarikat tersebut dan sebagai pulangan mereka akan diberikan insentif (compensation) yang adil mengikut undang-undang.

 

Sebenarnya VSS bukanlah satu-satunya skim yang ada di dalam negara ini. Apabila majikan mahu memberhentikan pekerja, terdapat juga skim-skim lain seperti Voluntary Exit Scheme (VES) dan Early Retirement Scheme (ERS).

 

Tamatkan perkhidmatan? Adil ke untuk pekerja?

 

Untuk menyatakan sesuatu perkara itu dilakukan secara adil atau tidak perlu dilihat kepada langkah yang diambil oleh majikan sebelum menawarkan VSS.

 

Melalui peruntukan Akta Kerja 1955 di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK), sesebuah syarikat itu tidak boleh dengan sesuka hati mengadakan VSS tetapi perlu mematuhi 10 perkara terlebih dahulu seperti mengehadkan kerja lebih masa dan mengurangkan gaji pekerja.

 

Apabila kesemua kriteria ini telah dilaksanakan, barulah skim VSS untuk memberhentikan pekerja akan diluluskan kerajaan. Selepas itu, pekerja akan menerima pampasan berdasarkan beberapa faktor seperti tempoh perkhidmatan pekerja terbabit.

 

Jadi persoalannya adakah penggabungan Axiata Telenor ini bakal menawarkan sebarang skim memberhentikan pekerja? Sudah pasti ada tugasan dan peranan yang bertindih antara pekerja Axiata dan Telenor. Dan mengetahui Telenor sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan prestasi dan keuntungan, mereka akan memastikan jumlah pekerja mereka berada pada tahap yang optimum serta akan berusaha untuk mengurangkan kos dengan apa sahaja cara.

 

Apakah nasib-nasib pekerja ini nanti? Axiata ada sekitar 3,000-4,000 pekerja di Malaysia manakala Digi mempunyai sekitar 2,500 pekerja.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…