fbpx

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Oleh : Kauthar Rozmal
13 Mei 2019 - 4:17 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030
  • Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima penduduk dunia pada 2030

Dijangkakan 2020 nanti adalah tahun kegemilangan bagi Asia di mana kebanyakan negara dalam benua ini mendominasi senarai negara yang mampu mengekalkan kadar pertumbuhan 7%.

 

Menurut Madhur Jha, Ketua Penyelidik di Standard Chartered India, Pengarah Ekonomi, David Mann, India, Bangladesh, Vietnam, Myanmar dan Filipina mampu mencapai kadar pertumbuhan 7%. Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 berbanding USD2,500 pada tahun lalu. Manakala Ethiopia dan Côte d’Ivoire adalah negara bukan Asia yang bakal mencapai pertumbuhan 7% juga.

 

Standard Chartered menyatakan negara-negara Asia Utara perlu menjadi pendahulu bagi Keluaran Kasar Dalam Negara oleh kerana penduduk di sini mewakili satu per lima penduduk dunia pada 2030.

 

Standard Chartered mewujudkan senarai ekonomi yang berkembang pada kadar 7% ini bermula pada tahun 2010. Pada awalnya ada 10 negara dalam senarai ini dan pecahan sama rata dapat dilihat antara negara Asia dan Afrika. Pecahannya adalah China, India, Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Nigeria, Ethiopia, Tanzania, Uganda dan Mozambique.

 

Hampir 10 tahun berlalu, China kini terkeluar daripada senarai setelah melalui pertumbuhan pesat sepanjang 4 dekad lalu. China kini menuju kepada negara berpendapatan tinggi yang mana menyukarkannya untuk mengekalkan kadar pertumbuhan yang tinggi. Standard Chartered meramalkan ekonomi China berkembang pada kadar 5.5% tahun hadapan.

 

Begitu juga kisahnya bagi negara  Sub-Sahara Afrika, penganalisis momentum reformasi di sana semakin rendah ekoran penurunan harga komoditi. Walaupun pertumbuhan ekonomi yang terlalu pesat bukanlah perkara yang baik secara keseluruhannya kerana akan melebarkan jurang pendapatan dan meningkatkan kadar pencemaran contohnya, namun ianya mampu memberikan kesan rantaian yang positif.

 

“Kadar pertumbuhan yang lebih pantas bukan sahaja membantu mengeluarkan orang ramai daripada kemiskinan mutlak dengan lebih cepat, tetapi ia juga kebiasaannya disertai bersama perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik, serta menyediakan pelbagai pilihan dan akses yang lebih luas dan baik kepada barangan dan perkhidmatan.” – Jha and Mann

 

“Pendapatan yang lebih tinggi hasil daripada pertumbuhan yang lebih cepat juga mampu mengurangkan ketidakstabilan sosio-politik dan menjadikan pembaharuan struktur menjadi lebih mudah serta mampu mewujudkan kitaran kebajikan” Tambahnya lagi.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…