fbpx

Dilema Start Up: Mengejar Keuntungan Atau Meningkatkan Jumlah Pengguna?

Oleh : Kauthar Rozmal
07 Mei 2019 - 4:24 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Start up terus beroperasi walaupun rugi kerana mendapat dana daripada pelaburan swasta
  • Lyft telah mencatatkan kerugian berjumlah USD1 bilion pada tahun lalu

Kebanyakan syarikat start up yang berasaskan teknologi lari jauh daripada konsep asal perniagaan tradisional. Berbanding fokus kepada keuntungan, mereka lebih fokus kepada aktiviti meningkatkan jumlah pengguna sebanyak mungkin dan mengembangkan perniagaan secepat mungkin.

 

Namun, adakah syarikat yang memfokuskan kepada jumlah pengguna sahaja akan berjaya memperolehi keuntungan kelak?

 

Bulan lalu, sebuah syarikat e-hailing iaitu Lyft telah menyenaraikan syarikatnya di New York Stock Exchange dengan penilaian berjumlah USD24 bilion. Dalam masa yang sama Lyft telah mencatatkan kerugian berjumlah USD1 bilion pada tahun lalu. Sementara itu, syarikat pesaingnya, Uber juga dalam proses penyeraian awam dengan penilaian sekitar USD80 bilion.

 

Bagaimanakah syarikat seperti Uber dan Lyft mampu fokus kepada meningkatkan jumlah pengguna berbanding keuntungan? Hal ini kerana mereka sering memperolehi dana daripada pasaran swasta.

 

Begitu juga kisahnya bagi syarikat e-dagang seperti Shopee yang masih gagal membuat keuntungan setelah sekian lama bertapak. Tidak dinafikan potensi pasaran e-dagang di Asia Tenggara sangat besar, menurut laporan  Google-Temasek e-Conomy SEA, ekonomi internet dijangka mencecah USD200 bilion menjelang 2025.

 

Tetapi mampukah syarikat e-dagang yang bergantung kepada pemberian subsidi seperti penghantaran percuma dan penyeraian percuma bagi penjual bertahan bagi tempoh masa panjang. Mungkin akan tiba masanya satu hari nanti semua subsidi ini akan ditarik semula bagi memperoleh keuntungan.

 

Di China, sebuah syarikat penyedia servis penyewaan basikal yang telah berkembang beberapa tahun kebelakang kini mula menaikkan harga sewaan mereka kea rah model perniagaan yang lebih mampan. Menurut penganalisa industri, pemain pasaran kini perlu beralih daripada pengembangan pasaran yang laju kepada pengurusan dan operasi syarikat yang lebih baik.

 

Menurut Pengarah Operasi OGN Online Sdn Bhd, Isaac Leong, beliau yakin platform e-dagang di rantau ini akan mengekalkan faedah dan subsidi bagi memastikan kos adalah rendah kepada pembeli dan penjual.

 

“Membuat keuntungan daripada platform bukanlah keutamaan bagi pengendali pasaran e-dagang ini, sekurang-kurangnya buat masa sekarang” tambah beliau.

 

Masa bakal menentukan sama ada syarikat teknologi ini mampu membuat keuntungan atau tidak di masa hadapan apabila kos mendapatkan pelanggan dan persaingan semakin meningkat. Antara contoh syarikat yang telah berjaya membuat keuntungan adalah Alibaba dan Amazon namun ianya bukanlah satu perkara yang mudah.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Front Facade
Kapital

Lokasi Adalah ‘Senjata’ Penting Tarikan Hartanah

Reading Time: 4 minutes Tatkala pasaran hartanah semasa berada dalam situasi yang mencabar, apakah faktor yang boleh menarik minat orang ramai untuk…

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…