fbpx

Pelan Mega USD412 Bilion Pembinaan Negara Indonesia

Oleh : Kapital
17 Mei 2019 - 3:39 pm

Reading Time: 2 minutes
  • 40% daripada dana akan disalurkan oleh pihak kerajaan persekutuan manakala 25% lagi disumbangkan melalui syarikat milik kerajaan negeri
  • Kerajaan Indonesia telah meletakkan sasaran pertumbuhan ekonomi pada kadar 5.4% hingga 6%

 

Dengan perancangan pembinaan projek 25 lapangan terbang sehingga ke stesen jana kuasa yang baru, kerajaan Indonesia kini dikatakan sedang merangka sebuah pelan mega dengan anggaran nilai melebihi USD400 bilion bagi merangsang lagi pertumbuhan ekonomi negara itu.

 

Menurut Menteri Bambang Brodjonegoro, pelan perancangan tersebut yang dirangka bagi tempoh tahun 2020 hingga 2024 bakal menelan belanja sebanyak 5,957 trilion rupiah atau bersamaan dengan USD412 bilion. 40% daripada dana itu akan disalurkan oleh pihak kerajaan persekutuan dan 25% disumbangkan melalui syarikat milik kerajaan negeri. Selebihnya lagi pula adalah daripada sektor swasta.

 

Antara salah satu strategi utama Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara adalah melalui pembinaan lebih banyak infrastruktur. Dalam masa yang sama, Jokowi juga mempunyai visi untuk meluaskan lagi kekayaan negara itu di luar Pulau Jawa yang menempatkan ibu negara Jakarta ketika ini.

 

Image result for mrt jakarta jokowi
Kredit: Liputan6.com

 

Indonesia sebenarnya agak unik kerana negara itu mempunyai lebih daripada 17,000 pulau yang membuatkan pembinaan pelabuhan serta kemudahan lain menjadi sangat sukar. Namun begitu, melalui pelan perancangan mega ini, kerajaan Indonesia dikatakan akan membina lebih banyak landasan atau lapangan terbang kecil terutamanya yang terletak di kawasan pedalaman untuk meningkatkan lagi jaringan perhubungan. Sudah semestinya apabila jaringan perhubungan sesuatu tempat itu semakin meningkat, ekonomi setempat juga akan meningkat.

 

Jokowi yang bakal ditabalkan sebagai Presiden Indonesia bagi penggal kedua tidak lama lagi sebelum ini pernah meletakkan sasaran untuk meningkatkan ekonomi Indonesia pada kadar pertumbuhan 7% setiap tahun. Namun begitu, purata pertumbuhan ekonomi yang berjaya dicapai adalah lebih rendah pada kadar 5% sahaja. Antara kekangan yang berlaku ialah kerajaan sukar untuk membiayai projek-projek mega kerana jumlah cukai yang berjaya dikutip berada pada kadar rendah serta harga komoditi yang semakin melemah sehingga menyebabkan kerajaan mengalami tekanan dari sudut belanjawan. Jadi, untuk pelan perancangan terbaru ini, kerajaan tidak menolak sebarang kemungkinan pembiayaan melalui hutang.

 

Berdasarkan pelan perancangan itu, 17% perbelanjaan infrastruktur akan disalurkan kepada sektor tenaga dan 10% lagi untuk menambahbaik sistem pengairan. Pelan tersebut juga merangka penambahbaikan 165 lapangan terbang sedia ada serta ‘water-based facilities’ seperti kapal terbang laut (seaplane) supaya dapat memudahkan akses ke pulau yang terletak di pedalaman. Dalam masa yang sama, kerajaan tidak menolak sebarang kemungkinan projek ini bakal dibiayai melalui hutang.

 

Perbelanjaan USD412 bilion ini adalah jauh melebihi apa yang pernah dirangka Jokowi pada penggal pertama beliau memegang jawatan Presiden dengan nilai USD350 bilion bagi pembinaan infrastruktur. Pelan baru ini dikhabarkan adalah menyamai dengan 5.7% Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) bagi tempoh 2020 hingga 2024. Dalam tempoh yang sama ini juga, kerajaan telah meletakkan sasaran pertumbuhan ekonomi pada kadar 5.4% hingga 6%.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Front Facade
Kapital

Lokasi Adalah ‘Senjata’ Penting Tarikan Hartanah

Reading Time: 4 minutes Tatkala pasaran hartanah semasa berada dalam situasi yang mencabar, apakah faktor yang boleh menarik minat orang ramai untuk…

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…