fbpx

Ekonomi Malaysia Berkembang Pada Kadar 4.5 peratus Bagi Suku Pertama 2019

Oleh : Kapital
16 Mei 2019 - 3:49 pm

Reading Time: 1 minute

 


  • Aliran pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM21.7 bilion pada suku pertama 2019
  • Pertumbuhan yang dicatatkan pada suku pertama disokong oleh pemulihan dalam sektor pertanian terutama pengeluaran minyak sawit mentah

Ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku pertama tahun ini, lebih tinggi berbanding unjuran pasaran 4.3 peratus.

 

Pertumbuhan itu bagaimanapun lebih perlahan berbanding pertumbuhan 4.7 peratus yang dicatatkan pada suku keempat 2018 dan 5.3 peratus pada suku pertama 2018.

 

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata  pertumbuhan yang dicatatkan pada suku pertama disokong oleh pemulihan dalam sektor pertanian terutama pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) dan eksport bersih yang tinggi.

 

Beliau berkata, sektor perkhidmatan dan perkilangan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan.

 

“Malaysia kekal dalam landasan pertumbuhan kukuh dengan dijangka berkembang antara 4.3 peratus-4.8 peratus tahun ini disokong oleh perbelanjaan sektor swasta,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi ekonomi suku pertama 2019 di sini, hari ini.

 

Mengenai akaun semasa, Nor Shamsiah berkata, akaun semasa dijangka kekal dalam lebihan berikutan permintaan daripada negara dagang utama terus berkembang meskipun sederhana.

 

Beliau nerkata, aliran pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM21.7 bilion pada suku pertama 2019 dan kekal merentasi sektor yang meluas.

 

Mengenai ringgit, Nor Shamsiah berkata, pergerakan mata wang tempatan itu pada 2019 didorong oleh faktor luaran.

 

Melangkah ke hadapan, ringgit sejajar dengan mata wang serantau akan terus dipengaruhi faktor luaran, katanya.

 

Pada 2019, kadar inflasi dijangka berpurata antara 0.7 peratus hingga 1.7 peratus.

 

Sumber: Berita Harian

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…