fbpx

Asia Pasifik Pendahulu Trend Dagangan Digital Dunia

Oleh : Kapital
29 Mei 2019 - 3:18 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Asia Pasifik kini sedang membentuk pasaran pengguna digital dalam tiga fokus utama iaitu dagangan sosial, super app dan digital wallet
  • Pada tahun 2018, Asia Pasifik telah menyumbang kepada 41% daripada perbelanjaan global dagangan digital

 

Dengan perkembangan pantas teknologi peranti mudah alih di Asia Pasifik, rantau ini dijangkakan akan menjadi pendahulu untuk membentuk trend dagangan digital (commerce digital) dalam masa beberapa tahun akan datang.

 

Satu laporan yang telah dikeluarkan oleh Euromonitor Interational mendapati rantau ini telah menyumbang kepada 41% daripada perbelanjaan global dalam dagangan digital pada tahun 2018. Segmen ini dijangka akan terus bertumbuh selari dengan peningkatan pengguna internet di rantau ini.

 

Asia Pasifik merupakan antara salah sebuah rantau yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia dengan kebanyakannya adalah rakyat dari negara India, China dan Pakistan. Menjelang tahun 2030, rantau ini dijangka akan menerima pertambahan penduduk sebanyak 400 juta lagi. Tidak dapat dinafikan, China merupakan negara nombor satu dalam penggunaan teknologi digital. Setakat tahun 2018, pengguna China yang menggunakan Internet mudah alih adalah berjumlah sebanyak 1.4 bilion. Ini adalah tiga kali ganda melebihi jumlah di Amerika Syarikat.

 

 

Menurut Euromonitor, Asia Pasifik kini sedang membentuk pasaran pengguna digital dalam tiga fokus utama iaitu dagangan sosial (social commerce), super apps dan digital wallet. Asia Pasifik telah membentuk revolusi kepada super app. Super app ialah aplikasi mudah alih (mobile application) yang mempunyai pelbagai kegunaan dengan gabungan beberapa fungsi seperti komunikasi, gaya hidup, sosial, kewangan dan peruncitan ke dalam satu platform. Aplikasi ini akan memberi kelebihan kepada syarikat untuk menjana lebih banyak pendapatan serta meningkatkan engagement dengan pengguna. Antara Super app yang cukup terkenal di rantau Asia Pasifik pada hari ini ialah WeChat, Grab dan Go-Jek.

 

Selain itu, antara sektor digital yang sedang meningkat naik di rantau Asia Pasifik ialah platform bayaran digital wallet. Di negara China sebagai contoh, lebih daripada setengah bilion penduduk menggunakan perkhidmatan pembayaran mudah alih seperti Alipay dan WeChat Pay untuk transaksi atas talian serta di kedai-kedai. Pada tahun 2018 sahaja, pengguna rantau ini telah menjalankan transaksi sebanyak USD1.6 bilion melalui peranti mudah alih (mobile device).

 

Melihat kepada trend ini, tidak dapat disangkal lagi bahawa rantau Asia pastinya akan mendominasi pasaran dagangan digital global dalam tempoh beberapa tahun sahaja lagi. Dengan China merupakan pasaran terbesar Asia, negara seperti Indonesia dan India juga kini sedang meningkat naik.

 

Kejayaan rantau negara-negara di Asia Pasifik dalam menjadi pendahulu dunia dagangan digital ini bukan sahaja kerana trend yang berlaku dalam kalangan pengguna. Malahan ia juga sebenarnya dibantu oleh pengawal selia (regulator) di setiap negara yang sentiasa membantu sektor ini untuk lebih bertumbuh. Sebagai contoh, kerajaan Jepun telah merangka polisi untuk mengurangkan penggunaan wang tunai manakala Singapura pula kini telah memperkenalkan kod QR yang selaras di seluruh negara untuk pembayaran secara digital.

 

Perkembangan yang berlaku di rantau Asia Pasifik ini semestinya akan menjadikan pasaran dagangan digital menjadi lebih kompetitif. Ini seterusnya juga dapat memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan kualiti perkhidmatan yang terbaik. Dengan jumlah pengguna internet di Asia Pasifik setakat tahun 2018 adalah 51% daripada keseluruhan pengguna internet global, jumlah ini semestinya akan berterusan meningkat di masa hadapan dan rantau ini akan menjadi penentu kepada pembentukan trend dagangan digital seluruh dunia selepas ini.

 

Sumber: StarBiz

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…