fbpx

Industri Penerbangan Kurang Menarik Kerana Sistem Monopoli Operator

Oleh : Kauthar Rozmal
02 Mei 2019 - 5:05 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Kabinet  meluluskan permohonan MAHB untuk melanjutkan tempoh Perjanjian Operasi sehingga 11 Februari 2069
  • PSC harus ditentukan oleh kemudahan yang terdapat di lapangan terbang serta mencerminkan daya tarikan kepada para pelabur

KLIA jatuh ke tangga-54 tahun ini berbanding tangga ke-2 pada 2001 berdasarkan Laporan Skytrax World Airport Awards. Bagaimanakah kedudukan KLIA boleh jatuh seteruk ini? Sebagai perbandingan negara jiran, Singapura, Lapangan Terbang Changi menduduki tangga pertama enam tahun berturut-turut.

 

Industri penerbangan di Malaysia boleh menajdi segah Singapura atau Dubai, namun kerana sistem monopoli pengurusan lapangan terbang, Malaysia gagal menarik lebih banyak syarikat penerbangan berbanding dua negara ini.

 

Menurut Pengarah Eksekutif Malaysian Aviation Commission (Mavcom), Dr Nungsari Ahmad Radhi, Singapura mempunyai permintaan domestik yang mencukupi bagi menampung perniagaan lapangan terbang yang mana menjadi pemangkin kepada pembangunan Singapura sebagai pusat penerbangan di rantau ini.

 

“Sementara itu, sektor penerbangan di Dubai memfokuskan kepada peranannya sebagai sebuah hub berbanding fokus kepada permintaan domestic” tambah beliau.

 

Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa Malaysia mempunyai kedua-dua keunikan Singapura dan Dubai. Lapangan terbang domestik perlulah menyediakan perkhidmatan dan fasiliti yang lebih baik kepada pengguna. Jika Malaysia mahu menjadi seperti Singapura, kerajaan perlu memacu ekonomi dengan lebih agresif supaya permintaan domestik meningkat.

 

Image result for Dr Nungsari Ahmad Radhi
Dr Nungsari Ahmad Radhi. Kredit: Berita Harian

 

Walaubagaimanapun, lapangan terbang di Malaysia tidak sistematik dan menarik kerana monopoli ke atas pengurusan lapangan terbang oleh MAHB. MAHB tidak bersedia untuk menghadapi persaingan di pasaran terbuka. Tanpa MAHB menjadi kompetitif, adalah sukar untuk kita melihat lapangan terbang utama seperti KLIA menjadi jaguh ASEAN dan hub udara di rantau ini.

 

Hal ini kerana keuntungan lapangan terbang sudah terjamin setiap tahun. Mengapa perlu bersusah payah untuk merancang strategi untuk mencabar lapangan terbang yang hebat seperti Changi jika keuntungannya sudah terjamin.

 

Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang memonopoli perniagaan  pengurusan lapangan terbang dengan menjadi operator di 39 lapangan terbang seluruh Malaysia. Syarikat ini senantiasa mencatatkan prestasi kewangan cemerlang dengan keuntungan sebanyak RM237.1 juta  (2017) dan RM 727.3 juta (2018).

 

Di manakah kurangnya lapangan terbang MAHB berbanding negara lain? Lapangan terbang di Malaysia tidak beroperasi selama 24 jam, hal ini kerana kita tidak menerima penumpang daripada negara seperti Amerika Utara. 80% daripada penumpang datang daripada Mumbai dan Beijing.

 

Baru-baru ini kerajaan melalui keputusan Kabinet pada 5 April 2019 telah bersetuju untuk meluluskan permohonan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk melanjutkan tempoh Perjanjian Operasi (Operating Agreement – OA) bagi mengoperasi, mengurus dan menyelenggara 39 buah lapangan terbang di bawah kendaliannya sehingga 11 Februari 2069.

 

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pelanjutan OA ini bertujuan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung kerajaan. Ia juga memberi kebebasan kepada MAHB bagi mencari pelabur dalam usaha menambah baik kemudahan lapangan terbang.

 

Menuju kehadapan, satu rangka kerja perlu disediakan bagi merangka pelan jangka panjang dan menetapkan hala tuju lapangan terbang di Malaysia. Ia seharusnya mengambil kira sambungan perhubungan jalan darat dan pengangkutan awam.

 

Mavcom kini sedang membincangkan plan jangka masa panjang bersama Kementerian Pengangkutan yang akan mengambil kira beberapa model perhubungan dan pengembangan. Berikutan pertumbuhan trafik penumpang serantau yang semakin meningkat, Nungsari menegaskan pentingnya untuk menentukan model pembangunan lapangan terbang, kerana ia akhirnya akan menentukan lapangan terbang mana yang perlu diperluas atau dipindahkan, supaya akhirnya sejajar dengan pelaburan yang diperlukan untuk tujuan itu.

 

Mengenai Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC), beliau berkata Mavcom percaya bahawa PSC harus ditentukan oleh kemudahan yang terdapat di lapangan terbang serta mencerminkan daya tarikan kepada para pelabur.

 

“MAVCOM menetapkannya (PSC), dan kami mahu membezakan PSC antara lapangan terbang namun kami perlu mencari asas dalam melakukan itu dengan cara yang paling objektif, Untuk itu kami telah membuat penilaian berdasarkan aset terkawal lapangan terbang.

 

“Pengkajian aset terkendali bertujuan untuk membezakan PSC berdasarkan jenis lapangan terbang serta kualiti, namun akhirnya akan menentukan model pembiayaan lapangan terbang, yang bemakna jika ada rancangan untuk membina lapangan terbang baharu, atau memperluasnya, siapa yang akan menanggungnya,” katanya.

 

Siapakah yang berpotensi menjadi pengendali lapangan terbang selain MAHB? Idea untuk mempunyai lebih banyak pengendali lapangan terbang di negara ini bukanlah satu perkara yang baru. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes sebelum ini telah menyuarakan pendapatnya mengenai perkara itu.

Tony melalui akaun Twitternya turut menyuarakan cadangan bagi mewujudkan sebuah lapangan terbang kos rendah seperti Terminal 2F Bandara Internasional di Indonesia. Sudah bertahun-tahun kita menyaksikan syarikat penerbangan tambang murah terkemuka, AirAsia bercakaran dengan MAHB sehinggakan seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya.

 

Adalah lebih baik jika sebuah kerjasama antara semua pihak terdiri daripada syarikat-syarikat penerbangan, operator, Mavcom dan kerajaan dalam menambah baik industri penerbangan di Malaysia.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…