fbpx

Malaysia Bakal Hantar Pekerja Berkemahiran Ke Jepun

Oleh : Syafiq Hanafi
17 Mei 2019 - 12:21 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Memorandum kerjasama dijangka ditandatangani Julai
  • Potensi sehingga 50 ribu peluang pekerjaan

Malaysia kini sedang mengadakan rundingan dengan Jepun untuk menghantar pekerja-pekerja berkemahiran ke negara berkenaan di bawah satu program visa terbaharu yang telah dilancarkan pada April.

 

Kedua-dua negara dijangka menandatangani Memorandum Kerjasama (MOC) seawal Julai ini apabila Menteri Sumber Manusia, M.Kulasegaran melawat Tokyo kelak.

 

MOC itu kelak akan menyediakan kerangka asas bagi perkongsian maklumat berkaitan pengambilan pekerja kolar biru dalam sektor-sektor spesifik di Jepun. Negara Matahari Terbit itu kini memerlukan jumlah pekerja asing yang tinggi berikutan peningkatan populasi tua dan penurunan kadar kelahiran di sana.

 

Jepun pada 1 April lalu memperkenalkan sistem visa untuk membawa masuk lebih ramai pekerja asing ke negara berkenaan. Ia jelas satu perubahan besar-besaran buat negara berkenaan yang sebelum ini terkenal dengan peraturan imigresen yang ketat.

 

Warga asing yang mempunyai keupayaan menggunakan bahasa Jepun dan kemahiran dalam kerja-kerja tertentu kini boleh memohon untuk taraf penduduk yang dipanggil Specified Skilled Worker No.1. Melalui saluran ini, seseorang pekerja akan diberikan kebenaran untuk bekerja di 14 sektor termasuk pembinaan, perladangan dan penjagaan sehingga ke tempoh lima tahun.

 

Pekerja yang mempunyai tahap kecekapan tinggi dalam bidang pembinaan dan pembinaan kapal boleh melanjutkan tempoh mereka dengan mendapatkan status Specified Skilled Worker No.2. Ia membenarkan mereka membawa ahli keluarga dan tiada sebarang had ditetapkan untuk mereka memperbaharui visa.

 

Sehingga kini, Jepun telah menandatangani MOC seperti ini dengan negara Filipina, Nepal, Mongolia, Kemboja dan Myanmar. Pihak Jepun masih mengadakan rundingan dengan China, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

 

Sehingga kini, Jepun dan Malaysia masih lagi belum menentukan sektor pekerjaan yang akan dibuka buat pekerja-pekerja dari Malaysia dan dijangka rancangan ini berpotensi meluaskan peluang pekerjaan sehingga 50 ribu.

 

Kerjasama ini dijangka mendapat sambutan daripada warganegara Malaysia memandangkan tahap gaji yang ditawarkan adalah lebih tinggi.

 

Walaupun tawaran gajinya tinggi, namun terdapat ruang eksploitasi yang kini cuba diselesaikan oleh kerajaan Jepun. Ini termasuklah memperkenalkan beberapa syarat bagi memelihara kebajikan pekerja asing dan kemudahan buat majikan yang menggaji mereka kelak.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Front Facade
Kapital

Lokasi Adalah ‘Senjata’ Penting Tarikan Hartanah

Reading Time: 4 minutes Tatkala pasaran hartanah semasa berada dalam situasi yang mencabar, apakah faktor yang boleh menarik minat orang ramai untuk…

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara¬†mewakili satu per lima…