fbpx

Kuala Lumpur Bandar Penting E-Dagang Asia

Oleh : Syafiq Hanafi
15 Mei 2019 - 5:25 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Kadar penembusan Internet lebih tinggi berbanding Singapura dan Jakarta
  • Pelancongan jadi sektor penting e-dagang

Kuala Lumpur kini tersenarai sebagai salah sebuah bandar terpenting untuk e-dagang di benua Asia, namun kurang kepercayaan dalam kalangan pengguna dilihat sebagai cabaran terbesar kepada pertumbuhan industri ini di Malaysia.

 

Dalam kajian yang dijalankan oleh YCP Solidiance, Kuala Lumpur dilihat mencapai kedudukan baik dalam industri e-dagang atas faktor penembusan dan penggunaan Internet serta penyesuaian dalam teknologi.

 

Berdasarkan kajian berkenaan, kadar penembusan Internet di Kuala Lumpur mencapai 86% meninggalkan Singapura (81%) dan Jakarta (72%). Manakala tahap penyesuaian teknologinya pula berada pada kedudukan 96% dan ia menjadi antara yang tertinggi jika dibandingkan dengan bandar-bandar metropolitan lain di Asia.

 

Jelas sekali tahap penggunaan telefon pintar yang tinggi menyumbang kepada keadaan ini.

 

Dalam pada itu, kadar penggunaan Internet di Malaysia juga antara yang tertinggi dengan purata rakyat di negara ini menggunakan Internet 13 jam pada peranti mereka.

 

Menurut laporan itu lagi, sektor terbesar yang melibatkan industri e-dagang di Malaysia dan Kuala Lumpur khususnya ialah pelancongan diikuti media dan hiburan, elektronik serta fesyen.

 

Namun begitu, industri e-dagang tempatan berhadapan dengan masalah kepercayaan, khasnya berkaitan dengan keupayaan produk dan sistem pembayaran. Pengguna dilihat kurang yakin dengan kualiti sesetengah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan secara dalam talian.

 

Selain itu, faktor kebimbangan terhadap tahap keselamatan dan isu penipuan juga menjadi penghalang terbesar untuk pengguna di negara ini mengadaptasi kaedah pembayaran tanpa wang tunai.

 

Kajian berkenaan juga menyatakan bahawa Malaysia turut bergelut dengan kos logistik yang tinggi dan kadar penembusan kad kredit yang masih rendah. Buat masa ini, caj penghantaran untuk setiap kilogram barangan di Malaysia ialah USD3.03 (RM12.65).

 

Walaupun terdapat beberapa halangan, namun Kuala Lumpur masih dianggap memiliki industri e-dagang yang sentiasa bersedia, hasil daripada infrastruktur penghubung seperti jalan raya dan Internet serta sokongan padu kerajaan.

 

Langkah kerajaan membangunkan Zon Perdagangan Bebas Digital yang pertama di dunia bakal menjadikan Malaysia pusat logistik untuk pasaran dunia, di samping menggalakkan lebih banyak inovasi dalam e-dagang.

 

Berdasarkan laporan berkenaan 12 bandar e-dagang utama Asia (tanpa mengikut ranking) ialah Bangkok, Beijing, Ho Chi Minh City, Hong Kong, Jakarta, Kuala Lumpur, Mumbai, Osaka, Seoul, Shanghai, Singapura dan Tokyo.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…