fbpx

Gabungan Axiata-Telenor Bakal Cipta Syarikat Kompetitif Global

Oleh : Kapital
09 Mei 2019 - 2:31 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Telenor akan menjadi pemegang majoriti saham dengan pegangan 56.5% manakala Axiata pula sebanyak 43.5%
  • Syarikat gabungan ini dikatakan bakal mengaut hasil pendapatan RM50 bilion serta keuntungan bersih RM4 bilion

 

Malaysia bakal menerima kehadiran baru syarikat telekomunikasi terbesar selepas penggabungan Axiata Group dan Telenor ASA berjaya direalisasikan. Menurut Public Invetment Bank, cadangan penggabungan ini sebenarnya akan memberikan keuntungan kepada kedua-dua syarikat daripada sudut kos.

 

Hal ini kerana, berdasarkan kepada pasaran telekomunikasi Asia hari ini, banyak syarikat dilihat menerima tekanan yang hebat berikutan daripada peningkatan kos operasi ditambah pula dengan persaingan sengit daripada kesemua pemain industri.

 

Penggabungan Telenor dan Axiata ini bermakna satu entiti global bakal diwujudkan di mana kedua-dua syarikat ini akan menggabungkan operasi mereka di rantau Asean dan juga Asia Selatan. Syarikat gabungan ini menjadikan Malaysia sebagai ibu pejabat operasi mereka. Telenor dijangkakan akan menjadi pemegang majoriti saham syarikat gabungan ini dengan pegangan 56.5% manakala Axiata pula dengan pegangan sebanyak 43.5%.

 

CEO Kumpulan Axiata, Tan Sri Jamaluddin Ibrahim menyifatkan cadangan untuk gabungan ini timbul susulan daripada peningkatan kos, persaingan yang semakin sengit serta keperluan bagi meningkatkan perbelanjaan modal (capital expenditure) berikutan pertumbuhan pendapatan yang tidak menaik.

 

Sebagai rekod, pemegang saham utama Axiata ialah Khazanah Nasional Berhad dengan pegangan 37.14%, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (16.36%) dan Permodalan Nasional Berhad (11.92%). Pelan penggabunagn ini telah pun mendapat restu daripada pihak Khazanah serta menyifatkan ianya adalah satu langkah yang baik untuk bersaing secara kompetitif di peringkat global.

 

“Ini adalah perkembangan positif untuk Malaysia kerana ia akan menunjukkan bahawa kita mempunyai syarikat yang kompetitif di peringkat global. Ini seterusnya akan meningkatkan keyakinan pelabur luar terhadapekonomi Malaysia,” ujar jurucakap Khazanah.

 

Syarikat gabungan ini sebenarnya bukan hanya akan menjadi operator telekomunikasi terbesar di Malaysia malahan di rantau Asean juga. Syarikat ini dikatakan bakal mengaut hasil pendapatan RM50 bilion serta keuntungan bersih RM4 bilion melalui operasi di Malaysia, Thailand, Sri Lanka, Pakistan, Indonesia, Cambodia, Nepal, Myanmar dan Bangladesh.

 

Di peringkat Malaysia pula, penggabungan ini bakal menyaksikan Digi (pegangan saham majoriti oleh Telenor) bergabung dengan Celcom. Seterusnya ia akan menjadikan keseluruhan jumlah pelanggan mereka berjumlah lebih daripada 20 juta. Ini bermakna jumlah pelanggan mereka adalah bersamaan dengan hampir dua pertiga jumlah rakyat Malaysia!

 

Di peringkat global pula, syarikat gabungan ini dikhabarkan bakal mempunyai 267 juta pelanggan di sembilan buah negara.

 

Namun begitu, penggabungan kedua-dua syarikat ini dalam masa yang sama juga menimbulkan kerisauan dan kritikan daripada pelbagai pihak. Sudah menjadi satu kebiasaan sekiranya terdapat penggabungan syarikat, ramai pekerja akan diberhentikan atau ditawarkan skim VSS. Hal ini kerana, terdapat banyak skop pekerjaan akan berlaku pertindihan dan seterusnya jumlah pekerja perlu dikurangkan. Tan Sri Jamaluddin bagaimanapun menegaskan tidak akan ada pemberhentian pekerja di bawah perjanjian penggabungan syarikat ini.

 

Selain itu, beliau turut menegaskan penggabungan Axiata dan Telenor ini adalah penting melalui analisa yang telah dijalankan berdasarkan situasi di seluruh dunia. Hampir setiap negara sebenarnya hanya memerlukan tiga operator sahaja.  Jika jumlah operator terlalu sikit, ia akan menyebabkan tiada persaingan dan sekiranya jumlah operator terlalu banyak pula, ia akan menyebabkan kesukaran kepada operator itu bagi melakukan inovasi baru.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Malaysia-Postpaid-Telco-Logos
Kapital

Celcom-Digi Bergabung, Pengguna Untung Atau Rugi?

Reading Time: 3 minutes Apakah anda rasa penggabungan Celcom dengan Digi akan memberi faedah kepada rakyat? Ok, anda yang tidak menggunakan kedua-dua…

Axiata
Kapital

Hati Hati Dengan Gergasi Telekomunikasi

Reading Time: 2 minutes Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Axiata dan syarikat telekomunikasi dari Norway, Telenor sedang menjalankan perbincangan bagi menggabungkan aset-aset…

Featured Image 14-01
Kapital

Pelan Mega USD412 Bilion Pembinaan Negara Indonesia

Reading Time: 2 minutes 40% daripada dana akan disalurkan oleh pihak kerajaan persekutuan manakala 25% lagi disumbangkan melalui syarikat milik kerajaan negeri…

Featured Image 13-01

Malaysia Bakal Hantar Pekerja Berkemahiran Ke Jepun

Reading Time: 2 minutes Memorandum kerjasama dijangka ditandatangani Julai Potensi sehingga 50 ribu peluang pekerjaan Malaysia kini sedang mengadakan rundingan dengan Jepun…