fbpx

Gabungan Fiat Chrysler dan Renault Bakal Cipta Syarikat Automotif Ketiga Terbesar Dunia

Oleh : Kapital
30 Mei 2019 - 2:42 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Syarikat gabungan itu dikhabarkan akan berjaya membuat jualan sebanyak 8.7 juta kenderaan setiap tahun
  • Ketidakseimbangan pegangan saham antara Renault dan Nissan menyebabkan ketegangan hubungan kedua-dua syarikat tersebut

 

Gergasi automotif Itali-Amerika Syarikat, Fiat Chrysler telah membentangkan satu pelan penggabungan syarikat tersebut bersama Renault yang mana gabungan syarikat automotif itu akan menjadi yang ketiga terbesar di dunia sekiranya ia berjaya direalisasikan.

 

Dalam perancangan penggabungan tersebut, Fiat Chrysler telah mengusulkan perniagaan itu dibahagi berdasarkan perkongsian 50/50. Namun mengikut sumber daripada Renault, masih tiada sebarang kata putus yang dicapai dan proses ini mungkin akan mengambil masa yang lama.

 

Jika penggabungan dua syarikat automotif besar ini menjadi kenyataan, Fiat Chrysler menyatakan syarikat gabungan itu akan berjaya untuk membuat jualan sebanyak 8.7 juta kereta setiap tahun. Dikhabarkan fokus utama syarikat gabungan itu nanti adalah ‘broad and complementary’ yang akan meliputi setiap jenis pasaran kereta daripada kereta mainstream sehingga kereta mewah.

 

Seperti yang diketahui umum, Renault-Nissan-Mitsubishi mempunyai kerjasama strategik yang telah diwujudkan sejak tahun 1999 dengan jumlah kenderaan yang berjaya dihasilkan oleh ketiga-tiga syarikat ini adalah sekitar 10.8 juta. Ini adalah lebih tinggi berbanding pengeluaran kenderaan oleh Volkswagen dan Toyota dengan bilangan sebanyak 10.6 juta.

 

Melalui kerjasama strategik ini, ketiga-tiga syarikat automotif tersebut mempunyai ‘cross-sharing agreement’ di mana Renault mempunyai pegangan saham sebanyak 43% dalam Nissan manakala Nissan pula memiliki 15% saham dalam Renault. Namun begitu, ketidakseimbangan hubungan Nissan dan Renault telah menyebabkan wujudnya ketegangan kedua-dua syarikat tersebut. Walaupun Renault dan Nissan dilihat seperti sudah tidak sehaluan lagi, Mitsubishi pula menyatakan mahu kerjasama terbabit terus dipertahankan.

 

Ura-ura mengenai penggabungan Fiat Chrysler-Renault ini mula muncul apabila hubungan antara Renault dan Nissan dilihat seperti retak menanti belah. Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana Nissan merasakan Renault menguasai terlalu banyak dan ia menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, Saikawa merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan adil. Namun setakat ini, masih tiada sebarang keputusan yang dibuat oleh Renault mengenai kerjasama strategik antara mereka dan juga Nissan serta Mitusbishi.

 

Satu perkara yang menarik mengenai perancangan gabungan syarikat Renault dan Fiat Chrysler ini adalah kekuatan tersendiri yang dimiliki dalam pasaran masing-masing. Sebagai contoh, Fiat Chrysler sangat dikenali dalam pembuatan kereta jenis ‘pick-up’ dan SUV. Manakala, Renault kini pula dikatakan sangat aktif dalam menghasilkan kereta elektrik. Sekiranya kedua-dua syarikat ini benar-benar bergabung, pastinya pasaran kenderaan dunia akan menjadi lebih kompetitif di masa akan datang.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…