fbpx

Celcom-Digi Bergabung, Pengguna Untung Atau Rugi?

Oleh : Kapital
21 Mei 2019 - 5:04 pm

Reading Time: 3 minutes

Apakah anda rasa penggabungan Celcom dengan Digi akan memberi faedah kepada rakyat? Ok, anda yang tidak menggunakan kedua-dua rangkaian ini pun masih boleh mengutarakan pendapat. Ini kerana jika muktamad nanti, penyedia telekomunikasi anda kena fikir strategi baharu untuk bersaing.

Mungkin kita ubah sikit soalan: apakah penggabungan Celcom-Digi ini bermakna akan ada perkhidmatan murah, pantas dan tanpa gangguan, terutama daripada segi teknologi rangkaian mudah alih 5G.

 

Soalan di atas sebenarnya, belum dapat dijawab secara khusus oleh Axiata Group Berhad. Masih terlalu awal nak Merrepak, katanya. Apa yang berlaku pada 6 Mei lalu hanyalah pengumuman rasmi mengenai hasrat Axiata berbincang dengan firma telekomunikasi Norway, Telenor ASA untuk bergabung yang turut melibatkan aset-aset mereka di sembilan negara Asia.

 

Bila dimuktamadkan kelak, Telenor akan menguasai 56.5 peratus ekuiti di dalam syarikat gabungan, manakala Axiata sebanyak 43.5 peratus, tanpa membabitkan transaksi tunai dan hanya saham. Jadi soal perkhidmatan murah itu akan dibincang kemudian.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata, pihaknya sudah mendapat perkenan daripada pemegang saham utama, Khazanah Nasional bagi meneruskan rancangan penggabungan dengan Telenor.

 

Penggabungan ini akan menyaksikan Celcom-Digi memiliki lebih 21 juta pelanggan, dan jangkaan menghasilkan pendapatan proforma bernilai RM50 bilion serta pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) berjumlah RM5 bilion.

 

1 Faedah pengguna

Seorang eksekutif berpusat di Johor berpendapat urus niaga penggabungan itu tidak akan memberi faedah sangat kepada pengguna seperti kita. Katanya, proses penggabungan akan menyaksikan rasionalisasi produk, yang akhirnya membawa kepada pengurangan pilihan dan tawaran pakej kepada pengguna.

 

Menurut laporan media, Weng Yew Wong berkata, penggabungan itu hanyalah proses rasionalisasi kewangan untuk dua entiti telekomunikasi tersebut.

 

“Teknologi 5G memerlukan banyak modal untuk dilabur lagi dan hakikatnya, banyak pasaran negara di mana mereka beroperasi, kini pantas menjadi matang dan tepu, kaedah terbaik untuk meraih nilai kepada pemegang saham ialah dengan menjimatkan kos menerusi langkah penggabungan dan bersatu kepakaran.

 

“Lazimnya harga turun bila syarikat baharu memasuki pasaran. Tidak mungkin akan berlaku perubahan drastik di dalam harga jalur lebar kesan daripada pengurangan bilangan pemain di dalam pasaran,’’ kata Yew Wong.

 

Malah dari segi kualiti perkhidmatan juga tidak dijangka besar kerana Celcom dan Digi sememangnya sudah berkongsi prasarana sejak beberapa ketika. Tidak mungkin ada banyak kawasan baharu di mana MergedCo boleh teroka nanti, ujar beliau.

 

Secara umumnya, penganalisis industri positif dan mengalu-alukan cadangan penggabungan ini kerana sememangnya dalam rukun korporat, penggabungan adalah kaedah yang termasuk dalam kategori mulia.

 

2 Isu-isu sebenar

Lagipun terdapat dua isu yang menjadi perhatian para pengenalisis kerana dianggap boleh membatalkan cadangan penggabungan itu sama sekali.

 

Isu pertama ialah berkaitan mendapatkan kelulusan kawal selia bagi penggabu­ngan dan pemindahan aset atau lesen kedua-dua buah syarikat di sembilan pasaran.

 

Selain itu, ketidaksepakatan yang berpotensi berlaku terhadap kawalan atau rangka kerja dalam menjalankan satu entiti baharu (MergedCo) termasuk pelantikan teraju utama dan strategi serta pelan jangka panjang syarikat baharu itu juga memungkinkan rundingan bagi cadangan penggabungan itu tidak akan terlaksana.

 

Penganalisis AmInvestment Bank, Alex Goh mengulangi pandangan bahawa langkah penstrukturan semula yang besar itu boleh tergendala disebabkan pengawasan pengawal seliaan negara masing-masing.

 

“Kami tidak pasti sama ada SKMM dan rejim politik semasa akan meluluskan cadangan ini, memandangkan penggabungan akan mengurangkan tahap persaingan dengan mengorbankan pilihan pengguna dan alternatif harga,” katanya.

 

Penganalisis Kenanga Investment Bank, Cheow Ming Liang berkata, cabaran terbesar dalam rancangan itu ialah kelulusan kawal selia, memandangkan MergeCo beroperasi di sembilan negara berbeza dan tertakluk kepada dasar dan garis panduan berbeza.

 

Menurutnya, spektrum juga akan menjadi kebimbangan utama, terutama di Malaysia kerana pihak berkuasa tempatan enggan memberi spektrum serupa kepada entiti yang sama.

3 Internet murah?

Masalah hal-ehwal korporat di atas, sebenarnya tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat marhain. Sebagai pengguna, kita mahu tahu apakah jaminan akan berlaku penurunan harga, apakah internet jalur lebar akan pantas membolehkan kita mengutus video bersaiz besar dan lama, contohnya dan apakah perkhidmatan lancar, tidak terkesan dengan isu waktu puncak dan waktu kurang trafik. Ini yang rakyat hendak tahu hasil dari penggabungan mana-mana entiti sekali pun.

 

Pengguna berhak untuk tahu kerana selama ini ketika satu entiti terlalu dominan di dalam sektor telekomunikasi tanahair, pengguna ternyata tertindas dan terpaksa akur.

 

Disebab susah sangat untuk pengurusan Axiata memberi komitmen kepada aspek-aspek yang disebut itu, ia tidak membantu hapuskan skeptisme rakyat mengenai berfaedah atau tidak Celcom dan Digi bergabung.

 

Atau adakah keutamaan sememangnya bukan pengguna tetapi keuntungan dan pencapaian korporat semata-mata. Anda rasa?

 

Sumber: Utusan

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…