fbpx

Malaysia Diletakkan Dalam Senarai Pemantauan Manipulasi Mata Wang

Oleh : Kauthar Rozmal
30 Mei 2019 - 3:28 pm

Reading Time: 2 minutes

Malaysia antara 9 negara yang diletakkan dalam senarai ini

Penyenaraian ini tidak akan memberi kesan kepada ekonomi – BNM


Malaysia, Singapura dan Vietnam dimasukkan ke dalam senarai pemantauan bagi manipulasi mata wang oleh Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS). Hal ini menyebabkan dasar tukaran wang asing negara-negara ini diletakkan dalam pemerhatian ketat.

 

Apakah sebabnya Perbendaharaan AS mengambil tindakan ini?

 

Menurut Perbendaharaan AS, Singapura dimasukkan ke dalam senarai tersebut disebabkan lebihan akaun semasa yang besar dan pembelian mata wang asing bersih sekurang-kurangnya AS$17 bilion pada 2018, bersamaan dengan 4.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK).

 

Manakala Malaysia pula dimasukkan ke dalam senarai berikutan lebihan dagangan dengan AS sebanyak AS$27 bilion tahun lepas di samping melakukan intervensi matawangnya.

 

Dalam laporan yang dikeluarkan AS, dikatakan bahawa BNM telah campur tangan ke dalam kedua-dua hala tuju pasaran tukaran asing sejak beberapa tahun lalu.

 

Namun dalam maklum balasnya, BNM menyatakan sebarang campur tangan adalah terhad, bagi memastikan pasaran yang teratur dan mengelakkan ketidaktentuan berlebihan kadar tukaran asing yang boleh menjejaskan kestabilan makroekonomi.

 

Malaysia sebagai sebuah ekonomi yang kecil dan amat terbuka, akaun semasa imbangan pembayaran Malaysia terkesan oleh perkembangan dalaman dan luaran, termasuk faktor-faktor kitaran serta berstruktur.

 

Tambah BNM, kira-kira separuh lebih perdagangan Malaysia dipacu oleh eksport komoditi, yang sebahagian besarnya dipengaruhi oleh permintaan serta bekalan global, berbeza dengan kadar tukaran asing.

 

“Malah, ringgit yang sejak beberapa tahun ini berdepan pelbagai episod kenaikan dan penurunan ketara membuktikan daya fleksibel kadar tukaran asing,”

“Lebihan pembuatan, bagaimanapun, sebahagiannya adalah dipacu oleh kehadiran syarikat multinasional berorientasikan eksport besar di Malaysia, termasuk dari AS.

“Lebihan akaun semasa adalah mencerminkan kepelbagaian ekonomi Malaysia,” katanya.

 

Sementara itu, Vietnam pula adalah disebabkan akaun semasa yang besar dan lebihan dagangan dua hala.

 

Selain 3 negara ini, enam negara lain yang turut tersenarai adalah China, Jerman, Itali, Ireland, Jepun dan Korea Selatan.

 

Adakah ini bakal memberi sebarang kesan kepada ekonomi?

 

Dalam kenyataannya, BNM menyatakan tindakan AS ini tidak menjejaskan ekonomi negara ini.

 

“Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, disokong asas ekonomi yang kukuh, termasuk kelonggaran oleh kadar tukaran terapung selain imbangan luaran yang kukuh,” katanya

 

Selain itu turut menyatakan bahawa Malaysia menyokong perdagangan yang bebas dan adil, serta tidak mengamalkan mata wang tidak adil.

 

“Malaysia melaksanakan rejim kadar tukaran asing terapung. Kadar tukaran ringgit adalah ditentukan pasaran dan tidak bergantung kepada daya saing eksport,” kata BNM.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Front Facade
Kapital

Lokasi Adalah ‘Senjata’ Penting Tarikan Hartanah

Reading Time: 4 minutes Tatkala pasaran hartanah semasa berada dalam situasi yang mencabar, apakah faktor yang boleh menarik minat orang ramai untuk…

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…