fbpx

Barat Perlu Terima Timur Setaraf Atau Lebih Baik Sekarang

Oleh : Kapital
30 Mei 2019 - 3:40 pm

Reading Time: 2 minutes

Artikel ini pertama kalinya di Sinar Harian

 

TOKYO – [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Barat harus menerima bahawa penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun, telah meningkatkan keupayaan negara Timur, yang tidak lagi meniru produk dari Barat.

 

“Pada mulanya mereka meniru produk dari Barat, kemudiannya mereka menghasilkan produk yang lebih baik dan menerusi penyelidikan, mereka menghasilkan produk yang lebih baik… dalam bidang telefon, contohnya, Korea, Jepun dan China, yang membelanjakan lebih banyak wang untuk penyelidikan dan pembangunan berbanding kemungkinan di Eropah dan AS.

 

Menerusi pelaburan yang lebih besar, Timur telah meningkatkan produk, dan dunia mesti menerima realiti baharu ini, katanya.

 

“(Sebagai contoh), saya faham Huawei mempunyai kelebihan yang besar terhadap teknologi Amerika.

 

“Namun jika anda mahu situasi di mana anda sentiasa berada di hadapan, dan apabila anda tidak berada di hadapan, saya akan mengharamkan anda dan menghantar kapal perang ke negara anda, ini bukan persaingan, ini mengancam rakyat dan bukanlah pendekatan yang boleh digunakan.

 

“Dahulu kita mengharapkan segala-galanya dari Barat, kini ia datang dari Timur,” katanya pada sesi dialog di Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia (Nikkei Conference) di sini hari ini.

 

Dr Mahathir tiba di Tokyo malam tadi untuk lawatan kerja tiga hari.

 

Perdana Menteri berkata, ekonomi Amerika Syarikat makmur kerana kebanyakan syarikatnya melabur di negara miskin, dengan kosnya jauh lebih rendah, termasuk di China.

 

“Banyak syarikat AS beroperasi di China, Malaysia dan negara-negara lain. Mereka pada asasnya, menghasilkan komponen dan bahagian untuk digunakan dalam produk Amerika Syarikat, dan oleh sebab itu, produk AS berdaya saing di dunia.

 

“Namun, jika semua syarikat yang mengeluarkan barangan ini beroperasi di Amerika Syarikat, kosnya akan menjadi sangat mahal dan ia tidak akan dapat bersaing dengan produk syarikat Timur”.

 

Dr Mahathir berkata ini berlaku apabila Jepun mula menunjukkan bahawa ia boleh menghasilkan semua peralatan dapur pada kos yang lebih rendah.

 

“Kita gunakan semua produk Barat, termasuk motosikal. Jepun mampu bersaing dengan Barat kerana etika kerja mereka dan upah yang lebih rendah. Namun jika AS mahu membangunkan segala-galanya di AS, kosnya akan menjadi sangat mahal dan produk mereka tidak akan berdaya saing.

 

“Bagaimanapun, AS unggul dalam bidang tertentu. Kita tahu mereka membina pesawat yang hebat, sebagai contoh, keupayaan dan kemahiran kejuruteraan mereka sangat tinggi,” kata Perdana Menteri. – Bernama

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…