fbpx

Hati Hati Dengan Gergasi Telekomunikasi

Oleh : Kapital
18 Mei 2019 - 8:01 pm

Reading Time: 2 minutes

Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Axiata dan syarikat telekomunikasi dari Norway, Telenor sedang menjalankan perbincangan bagi menggabungkan aset-aset mereka di Asia Tenggara serta Asia Selatan.

 

Ini merupakan transaksi korporat terbesar diumumkan di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

 

Ramai pemain pasar saham memuji langkah tersebut, mengatakan bahawa ia akan memberi manfaat besar kepada Axiata terutamanya dari segi skala dan saiz.

 

Tambahan lagi, syarikat ini akan dapat memasuki pasaran-pasaran baru seperti Myanmar dan Thailand serta menjadi sebahagian daripada pemain telekomunikasi besar di dunia, melahirkan gergasi yang merupakan jaguh dunia.

 

Walaupun nampak hebat di atas kertas dan menguntungkan syarikat-syarikat yang terlibat melalui lonjakan harga saham, apabila diperhalusi, transaksi ini tidak semestinya dapat menguntungkan Malaysia.

 

Beberapa persoalan yang harus dibangkitkan ialah:

 

Apa gunanya melahirkan juara dunia (global champion) jika majoriti pegangan saham tidak kita kuasai? Melalui pembentukan MergedCo yang menggabungkan aset Telenor dan Axiata, akhirnya Malaysia hanya menguasai 43.5 peratus berbanding Telenor 56.5 peratus.

 

Mengapa begitu kecil pegangan saham kita? Apa gunanya bersusah payah membina “footprint” di Asia Tenggara selama ini, hanya untuk menyerahkannya kepada orang lain untuk dikuasai tanpa sebarang bayaran tunai dan premium yang perlu dibayar.

 

Apabila memiliki saham yang lebih besar, semestinya Telenor diberi peruntukan kerusi lembaga pengarah lebih banyak daripada Axiata. Namun demikian, kepimpinan Axiata berpendapat tidak mengapa kerana pengerusinya dari Malaysia.

 

Apa gunanya jika Axiata dapat melantik pengerusi sedangkan Telenor dapat melantik individu yang paling berpengaruh dalam syarikat iaitu ketua pegawai eksekutif dan menguasai majoriti kerusi dalam lembaga pengarah?

 

Mengapa kuasa begitu banyak diberi kepada syarikat asing? Telenor boleh melakukan apa sahaja jika berkuasa sebegitu, apa akan jadi kepada pengurusan Malaysia- terutamanya barisan kepimpinan Bumiputera yang berada di kalangan pengurusan menengah dan tinggi Axiata?

 

Telenor terkenal dengan membawa kepimpinan dari Eropah untuk menguruskan perniagaan mereka di Asia- lihat sahajalah di Thailand, Myanmar dan juga dalam kepimpinan tertinggi Digi.

 

Dengan “perkahwinan” Celcom dan Digi yang menguasai lebih dari 60 peratus pengguna – bukankah perkara ini akan membanteras persaingan?

 

Apa kelebihannya kepada para pengguna jika syarikat baru ini boleh menentukan kadar pembayaran yang lebih tinggi dan perkhidmatan yang tidak kompetitif?

 

Apakah jaminan yang boleh diberikan oleh Axiata dan Telenor terhadap pekerja-pekerja Celcom (3000) dan Digi (1700)? Adakah pekerjaan mereka selamat? Selalu ya apabila penggabungan berlaku, sudah pasti akan berlaku pengurangan staf. Janji manis pihak pengurusan selalunya menjadi mimpi ngeri para pekerja.

 

Harga saham Axiata melonjak dan kaunter saham Axiata adalah antara 3 teraktif di Bursa sejak pengumuman penggabungan ini dizahirkan. Adakah pengumuman ini sekadar gimik untuk melonjakkan harga saham Axiata yang terperuk setahun kebelakangan ini.

 

Adakah berlaku manipulasi pasaran saham untuk menguntungkan pihak-pihak tertentu?

 

Diharapkan agar pihak kerajaan menilai dan memastikan kepentingan rakyat biasa terus terbela.

 

Gergasi korporat walaupun patut dibanggakan, tetapi mereka selalunya tidak kisah nasib rakyat biasa. Kerajaan Pakatan Harapan yang menggagaskan dasar ekonomi “kemakmuran bersama” harus memastikan kemakmuran ini dirasai oleh rakyat biasa bukan golongan elit korporat dan syarikat besar sahaja.

 

Sumber: Malaysiakini

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…